Aidan keluar rumah tanpa menjamah breakfast pagi ni. Perutnya mula menjerit-jerit ber'basking' minta diisi. Menyesal pulak rasanya mencari pasal dengan budak HITACHI tadi. Sepatutnya aku abaikan saja budak tu, bukannya aku tak biasa pun dengan kehadirannya. Sejak 10 tahun lalu budak tu dengan Ain da macam kena glue. Lagipun dia cuma tetamu dan aku tuan rumah, da kenapa aku yang kena rasa awkward pulak kann. Huhhh, nasib ko lah perut, terpaksa berlapar pagi ni, detik hati kecil Aidan.
"Carl, da breakfast ke?? Aku lapar sangat lah..da rasa nak menggigil da ni. I'm starving bro.." Suara sengaja dilembutkan memujuk orang dihujung talian.
"Kalau macam tu kita pi lunch terus lah, amacam?? Okey jumpa kat sana dalam 20 minit..bye and thanks Carl. You're my savior." Aidan membuat janji. Dalam 10 minit je da boleh sampai kat tempat yang dijanjikan kalau tak jammed, fikir Aidan.
"First time dalam sejarah persahabatan kita ko ajak aku breakfast bro. Selalunya ko memang breakfast kat rumah. Ngapa mummy ko masak tak sedap ke hari ni?"
"Takde first time nyer...ko je yang tak ingat aku selalu belanja ko." Aidan menjawab sambil tersenyum menayangkan giginya yang cantik tersusun.
Danish Haikal Lee. Sahabat dan teman terbaik merangkap kaunselor peribadinya sejak 11 tahun yang lalu. Suatu tempoh persahabatan yang cukup panjang untuk dia mengenal hati budi sahabatnya itu. Lagi pun menurut pandangan pakar psychology, persahabatan yang bertahan dikala waktu terburuk dan terbaik dalam hidup seseorang itu selama 7 tahun pasti akan bertahan dan kekal untuk seumur hidup.
Aku benar-benar berharap andaian dan pandangan pakar itu benar belaka, kerana dalam dunia ni, aku sebenarnya rare species, tak punya ramai kawan apatah lagi sahabat baik. Tapi sebaliknya bagi Haikal, dia punya aura yang tersendiri yang membuatkan orang senang dan mudah jatuh suka padanya. Dia punya ramai kawan tapi aku cuma punya dia sebagai sahabat.
Tiada rahsia antara kami..kecuali.. ermmmm... ada beberapa 'hal' kecil yang tidak penting pun untuk aku kongsikan dengan Haikal. Rasanya Haikal pun mengalami hal yang sama seperti aku, ada 'rahsia kecil' yang harus dilipat dan disimpan sendiri agar lebih selamat.
Budak HITACHI tu pun macam tu jugak..ramai sangat kawan, luas sangat lingkungan pergaulannya. Ishhh..apasal pulak aku teringat minah sengal tu. Aidan mengetuk kepalanya berulang kali perlahan-lahan, cuba menghindar imej Dania dalam kotak fikirnya. Menyampah rasanya bila dia teringatkan beberapa memori lalu berkaitan Dania.
"Cuba bagi tau aku, apa masalah ko sebenarnya ni Dan??" Haikal mula bertanya bila dia perasaan akal dan minda sahabatnya itu kelihatan melayang jauh entah kemana? Entah teringatkan apa atau siapa? Fikir Haikal cuba menelaah minda Aidan.
"Entahlah Carl, aku pun tak tahu jin apa merasuk kat kepala aku ni, mood tak baik sangat sehari dua ni. Rasa macam nak demam pun ada." Aidan berbahasa basi mengelak soalan Haikal. Haikal menggeleng tanda tidak bersetuju dengan Aidan.
"Jangan nak kelentong aku lah Dan.. pandang ko macam ni pun aku da tau bukan jin yang merasuk ko. Bagitau je kat aku pompuan mana yang da buat ko jadi macam ni. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, siang malam terbayang-bayang."
"Aku nak tengok jugak sehebat mana gadis yang da berjaya menbuat ko angau macam ni?" Haikal mula menduganya.
Hahahaha...Pecah tawa Aidan memecah suasana yang tadinya kelam.
"Dari mana ko dapat idea merepek ni, Carl??? Ko macam tak kenal aku.."
"Sebab aku terlebih kenal ko lah aku da boleh terbau something fishy dengan perangai ko ni. Ko tak pernah macam ni tau? Ini lah pertama kali aku nampak ko macam ni sepanjang persahabatan kita. Tak payah nak sorok lah Dan..ko bleh percaya aku lah. Rahsia ko selamat dalam jagaan aku." Haikal pantas mencelah jawapan Aidan yang tampaknya masih berlagak slumber. Haikal tersenyum kecil bila melihat Aidan masih menggelengkan kepala cuba menafikan kenyataannya sebentar tadi.
YOU ARE READING
Minah Sado...Ko Ado??
RandomKisah Dania Aminah yang hidup bersama memorinya yang hilang. Cuba mencari kembali 'missing link' yang saling berkait. Siapa sebenarnya cinta pertamanya? Siapa musuh bebuyutannya? Apa kisah disebalik segalanya? Siapa dia dulu? Dan apa bezanya yang ki...