"By next week kita selesaikan urusan kita yeah?" Pendek Ayman meminta persetujuan Dania.
"Minggu depan? You jangan nak bergurau Ayman. Tak kan nak kawen minggu depan."
"Bila pulak i kata nak kawen minggu depan? Nampak sangat you tak sabar nak kawen ngan I kan?? Alololo.. comelnya dia. Hahaha...tapi I memang tak bergurau dengan you sebab I tak kan bergurau dengan benda-benda macam ni. My parents akan datang minggu depan untuk bincang pasal kita. I da bagitau baba dan umi. You tau tak, misi I sekarang ni ialah nak menjadikan you yang halal untuk I. Hanya untuk I. Dan misi ni susah gila tau tak?" Gurau Ayman menyebalkan hati Dania.
"Ehmmm...susah takpe. Gila tu jangan. Tak sanggup I ada hubungan ngan orang gila." Dania mencebik perlahan tapi jelas ditelinga Ayman. Melebar senyuman dibibir cantik Ayman.
"Kita tunang enam bulan lepas tu kita kawen. Okey tak? Atau you nak kawen minggu depan jugak?"
Pakkk.
"Adoii.. I gurau jer lah. Itu pun nak gembira sampai tumbuk I." Ayman masih mengusik. Pantas jari-jari Dania ligat mencubit Ayman yang dah mula nak menjauhkan diri dari Dania. Boleh koma kalau tumbukan itu hinggap kat badan aku sekali lagi, fikir Ayman. Dania yang memang tak puas hati mula mengejar Ayman yang mula berlari kecil mengelilingi kereta Dania yang diparkir di luar kawasan rumah teres itu. Da macam scene cerita hindustan pun ada. Seketika dunia milik mereka berdua. Bergurau tak endahkan sekeliling.
"You nak tau tak..dalam hidup I ni lebih mudah nak tangkap seratus orang pencuri yang bermaharajalela kat luar sana berbanding nak tangkap seorang pencuri hati I ni." Gurau Ayman lagi setelah berhenti berlari menyandarkan belakangnya pada kereta Dania. Hidung pesek Dania kemudiannya dicuit berani.
"Membongak lagi you yer. Punchline you da lapuk tau, da tak boleh pakai. Apa ingat you tu polis ke? Macam pernah tangkap perompak pulak. Membongak jer. Pi pulang lah." Dania menepis tangan Ayman yang galak berterusan mengusiknya.
"Ehemmmm...bahagia nampak."
Suara lembut dari arah belakang mengejutkan kedua mereka.
"Ain..kitaorang memang tunggu ko lah." Dania kelihatan teruja dengan kedatangan Ain sebelum dia bergerak memeluk Ain.
"Yeah ke kita tunggu Ain? Ngapa kita kena tunggu dia?? Kenapa I tak tau pun?" Ayman kehairanan.
"Errrkkk...yeah ke tak tau? Bukan I da bagitau you yang I ngan Ain nak buat pillow talk malam ni. Ke I yang terlupa nak bagitau you." Dania beralasan.
"Perlu ke nak bagitau ko? Pegi pulang sana. Jangan cakap ko da lupa jalan pulang pulak. Ni urusan perempuan. Tak payah nak busy body sangat. Pulang cepat. Mama dan papa seharian tunggu ko kat rumah cakap ada hal nak bincang. Ko pulak sibuk buat filem hindustan kat sini. Jom Dane kita masuk, aku nak jumpa umi dan baba sebelum spend time ngan kau." Bebel Ain sebelum menarik Dane masuk ke rumah. Ayman hanya tersenyum di tinggalkan sendirian.
"Bye sayang. Nanti I Whatsapp you k."
"Tak payah nak bye-bye sangat. Sayang konon. Belum apa-apa da nak sayang-sayang." Ain menjawab bagi pihak Dania. Ayman mencebik pada Ain. Ain menjelirkan lidah pada Ayman. Terhibur Dania dengan gelagat dua beradik itu. Dia hanya mampu tersenyum dan berbalas lambaian dengan Ayman. Ain tiba-tiba jadi mood overprotective, comel sangat, getus hati Dania.
"Aku memang sayangkan Ayman, Ain. Sayang sangat walaupun aku tak tunjuk. Tapi macam ada something yang berat kat sini. Rasa tak selesa." Dania meletak tapak tangan kanan pada dada kirinya, sebelum mengusap dadanya. Ain yang duduk disebelahnya memagut bahu Dania perlahan. Cuba untuk memahami perasaan sahabatnya itu.
YOU ARE READING
Minah Sado...Ko Ado??
De TodoKisah Dania Aminah yang hidup bersama memorinya yang hilang. Cuba mencari kembali 'missing link' yang saling berkait. Siapa sebenarnya cinta pertamanya? Siapa musuh bebuyutannya? Apa kisah disebalik segalanya? Siapa dia dulu? Dan apa bezanya yang ki...