Bab 28

77 2 0
                                    

Haikal dan Ain hanya memerhati gelagat dua kekasih itu saling bermanja. Sesekali ketawa dan ada masanya bertepuk tampar bercubit manja. Macam sweet jer. Macam comel jer.

"Kita bagi dorang masa setengah jam bertanya khabar. Apa kata awak??" Haikal mencadang pada Ain. Pandangan Ain jatuh pada pasangan dalam wad itu sebelum dia tersenyum mengangguk, tanda setuju dengan saranan Haikal. Kedua mereka kemudiannya melabuhkan punggung di kerusi yang diletak di luar wad.

Gelak ketawa Ayman kedengaran ditelinga mereka berdua dan sesekali terdengar suara Dania separuh menjerit dan merajuk berselang seli dengan gelak besar Ayman. Bahagianya mereka. Haikal dan Ain 'ter'berpandangan mata. Hanya mampu bersedekah senyuman sesama mereka, sebelum keduanya melayan khayal dihati masing-masing. Janggal.

Lebih kurang setengah jam berlalu, Ain dan Haikal menapak masuk ke wad Dania menghampiri pasangan sejoli itu. Love birds lah katakan. Dania dengan mulut berisi pisang yang disuapkan Ayman bersuara riang bila melihat kehadiran Ain dan angahnya.

"Angah dari mana? Lama tau adik tunggu angah. Angah kidnap Ain bawak pi mana tadi? Pi dating errrkkk?? Tak romantik sungguhlah angah ni. Ada pulak bawak dating kat hospital." Ain da mula blushing diusik Dania yang kelihatannya masih belum bertenaga tetapi galak mengusik. Pantas Ain duduk dihujung katil mengeletek manja kaki Dania untuk mengelak dari terus diusik. Malu gamaknya.

"Adik ni, memang sengaja cari nahas yeah...tak pasal-pasal adik rehat lagi lama kat hospital ni kalau angah kerjakan nanti. Sakit-sakit pun masih ada hati nakal nak mengusik orang kan. Apa adik ingat Ayman jer yang romantik ke? Adik tak tau lagi macam mana romantiknya angah adik ni." Haikal menjengilkan mata pada adiknya. Dania terus memaut lengan sasa Ayman seakan cuba berlindung dari Haikal, nak berlagak manja, acah-acah sweet berlakon seolah takut dengan lelaki itu.

Menjadikan Ayman benar-benar bahagia bila Dania berlagak begitu, sedangkan Dania sebenarnya lebih dari mampu untuk melindungi dirinya sendiri dari apa jua ancaman pun. Cumanya dia merasa amat gembira bila diperlukan sebagai pelindung gadis itu. Dan dia berasa hebat bila diperlukan seperti itu. Rasa dimiliki, dihormati dan dihargai.

"Sayang..I kena pegi kerja ni. Angah akan temankan sayang k. I hantar Ain balik rumah dulu sebelum masuk office. Petang nanti I datang lagi k. Sayang jaga diri." Haikal dan Ain hanya menjadi pendengar.

"Hmmm..okey. You hati-hati jugak k. Jangan risaulah, I tak kan apa-apa. Kat hospital ni banyak doktor dan nurse yang jaga. You tak datang pun takpe. I rasa da sihat da ni, rasa macam da boleh keluar wad ni. You kena utamakan kerja tu." Ayman tersenyum bangga bila gadis kesayangannya itu cukup matang dan memahami kerjayanya.

"Kalau sayang free dan rindukan I, sayang boleh whatsapp I anytime. Call I pun boleh. And if i'm done with my works i'll come straight to you. Baik-baik yeah sayang..." Pesan Ayman melihat Ain dan Dania berpelukan sebelum keduanya berlalu pergi.

"Amboi..adik angah ni..kenapa angah tengok sedih semacam jer ni. Tak kan sebab Ayman pegi kerja mood pun da berubah. Tadi bukan main acah-acah memahami." Haikal mengusik adiknya yang kelihatan moody setelah Ayman dan Ain meminta diri.

Dania hanya tersenyum seraya menggelengkan kepala sebelum bersuara. "Adik rindukan umi dan baba." Ujarnya pendek.

"Mmmm...angah tau. Sebab angah pun rindukan umi dan baba, tapi yang penting sekarang adik kena sihat dan adik kena makan." Haikal mula menyuapkan sudu berisi bubur ke mulut Dania.

"Adik nak makan sendiri."

"Elehhh...tadi ngan Ayman boleh pulak suap-suap. Bila angah nak suap tak bagi pulak. Menyampah." Haikal bergurau merajuk.

"Ni yang adik benci ni. Tadi Ayman pun buat fi'il sama macam ni. Lelaki ni memang macam ni ke? Buruk tau bila merajuk macam ni. Adik pulak rasa nak menyampah." Dania mencubit hidung mancung Haikal.

"Angah suka kat Ain kan?? Haikal agak terkejut mendengar pertanyaan adiknya. Kepalanya dianggukkan. Sesaat selepas itu digelengkan pula, berkali-kali. Ketawa besar Dania meletus mengejutkan Haikal. Terhibur Dania melihat gelagat angahnya yang 'malu-malu babun'. Haikal terus diganggu Dania dengan renungan dan pandangan mata yang memintanya mengiyakan kebenaran 'hasil risikan' nya itu. Haikal masih berusaha untuk mengelak.

"Apa adik ni? Gelak macam kuntilanak apasal? Entah apa yang lucu sangat? Adik tu yang gatal nak kawin, angah pulak adik babitkan. Tak kuasa lah nak layan adik ni. Nahh..makan sendiri." Haikal melepaskan mangkuk bubur ke tangan Dania. Pantas dia menuju kearah sofa dan mencapai alat kawalan jauh televisyen dan menekan punat 'ON'.

"Eleh..nampak sangat nak mengelak. Kalau betul pun apa salahnya. Untung apa kalau angah dapat Ain, da lah cantik...baik..sempurna sangat lah. Memang tak padan sangat dengan angah yang tak berapa nak hensem." Dania membebel sendiri sambil menyuapkan bubur ke mulut.

"Angah tak tuli lagi ni. Angah dengar jelas lagi tu Dania Aminah. Kalau nak mengumpat dalam hati boleh angah maafkan." Dania menutup mulutnya sambil tersenyum menggeleng memandang Haikal. Dasar mulut puaka sesuka hati jer main lepas cakap.

"Sorry angah...adik bukan apa, kalau angah betul-betul sukakan Ain, angah kena cepat-cepat bertindak. Takut lambat nanti ada yang rembat. Angah pun bukan muda lagi." Dania membebel. Tanpa disedari Haikal sudah berdiri ditepi katil. Telinga Dania dipiatnya. Mengadoi si adik kesakitan manja, menjuihkan bibir menjeling pada Haikal.

"Adik...dengar sini angah nak cakap."

"Yeah..yeah..adik dengar ni." Dania mencebik.

"Adik..dalam kehidupan ini ada tiga benda yang menjadi rahsia Allah yang tak harus kita persoalkan. Tiga benda itu ialah rezeki, ajal maut dan juga jodoh. Semua itu telah ditetapkan keatas kita sejak loh mahfuz lagi dan tiada siapa pun yang akan tahu siapa, dari mana, tinggi atau rendahnya jodoh kita dan tiada siapa juga boleh tentukan siapa jodoh kita. Ia telah di tetapkan oleh Allah SWT. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana nak berjumpa jodoh kita dan bila kita boleh berjumpa jodoh kita. Itu semua rahsia Allah."

"Sebab itu, kita perlu banyak berdoa kepada Allah dan yakin lah bahawa jodoh yang ditentukan-Nya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu untuk memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari kita patut sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh kita walau kita tidak tahu siapa kah gerangan pasangan kita kelak."

"Angah yakin walau siapa pun jodoh adik nanti, adik akan menjadi wanita yang solehah, dan InsyaAllah, adik akan di kurniakan nanti dengan suami yang soleh yang mampu menjadi imam dan membimbing adik kelak. Kalau Ain ditakdirkan menjadi isteri angah, pastinya angah terima dengan hati yang terbuka. Tapi, kalau bukan pun angah akan terima dengan redha. Lagi pulak angah tak pikir sangat nak bercinta ni. Angah ada tanggungjawab untuk memastikan along dan adik mendapat yang terbaik dalam hidup ni. Lagipun bercinta lepas kawin best tau." Haikal berhujah selayaknya seorang imam muda.

Besar potensi angah aku ni. Muka pun boleh tahan, mampu mengetar iman sesiapa yang memandang. Kalau dengan Ain memang padan sangat, Dania mula mengkhayal.

"Adik kena ingat tau..jaga hubungan dengan Allah..InsyaAllah DIA akan jaga hubungan kita sesama manusia. Jangan sesekali tinggal solat tanpa keuzuran." Dania terkesima mendengar nasihat Haikal. Rasa bersalah sering kali mengabai dan lalai melaksanakan perintah Allah yang satu ini.

Rasa beruntung punya abang yang mahu menasihati dan membimbing ke jalan yang diredhaiNya. Dania memeluk lengan Haikal sebelum mengucapkan terima kasih. Tangan kasar Haikal mengelus lembut pipi adiknya. Rasa bertuah punya adik yang mendengar kata. Terima kasih Allah atas segala rahmat dan nikmat yang engkau kurniakan, doa Haikal pendek dalam hati.

"Angah...adik teringat sedikit pasal Qayyum.."

*******

Kat media tu sebuah lagu lama dr kumpulan wali...mungkin agak membosankan tapi lagu ni ada sentimental value yang tersendiri buat author...cuba2 lah dengar kan...memang best layannn..

Minah Sado...Ko Ado??Where stories live. Discover now