Masa latihan yang agak panjang hari ini amat melelahkan bagi Dania, lebih-lebih lagi bila hampir semua teknik yang digunakan dalam Muay Thai ini menggunakan gerakan seluruh tubuh, memutar pinggul dengan setiap tendangan, pukulan, siku dan tangkisan. Seluruh tenaga habis dikerah. Letihnya bagai separuh mati.
Dania yang sedang fokus dengan latihan asas 9 jenis teknik serangan 'tee sok', tidak langsung menyangka yang dirinya sedang diperhatikan seseorang. Susuk tubuh tinggi lelaki itu kelihatannya begitu asyik memerhatikan Dania yang begitu fokus dengan latihannya.
Teknik siku 'Double Elbow Chop' yang sedang dipraktikan Dania ketika itu membuatkan pemilik susuk tubuh itu menggelengkan kepala beberapa kali, kagum dengan ketangkasan dan ketepatannya. Setiap langkahnya penuh dengan tenaga.
Keadaan Dania yang berpeluh dan tercungap-cungap mengawal pernafasan juga memperlihatkan aura keseksian gadis itu walau hanya memerhatikannya dari jauh. Berpeluh pun boleh nampak seksi ke, fikir otaknya. Air liurnya ditelan berkali-kali. Dia seharusnya cepat menyelesaikan 'dendam' yang terbuku dihatinya, dan bukan hanya menjadi pengintip setia seperti selalunya.
Si pengintip bertekad untuk menyelesaikan segala yang terbuku dihati hari ini. Segalanya harus diluah dan dilunaskan. Dan itu telah menjadi tekadnya. Dengan harapan yang dia tidak akan menjadi korban pertama 'praktikal' muay thai gadis tangkas itu. Buruk padahnya kalau itu terjadi.
Jam 4 petang usai latihan bersama anak-anak murid yang comel-comel belaka, dan mengucapkan selamat tinggal pada semuanya, Dania duduk bersila sendirian, cuba mengatur nafasnya satu per satu. Lehernya digerakkan ke kiri dan kanan, keatas dan kebawah cuba melonggarkan urat-urat yang tegang. Dia menarik nafas sedalam mungkin melalui hidung, sebelum dilepaskannya dengan perlahan-lahan melalui mulut. Setelah lima minit berehat dengan perlahan dia mula menapak lemah menuju ke loker mengambil keperluannya untuk mandi dan menukar pakaian sebelum balik. Perutnya mula terasa pedih dan senak. Gastrik da nak mula menyerang kembali, detik hatinya.
Dania berdiri menghadap lokernya selama beberapa minit. Fikirannya terbang melayang teringatkan akan kejadian tengahari tadi.
"Saya nak jumpa awak lepas latihan nanti. Penting. Saya tau awak selesai latihan jam 4 petang. Saya tak nak dengar apa pun alasan awak. Saya tunggu awak kat kedai mamak depan ni. Tolong cepat sikit, saya tak suka menunggu." Kata Aidan tanpa memandang Dania sebelum dia pantas berlalu meninggalkan gadis itu. Langsung tidak memberi kesempatan padaku untuk bersuara pun, benci betullah, getus hati Dania agak sebal.
Pastinya pemuda itu sudah mengetahui akan perihal hubungannya dengan Ayman. Kalau tidak mana mungkin, dia ingin bertemu dengan aku. Rapat pun tidak. Macam musuh pun ada. Macam anjing dengan kucing. Aidan anjing dan aku comel macam kucing, detik hati Dania kelucuan sendiri. Pedih perutnya semakin terasa.
"Buat hal pulak gastrik ni, datang tak bagi salam terus nak serang aku." Dania mengomel sendirian.
"You ni lucu lah Dane, kalau gastrik tu bagitau you bila dia nak serang, tentu you da ready-ready sedia nak terjang balik kan. Bagi penyepak sebijik...hahaha." Benji, 'sparring partner' Dania yang tadinya hanya tersenyum mendengar Dania membebel tiba-tiba bersuara mengusiknya. Dania agak terkejut dengan usikan Benji, kerana dia tidak perasan langsung dengan kehadiran lelaki itu di sebelahnya. Benji menggelengkan kepalanya bila Dania kelihatannya agak terkejut.
"You da sampai mana asyik termenung sampai tak sedar I kat sebelah? Ke you lapar? Tak pun sakit sangat da? Nak I teman you makan or pegi klinik?" Berdas-das soalan dari Benji. Dania hanya mampu tersengih sambil memggelengkan kepalanya sebelum melangkah menuju ke bilik persalinan.
"Kalau ada apa-apa you can share with me." Benji bersuara separuh menjerit agar didengari Dania, faham benar dengan perangai gadis itu. Dania hanya mengangkat tangannya dan melambai beberapa kali sebelum dia berlalu tanpa menoleh memandang Benji. Benji hanya menggelengkan kepala.
Dengan perut yang semakin terasa pedih, Dania melangkah menuju ke restoran yang dikatakan Aidan tengahari tadi. Melilau matanya mencari kelibat Aidan. Otaknya juga ligat berfikir bagaimana harus dia berhadapan dengan lelaki yang agak menyebalkannya itu. Entah mengapa fikirannya kusut memikirkan apa yang hendak dikatakan Aidan. Hatinya menjadi semakin berdebar bila terpandang satu wajah yang dikenalinya pada satu sudut yang agak tersembunyi dari pandangan ramai. Entah mengapa restoran itu kelihatannya agak lenggang pada jam ini.
Berat kakinya melangkah menuju kearah Aidan. Lelaki itu belum menyedari kehadirannya kerana leka melayan handphone ditangan. Tanpa dipelawa Dania terus duduk menghadap Aidan. Aidan hanya memandangnya sesaat dua sebelum pandangannya dialihkan pada pelayan restoran itu mengisyaratkan sesuatu.
Dania masih kaku. Entah bagaimana hendak memulakan bicara. Aidan hanya memandangnya seolah tiada perasaan. Sebal. Dania baru berura-ura hendak meninggalkan meja sebelum pelayan tadi datang menatang dulang membawa semangkuk bubur ayam, setin minuman kacang soya dan ice lemon tea. Dania masih terpaku entah bila Aidan memesan semua itu.
"Awak makan dulu. Nanti gastrik awak makin teruk." Dania agak terkejut dengan kata-kata Aidan. Tin minuman itu dibukanya. Pantas Dania menyisip susu kacang soya itu menggunakan straw. Pedih di ulu hatinya sedikit berkurangan. Aroma bubur ayam itu membuatkannya kecur air liur. Perlahan dia mula menyuapkan makanan ke mulut. Aidan hanya memerhati sekejap dengan perhatiannya masih fokus pada handphonenya.
Suasana dimeja itu masih sunyi. Tiada suara keduannya. Hanya sesekali terdengar bunyi hirupan bubur panas dari mulut Dania. Dia juga lebih senang berdiam diri menikmati makanannya. Handphone Aidan berdering dan dia keluar entah ke mana, sehingga Dania selesai makan barulah Aidan kembali.
Hirupan terakhir Dania pada minumannya jelas kedengaran. Kriuukk. Tin minuman kosong ditangannya dikemekkan, cuba mencuri perhatian Aidan yang sedari tadi diam membisu. Aidan yang menyedari kelakuan Dania mula memperbetulkan kedudukannya menghadap Dania. Matanya tepat memandang mata Dania, menyebabkan gadis itu sedikit gelisah.
"Mengapa awak nak jumpa saya?" Dania tidak dapat menahan rasa ingin tahunya. Bila perutnya da kenyang, akalnya pun semakin cemerlang, keberanian pun datang. Persoalannya perlukan jawapan.
"Sejak bila ada 'something' between awak dan Ayman?" Soalan tak berapa bijak dari Aidan.
"Perlu ke saya jawab soalan awak tu?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Sangat-sangat perlu." Mata Aidan tidak lepas menatap Dania. Serius. Tiada senyuman dibibirnya. Nada suaranya tegas.
"Apa keperluan hubungan saya dan Ayman pada awak?" Masih dengan soalan yang sememangnya amat menyebalkan.
"Ayman da beritahu pada parents kami tentang niatnya nak meminang awak."
"Jadi?" Dania masih terus menyoal.
"I will never let it happen." Membulat mata Dania mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Aidan.
"But why? Saya tau awak tak suka kan saya, tapi tak kan lah awak benci saya sampai macam tu sekali. Apa salah saya pada awak? Apa yang saya pernah buat pada awak, sampai awak bencikan saya sangat. Saya tak ingat apa salah yang saya pernah buat pada awak? Cuba awak bagi tau saya besar mana dosa saya pada awak?"
"Cumanya sekarang saya nak awak tahu, yang saya sayangkan Ayman. Dia cinta pertama saya. Apa hak awak nak halang hubungan kami? Awak abang dia. Awak sepatutnya mendoakan kebahagiaan kami, tapi...."
"Saya akan sentiasa doakan kebahagian adik saya. Tapi bukan dengan awak." Aidan berdiri dan berlalu pergi meninggalkan Dania termanggu sendirian. Jahanam betul lah Aidan ni. Aku benci kau, hati Dania menjerit ingin menangis. Airmatanya ditahan dari jatuh.
*******
Pic kat media tu Gina Carano.. one of the women MMA fighter..akak sado tu..No like?? No comment?? Sedihnya author😞😞😞...tak best ke??
YOU ARE READING
Minah Sado...Ko Ado??
RandomKisah Dania Aminah yang hidup bersama memorinya yang hilang. Cuba mencari kembali 'missing link' yang saling berkait. Siapa sebenarnya cinta pertamanya? Siapa musuh bebuyutannya? Apa kisah disebalik segalanya? Siapa dia dulu? Dan apa bezanya yang ki...