Jimin termenung diatas sebuah batu yang dijadikan trmpat berkumpul rakan rakannya,angin bayu dibiarkan membelai rambutnya,dia menutup mata perlahan.
"Hyung nak pergi mana ? Tunggulah."Seorang budak lelaki mengejarnya.Menggunakan sepenuh tenaganya untuk mengejar budak lelaki yang berada di depannya.
"Adelah,Nak tahu ? Jom ikut hyung."Budak lelaki itu berkata,bibirnya mengukir senyuman.
Mereka berdua sampai di sebuah pantai yang penuh dengan batu - batu yang besar,mereka berjalan diatas batu itu perlahan-lahan dan melabuhkan punggung di batu yang paling besar iaitu di hujung pantai.
"Jin Hyung buat ape kat sini ?"Budak lelaki berumur 12 tahun itu bertanya,masih tidak faham dengan tempat yang Hyungnya tujui.
"Jimin nak tahu tak,Hyung suka duduk sini sebab nyaman dengan udara pantai dan bunyi airnya yang merdu."Jin berkata sambil menutup matanya menghirup udara segar pantai.
"Jin Hyung !! Jimin !!"Sekumpulan suara melaungkan nama mereka,jauh tetapi masih dapat didengari mereka.
"Penat kitorang cari."Namjoon berkata,nafasnya tercungap-cungap.
"Wow,cantiknya pemandangan dekat sini."Taehyung berkata lalu mengambil tempatnya disebelah Jimin.Terpukau dengan keindahan alam yang belum pernah dilihatnya.Matanya tidak berkelip meneliti setiap inci pemandangan yang berada didepannya.
Mereka semua,Namjoon,Yoongi,Hoseok dan Jungkook mengambil tempat mereka juga.
"Waah !! Nyamannya."Jungkook mendepakan tangannya sambil matanya tertutup rapat dan telinganya difokuskan kepada bunyi ombak pantai.Merdu dan Sayup.
10 tahun kemudian ....
"Hyung !!"Jimin melaungkan nama Jin sambil mengejarnya seperti yang dilakukannya 10 tahun yang lepas.
"Hahahaha."Jin hanya ketawa melihat telatah Jimin yang tidak ubah seperti kanak-kanak.
Mereka tiba di pantai itu dan menuju ke tempat biasa mereka.Dan tanpa mereka sedari Namjoon,Yongi,Hoseok,Taehyung dan Jungkook sedang mengejar mereka.
"Kenape laju sangat kau lari."Taehyung duduk sambil mengambil nafasnya semula.
"Mianhae~Chinguya."Jimin meletakkan tangannya dibelakang leher Taehyung dan menepuknya perlahan.
"Kalau tiap2 hari macam ni,boleh masuk hospital aku."Namjoon berkata,kenyataannya disambut dengan tawa rakan-rakannya.
"Hyung,tengok matahari nak terbenam."Jungkook menepuk2 paha Hoseok sambil menunjuk kearah matahari yang berwarna oren dan sedikit kekuningan.
Mereka semua terpaku dengan pemandangan itu,perlahan2 matahari itu tenggelam dan menutup tirai senja untuk memberi laluan kepada malam untuk mengambil alih warna langit pada malam itu.
"Rama-Rama."Jungkook menghala jarinya ke seeokor Rama-Rama yang sedang terbang.Cantik.itu yang mampu diungkapnya,Sayap Rama-Rama itu tidak berhenti bergerak,mengibarkan sayapnya untuk terbang.Jungkook tertarik dengan warnanya dan kehidupannya,Boleh terbang kemana sahaja dengan warna warni sayapnya itu sebagai tanda corak kehidupannya.
"Hyung nak jadi macam Rama-Rama tu,terbang."Yoongi menyatakan hasratnya.Bibirnya mengukir senyuman.
"Maksud Hyung ? Terbang sorang macam tu ke ?"Hoseok bertanya sambil melihat kearah Yoongi.
"Tak,dengan kawan2 dia lah,Mesti rama-rama itu ade kawan jugak kalau tak dia takkan sampai kesini."Yoongi menerangkan kepada Hoseok panjang lebar.
YOU ARE READING
Butterfly | BTS |
Fiksi Penggemar[15 Episodes] Persahabatan yang dibina sejak dulu lagi menjadikan mereka seorang yang mengerti antara satu sama lain. Namun,sekuat mana pun sesebuah persahabatan itu pasti akan menemui cabarannya dan adakah persahabatan kekal mereka ini akan menemui...