~Episode 5~

4.5K 484 26
                                    

Sebaik sahaja Jimin membuka matanya terus sahaja dia bertembung dengan senyuman Hoseok.Sangat menenangkan.Sangat Manis dan Sangat Kosong ?Adakah senyuman itu menunjukkan keadaan hatinya sekarang ? Pagi ini penuh dengan kesedihan.

"Jimin bangun,semua orang dah siap."Jhope berkata,kini dia beralih pula kepada V yang masih lena.Jimin hanya menurut,tangannya mencapai tuala lalu terus masuk kedalam bilik mandi.

"Taehyung,Taehyung bangun."Jhope menggoncang badan V lembut.

"Jin hyung ...."Mulut V terkumat-kumit walaupun dengan mata tertutup.Jhope tergamam.

"Taehyung~Ah bangun."Tangannya cuba menggoncang tubuh V,suaranya semakin mengendur.Akhirnya V bangun dalam keadaan mamai.

"Hoseok Hyung."V memegang kepalanya.Dia terdiam sejenak.

"Nae...Yang lain dah tunggu tu,pergi la siap."Jhope terus keluar dari bilik V dan Jimin sebaik sahaja meninggalkan pesanan kepada V.

Rap Monster termenung sebentar,bawang yang dipotongnya dipandang,secara tiba-tiba air matanya bergenang.

"Namjoon !! Bukan macam tu la kalau nak potong bawang,kan hyung dah ajar."bebelan Jin singgah di telinga Rap Monster.

"Hyung buat la,Namjoon tengok."Rap Monster memberi pisau yang dipegangya kepada Jin.Jin terus mengambil pisau itu dari tangan Rap Monster.

"Mula2 potong jadi dua lepas tu potong ni dengan rebahkan kat tempat yang rata.Macam ni,senangkan."Tangan Jin memotong bawang itu dengan laju.

"Wahh ..Hebat la Jin hyung."Rap Monster tersengeh kearah Jin.

"Nah,sekarang Namjoon buat pulak."Jin memberi pisau itu kepada Rap Monster.

"Mula2 potong jadi dua lepas tu potong ni dengan rebahkan kat tempat yang rata,macam ni kan Jin hyung ?"Rap Monster tersenyum,dia berpaling ke tepinya,serta merta senyumannya hilang.Jin tiada.Rap Monster baru tersedar itu hanya kenangannya bersama Jin.

"Jin hyung kata bukan macam ni nak potong bawang."Air matanya jatuh tepat diatas tangannya.Rap Monster tersentak.Pisau itu dilepaskan dari pegangannya.Tangannya dilekapkan keatas papan penghiris itu.

"Wae Hyung ? Wae hyung pergi dalam keadaan kitorang macam ni."Rap Monster mengetap bibirnya.Bimbang tangisannya didengari oleh rakannya yang lain.

"Namjoon Hyung dah siap masak ?"Jungkook yang datang entah dari mana menyapanya.Rap Monster kaget.Laju air matanya diseka dan tangannya kembali memotong bawang itu.

"Sikit lagi."Rap Monster menjawab tidak berpaling walau sedikit kearah Jungkook.

"Nak Jungkook tolong ?"Jungkook ingin menghulurkan bantuan.

"Tak,tak pe,tak payah,Hyung boleh buat sendiri,Taehyung dan Jimin dah bangun ?"Rap Monster menukar topik.

"Dah."Jungkook menjawab pendek.

"Jungkook pergilah duduk dulu nanti siap la makanan ni."Rap Monster berkata.Ayat itu.

"Namjoon pergilah duduk dulu nanti siap la makanan ni."Jin berkata sambil tersenyum kearahnya.Ayat yang selalu diucapkan oleh Jin setiap kali dia ingin menolong kini digunakannya.Matanya bergenang semula tetapi cuba ditahan.

"Ok,kalau ade ape2 panggil Jungkook eh ?"Jungkook berlalu pergi meninggalkannya.Selepas sahaja Jungkook pergi,Rap Monster terus melepaskannya.Wajah Jin berlegar2 dikotak fikirannya.Sungguh dia rindukan abangnya.Rap Monster membasuh mukanya bagi menyorok air matanya.

Butterfly | BTS |Where stories live. Discover now