apakah masih ada lagi,
sisa kehidupan jasad yang bertali tangsi ini?
dikawal tangan kaki,
minda seringkali dicuci.
tergantung dia kesunyian,
bila tiada kegunaan.
dan bila mahu dimainkan, dia bagai raksaksa,
mengamuk memberontak durja, tanpa sempat sesaat nafas dihela.apa masih kukuh lagikah kaki kayu jasad ini?
yang sarat dengan luka, calar balar,
warna dulu terang, kini makin pudar.
kakinya dulu kuat terpasak dibumi,
kini hanya terapung seinci,
takkan jejak lagi.
apa masih mampu jasad ini mahu berdiri?apa masih ada lagikah,
puing puing jiwa yang wujud dalam jasad ini?
setelah dilupa, dihina,
dan seringkali dicerca manusia.
atau sebahagian dalam jasadnya sudah hitam,
dimamah dosa dosa nan silam.berikan dia peluang,
meski dia lemah, dia ingin ruang.
untuk berterus terang,
untuk jelaskan bukan sekadar sembang.izinkan dia untuk berbicara,
untuk dia berkata,
sudah termaktub dalam undang undang,
manusia berhak bersuara!apatah lagi si dia,
yang berjasadkan manusia, tapi jiwanya telah selamat dijadikan boneka.
YOU ARE READING
Contengan Emosi
Randomkarya karya random yang datang secara tiba tiba lalu merogol minda. seribu satu emosi. marah,sedih,kecewa, gembira. ada jenis rap, ada puisi, ada sajak, ada quotes. random things. enjoy.