Secawan Kopi Murah

222 6 2
                                    

Kopi Dan Minda Sendiri

berteman secawan kopi murah,
yang masih hangat; masih kuat lagi dia punya aroma,
bau yang sedap dihidu, membuat aku khayal.
duduk pula aku bersendirian,
ada dua kerusi, tapi aku hanya seorang,
tiada peneman.
ohh ya, maksud aku kawan.

orang tidak ramai hari ini, mungkin bukan musim cuti.
kopi ku hirup, mata terus menjadi segar,
aku keluarkan sebatang tembakau murah, ku bakar.
aku sedut racunnya, sedalam yang mungkin,
biar aku mati.
aku khayal dalam bauan kasar tembakau murah.

aku hembus asap rokok itu ke udara,
yang mungkin kelihatan cerah seketika,
indah; tak terungkap dengan kata kata,
tak semua mampu mendongak langit,
kerana mereka selalu merungut dan memaki batu yang menghalang perjalanan mereka.

aku masih lagi disitu, keseorangan,
mata melilau memerhati gelagat manusia, tapi tangan tidak bebas daripada telefon pintar,
apakah aku anti-sosial?
ataupun mereka?
aku keliru, dulu kini sama saja,
masakan mereka mahu bertukar ucapan salam dengan orang yang mereka tidak kenal.

aku yang merasa sesak, ingin beredar,
ku habiskan kopi murah tersebut,
dan keluarkan beberapa keping duit syiling,
ku kira semua, cukup.
aku bayar harga kopi itu, dan berlalu pergi,
kalau dulu hanya sekeping saja sudah cukup,
kini sebab cukai, hampir terlondeh seluar aku, kerana kehulu kehilir poket penuh syiling.

Contengan EmosiWhere stories live. Discover now