aku insan berjiwa kelajuan,
hidup ku terpacu, menuju masa depan,
kau masih di situ, masih lagi berangan,
kau baru zaman batu, aku dah sampai kayangan.dengar sini, hadam kata yang ku ludah,
ia takkan habis, belum fikirkan penyudah,
biarkan kau berfikir, minda kau kan bersepah,
biarkan kau berzikir, kau tak ingat? sila muhasabah.ideologi kolot, mentaliti tak boleh pakai,
semua kau carut, semua kau panggil sakai,
jangan kerana mulut, badan kau kan bersepai,
jaga jangan kalut, biar perlahan janji sampai.islam dalam jiwa, bukan hanya lisan,
bukan dari percakapan konon taat tuhan,
buangkan semua, kalau islam buktikan,
bukan dengan mulut, tapi dengan perbuatan.tingkah laku sumbang, bikin amarah,
perangai tak matang, buat malu ibu ayah,
setakat nak sembang, tak payah susah susah,
buktikan pada orang, tak reti? takziah.
YOU ARE READING
Contengan Emosi
Randomkarya karya random yang datang secara tiba tiba lalu merogol minda. seribu satu emosi. marah,sedih,kecewa, gembira. ada jenis rap, ada puisi, ada sajak, ada quotes. random things. enjoy.