Mencari Diri

234 4 0
                                    

aku selongkar tong sampah berhampiran,
aku cuba mencari diri aku.
tapi aku tak jumpa,
aku hampa.
apa yang ku jumpa hanya jasad jasad kosong yang mereput,
yang telah lama hilang jiwanya.

lalu aku teruskan perjalanan,
ke seluruh pelusuk dunia,
mencari di segenap daerah dan negeri,
tapi tetap tak ku temui.

kemana hilang diri ini?
tetap tak ku temui.
puas aku mencari,
sudah merata tempat aku pergi.

ah sudah!
aku mengalah, tak mahu cuba lagi,
biarkan saja diri aku hilang,
aku ingin rehat,
aku cuma ingin pulang.

kepulangan aku disambut dengan satu lembaga,
yang elok tergantung pada seutas tali tebal.
posisinya ditengah-tengah,
tersepit diantara dua dunia.

ya, itu diri aku,
diri aku yang dah lama hilang.
tapi kenapa ia disini?

kenapa ia hanya, kaku tak berganjak,
keras tak bergerak.
tergantung dengan tali realiti,
yang menjerut lehernya sampai mati.

kenapa?

Contengan EmosiWhere stories live. Discover now