sahabat,
dengarkan rintihanku.
bantu aku,
selamatkanlah aku,
daripada penjara dunia,
yang kian menghimpit aku.dunia sekarang tidak serupa dahulu,
terlalu banyak perang, ramai buat tak tahu.
dunia kini makin hancur, dek kerana manusia berhati batu.selamatkan aku sahabat, aku tidak mahu,
teruskan bermimpi dalam dunia durja, bertuhankan diktator penipu.
terlalu ramai sengsara, tapi mereka buat tak tahu.bantulah aku, keluarkan aku dari kegelapan ini,
digari dosa dosa kecil, hanya menunggu masa menjadi besar,
melanggar perintah Pencipta, seakan akan menjadi wajib di dunia.
tolong aku, pimpin aku,
aku tak mahu serong, dengan permainan dunia.aku tahu, dunia tak pernah berubah,
kerana makin aku buka mata,
aku nampak semuaanya.
YOU ARE READING
Contengan Emosi
Randomkarya karya random yang datang secara tiba tiba lalu merogol minda. seribu satu emosi. marah,sedih,kecewa, gembira. ada jenis rap, ada puisi, ada sajak, ada quotes. random things. enjoy.