Seorang Gadis

170 8 0
                                    

ada seorang gadis,
dia memang periang,
dia sangat manis,
senyuman tak lekang.
tapi itu semua tak kekal lama,
bila dia sedih, dia cari tempat untuk bercerita,
tapi tak jumpa, semua abaikan dia,
dia hampa, dan memilih untuk pendamkan saja.

tiap malam dia ditemani airmata,
tangisan tak kedengaran, dia berdiam diri,
jiwa meraung: menjerit penuh luka,
pergelangan tangan jadi mangsa torehan berkali kali.
musim panas tiba, dia berpakaian biasa,
orang ramai pakai semua baju singkat,
dia pula hanya berlengan panjang saja,
bukan apa, dia tak mahu orang tengok kesan calar dan birat.

dia hanya seorang perempuan naif,
yang perlukan pertolongan,
tapi kini dia ibarat seorang askar,
yang baru pulang dari peperangan.
luka satu badan, akibat ketidakpuasan,
hati dirobek, lalu dia menoreh tangan,
lagi dan lagi sampai dia puas,
menangis dia bermandikan darah, tunggu masa mahu lemas.

tapi ini semua akan berakhir,
tiada lagi airmata yang akan mengalir,
tiada lagi jeritan batin yang tidak kedengaran.,
semuanya akan tenang, dia hanya memandang bulan.

kerusi ditarik, dia berdiri diatasnya,
tali gantung tersedia, hanya menunggu masa,
nyawa ditarik, tinggal jasad kaku terukir senyuman manisnya,
perginya seorang gadis, yang buntu dengan dunia.

Contengan EmosiWhere stories live. Discover now