awan kelabu melitupi langit cerah,
suasana kelam, unggas berdiam singgah,
beberapa pasang sepatu kelihatan,
berselerak di pintu hadapan.
mata ku masih berkaca,
tangisan ku masih lagi bersisa.
hati aku dah mula beku, sedingin salju,
bibir mengukir senyuman, pandanganku redup sayu.
aku masih lagi memerhatikan,
sekujur tubuh kaku yang kemas dibaluti kain kapan.
aku hanya mampu menundukkan wajahku,
menahan sebak dari dalam dada ku.alunan yasin kedengaran merdu,
menerawang disekitar tubuh yang kaku,
terdengar lagi esakan dari keluarga aku,
seolah olah tak percaya, bahawa dia yang terbaring disitu.
aku meraup wajah sugulku,
mengamin segala doa bersama titisan airmataku.ayuh berangkat,
berarak menuju alam kematian.keranda kayu yang berat itu aku pikul,
buat kali terakhir,
berarak perlahan-lahan dengan senyuman palsu yang terukir.
aku tahu ini perarakan terakhir untuknya,
aku mahu dia tahu aku selalu ada untuknya.
perjalanan yang jauh,
kini sudah tiba dipenghujungnya.
masa seakan bergerak perlahan,
menyaksikan perarakan itu.sampai sudah dirumah barumu,
gelap, sempit, dan tiada sesiapa menemanimu disitu.
sesudah talkin, orang ramai mula beredar,
tinggal aku keseorangan disitu,
setia disamping pusaramu.
air mataku berlinang,
seraya aku mula membaca yasin untukmu.seusai baca, aku mula untuk beredar,
nisan papan kayu itu aku usap,
dengan sebak aku bersuara;"ayah, along pergi dulu, jaga diri."
aku berlalu pergi,
tinggalkan pusara itu,
dengan bernisankan semua memori.al-fatihah.....
YOU ARE READING
Contengan Emosi
Randomkarya karya random yang datang secara tiba tiba lalu merogol minda. seribu satu emosi. marah,sedih,kecewa, gembira. ada jenis rap, ada puisi, ada sajak, ada quotes. random things. enjoy.