Dunia Bunuh Aku

159 7 1
                                    

asap rokok mulai memenuhi ruang kamarku,
aku hisap semahunya, lepas satu, satu,
aku tak mahu ingat semuanya,
aku hembus keluar segala sengsara.

bilik yang tadinya gelap, kini dilimpahi cahaya,
dalam kesilauan aku terlihat susuk tubuh wanita,
bidadari syurga!

dia menghulurkan tangan, meminta aku menyambutnya,
aku yang sudah tewas oleh keayuannya,
hanya menurut sahaja.
perlahan lahan aku mendekati,
aku buka jendela, dan bersedia untuk terbang.

aku menyambut tangannya,
rasa selesa bila jasad aku didakapannya.
dia suruh aku pejam mata,
dia mahu bawa aku pergi syurga.

aneh,
kenapa aku rasa basah,
dan melekit?

jeritan jeritan mula kedengaran,
mata ku buka perlahan,
dan aku kehairanan.

bidadari itu sudah bertukar rupa,
tadinya cantik, kini dah macam raksaksa,
bermata merah, memandang aku tepat dalam mata,
tersenyum dia, seraya berkata,

"selamat datang ke neraka"

tapi tak mengapa,
asalkan aku dapat lari jua,
bersepai jasad hina aku,
dek kerana dunia yang bunuh aku.

Contengan EmosiWhere stories live. Discover now