ada satu jiwa kesepian,
di tengah tengah kota kematian,
merayau ia mencari jasad rapuh,
yang masih bernyawa tapi sudah ampuh.jiwa itu bersendirian,
mencuba untuk merasuk manusia,
tapi jasad yang sesuai tidak kelihatan,
kerana kebanyakkan jiwa mereka dipenuhi cinta.ya, cinta yang meneruskan mereka punya nyawa,
dimana jiwa yang rosak, diperbaiki elok oleh cinta,
mana yang jasad berdarah terluka, dipulihkan dengan cinta.mereka tidak sunyi, malah mereka berteman,
mereka masih sudi, hidup bercinta walau dikawal syaitan.tiada apa yang menarik buat seorang jiwa yang sepi,
melainkan rasa sakit, rasa sunyi bila sendiri,
ia ambil keputusan untuk pergi,
berehat di kayangan nan abadi.
YOU ARE READING
Contengan Emosi
Randomkarya karya random yang datang secara tiba tiba lalu merogol minda. seribu satu emosi. marah,sedih,kecewa, gembira. ada jenis rap, ada puisi, ada sajak, ada quotes. random things. enjoy.