Mahkamah Dunia

137 5 0
                                    

suasana sunyi,
aku hanya duduk memerhati,
sekeliling, ramai tapi mereka tak berbunyi,
sedang aku leka, aku dikejutkan dengan satu suara;

"semua berdiri."

semua seakan berdiri serentak,
aku pun turut ikut sama kerana tersentak.
muncul seorang manusia berwajah muram,
memakai rambut putih dengan muka masam.

perbicaraan kes aku dijalankan,
satu persatu salah aku dia sebutkan,
semua hanya diam tak berani melawan,
termasuk aku yang kelu tiada bantahan.

semua kes yang dinyatakan,
semuanya telah dipalsukan.
aku tak bersalah,
aku hanya mangsa keadaan.

tangan bergari, aku duduk dalam kandang tertuduh,
angguk kepala para juri, mereka masih menuduh.

"aku tak bersalah!"

mata mata orang yang hadir,
seakan jijik dengan aku,
menjeling aku dengan tajam,
seolah tembus ke dalam hati aku.

aku tak bersalah,
aku difitnah.

aku dihukum mati,
tanpa sempat membela diri,
inilah perangai manusia,
yang sibuk menjadi hakim di mahkamah dunia.

Contengan EmosiWhere stories live. Discover now