wahai anakku,
diketika kau sedang berlari,
mengejar cita citamu,
ayah disini menunggumu pulang.
menanti dengan penuh doa,
tak lekang.anakku,
jika kau berlari terlalu laju,
perlahankanlah langkahmu.
ingat Tuhan yang satu,
jangan sesekali tewas pada nafsu.
jika kau tersadung batu,
usah kau menangis,
jangan kau maki batu itu.
bangun sendiri, muhasabah diri,
apa silap kau pada Tuhanmu,
hingga diuji sebegini.bersabarlah anakku,
dunia ini satu,
takkan lari kemana walaupun kau berlari beribu batu.
ayah tak mahu kau leka,
dunia kita sebenarnya,
dialam lagi satu.wahai anakku,
ayah harap kau tak lupa akan Tuhanmu,
tak lupa akan orang tuamu,
kerana neraka sedang menantimu.anakku,
jika kau berkesempatan,
ziarahlah ayahmu.
ayahmu yang keseorangan,
hanya menanti seruan ajal dari Tuhan.
tak mengapa kalau kau gagal,
ayah tak mahu harta,
ayah mahukan anak ayah,
jadi manusia yang berguna.jangan menangis lagi anakku,
rezekimu luas.
Tuhan sudah tetapkan untukmu,
percayalah Dia yang satu.
YOU ARE READING
Contengan Emosi
Randomkarya karya random yang datang secara tiba tiba lalu merogol minda. seribu satu emosi. marah,sedih,kecewa, gembira. ada jenis rap, ada puisi, ada sajak, ada quotes. random things. enjoy.