Ehhh BAB 4

169 8 0
                                    

Pejam celik- pejam celik sebulan lagi tinggal untuk SPM ....

Friya dah berhenti kerja part time sebab nak ready untuk SPM..

Iqfan pulak banyak luang masa dengan study. Best students kan siapa tak kenal.

Sebelum SPM pihak sekolah mengarahkan semua pelajar SPM untuk masuk kem pecut SPM. Semua sudah diatur oleh pihak sekolah hanya perlu bayar dan masuk kem sekolah selama seminggu. Sebulan sebelum SPM pulak tu.

Pelajar Spm bertandang di resort yang jauh dari sekolah .Tempat yang strategik untuk study. Kelengkapan pun okay cuma satu bilik 5 orang kena share bilik air yang ada satu. Tapi kena bersyukur jugak bilik chalet lengkap dengan air-cond.

So bermulah pecutan gear 5....

"Iqfan! Sikitnye baju kau bawak kau ingat kat sini ada dobi ke?" Harris pelik dengan kawannya yang bawak hanya satu beg galas dan sling bag.

"Ye ke?" bagpack dan slingbag diperhatikan. Aku rasa banyak dah baju yang aku bawak dengan buku-buku sekali. Dia yang bawak lebih daripada perempuan. Dia ingat nak tinggal kat sini sebulan ke ape.

"Kita satu bilik " celah Ronie.

"Siapa lagi sebilik dengan kita? cikgu cakap 5 orang kan" sambung Iqfan.

"Aku kau Harris, Fayyadh budak kelas akauan dan Rezza budak kelas seni"

"Owh jom lah. Aku nak mandi. Ahhhh panas!!" Iqfan mengibas baju bukti panas yang melampau.

"Okay, jom beg aku pun dah ada dalam bilik" sambil tunjuk jalan ke bilik.

"Kau ape2 mesti cepatkan, beg ni kau bawak sampai bilik" marah Iqfan. Balasan Orang panas² tunggu dia datang rupanya dah masuk bilik.

"Sori aku mana tahu kau sebilik dengan aku" sabar aje lah.

Mereka bertiga senyap disebabkan Perjalanan ke bilik tak jauh.

"Welcome to our room for one weeks "ceria Ronie yang dari tadi senyap selepas membuka pintu bilik yang berangka A150

"Mana yang lain? tak kan 3 orang aje" kata Harris.

"Diorang bas lain tu lambat" Balas Ronie.

Iqfan pulak, lepas letak barang terus masuk bilik air. Panas sangat la tu.

♦♦♦♦♦

Malam tu semua pelajar belum memulakan sesi pembelajaan tapi dimulakan dengan aktiviti spontan pelajar SPM..

Orang yang paling malas dalam bab spontan ialah Friya macam Alergik satu badan. Ada aje alasan nak tolak, tambah pulak campur dengan pelajar kelas lain yang tak berapa kenal.

Kertas A4 di agih kepada setiap kumpulan dan kandungan kertas tersebut menunjukkan situasi yang akan dilakonkan iaitu lakonan spontan. Bukan semua dapat lakonan ada jugak yang dapat debat, forum dan yang paling best nyanyian.

Grup Friya ada 10 orang senang nak kawal dan diketuai oleh Penolong ketua pengawas, kebetulan dapat ikan emas. huhu. Situasi pulak hidup berjiran. Setiap show 10 minit no more and less.

Banyak-banyak grup satu grup yang paling top. Semua akan dapat skor siapa. Grup mana lagi kalau bukan grup Si Iqfan. Grup dia orang diketuai bakal maharaja lawak Malaysia. Situasi pulak paling di sukai ramai . Iaitu debat tentang masalah remaja yang mebihkan hal cinta daripada pembelajaran.

"Berkarisma betul Iqfan malam ni kan"

"ha a, aku tak pernah nampak muka Iqfan malam, cute sangat" muka teruja yang tak pernah tengok lelaki.

"Semua yang di debat semua masuk akal dan bergaya"

Mulut-mulut pelajar tingkatan 5 over excited. ehhh!! please lah jawapan yang miang-miang dia tu orang kata masuk akal, patut pun dia dapat yang bangkang hal belajar dari bercinta. Kalau bab bergaya tu tak boleh nak kata memang si Iqfan tu jenis Style.

Betul ke apa yang aku cakap tadi macam tak masuk akal pulak. Blur. kalau nenek dengar mahu kena tadah telinga dengar ceramah free antarabangsa. Budak Friya pun dengar tapi macam tak dengar. Kata-kata aku tadi khusus untuk Friya. "mengenali si dia dengan lebih mendalam dapat tahu yang si dia bukan berupa dengan dua muka".(flashback)

Ada juga persembahan yang tak menjadi jadi bahan lawak dalam dewan yang sederhana besar yang memuatkan 110 orang pelajar SPM. Bergema suara yang gelak sakan.

Selesai sudah persembahan yang tiada pemenang. Esok pagi bermula lah Pecutan gear 5.

Dalam bilik B120..

"Kau tak perasan ke Iqfan tenung muka kau masa dia buat persembahan tadi" usik Lisa Lee.

"Entah aku tengok semua orang dia pandang macam tu, sama tak ada beza " buat andai. Padahal senyuman dari Iqfan yang belum pernah dilihat muncul dengan tanpa disedari. Biasanya senyum sumbing, senyum tak ikhlas, . Tak pun muka tu masam macam cuka yang paling masam.

"Tak payah pikir lah. Tidur esok kita start belajar dah tak ada relaxing " tambah Friya .

♦♦♦♦♦

sepanjang seminggu padat dengan jadual dari pagi hingga malam. Jadual sama dengan sekolah cuba bezanya belajar sampai malam dan ada Qiamulai untuk pelajar yang beragama islam. Setiap Qiamulai di imamkan oleh Iqfan. Memang tak pelik sebab Iqfan bekas pelajar Tahfiz . Suara lunak di pagi yang sepi dengan melafazkan kalimah Allah. Merdu.

Ada juga yang miss Qiam ikut agama kafir yang seronok tidur. Rugi !! masa ni saja yang ada untuk memohon kepada Yang Maha Esa dipermudahkan belajar dan segalanya.

Seronok belajar dalam keadaan angin yang sepoi-sepoi menampar muka lembut. Ombak yang bergelora. Khusyuk tengok pantai. Focus Friya SPM nak dekat. Lain kali boleh tengok pantai.

Semua pelajar fokus belajar. Cikgu pun bertungkus-lumus membuat persiapan. Seminar kerap dilakukan untuk mengkaji soalan yang paling penting cara jawap, walaupun cikgu dah tekankan dalam kelastapi kena tekankan juga. skima soalan SPM sentiasa berubah kena always hati-hati.

Ehh!!awak perlu ke??Where stories live. Discover now