Ehhh BAB 7

141 8 0
                                        

Iqfan tadi diabaikan. Tak nak perasaan ni berombak.

"Cantiknya kasut ni" bersinar mata Friya.

"Ha'a cantik, belilah kalau nak " puji Kak Naufal.

"Aunty ada saiz berapa?"

"Ada saiz 38 dan 40" selepas Aunty pergi check stok kasut.

"Saya ambil saiz 40"

"Friya betul ke nak ambil saiz 40?. Main ambil je"

"Tak apa kak Naufal saya tahu saiz saya. Cuma mungkin longgar sikit"

"Ikut mu lah" ketawa Friya. Kak Balqis cakap dialek kelantan.

"Hihihi, akak tinggal kat sini dah 2 tahun" jujur Kak Balqis.

♦♦♦♦♦

Dalam boot kereta Myvi milik kak Naufal dipenuhi barang Friya. Punya banyak Friya borong.

"Friya beli barang macam tak nak datang kelantan" suara sayu Kak Naufal.

"Kak Naufal mana ada macam tu, Friya lama berhasrat nak beli barang kat Pangkalan Kubor." pujukan.

"Larat ke nak bawa naik flight esok" tanya kak Balqis.

"Larat sebab barang saya separuh dah bawa balik .huhuhu"

Geling kepala kak Naufal.

"Esok flight pukul berapa?"soal kak Sarah

"Dalam pukul 10, esok saya naik teksi"

"Esok akak Naufal hantar sampai airport tak payah ngada² nak naik teksi" bebel kak Naufal.

"Maaf menyusahkan kak Naufal"

"Tak menyusahkan pun , besok pukul 8 kena bertolak nanti kalut pulak" nasihat kak Naufal.

Ya Allah! Permudahkan perjalananku. tinggal seminggu lagi result keluar. Lapang kan hatiku Ya Allah.

♦♦♦♦♦

"Fan, khusyuk kau tengok budak pakai niqab tadi" Tanya Zamir tiba-tiba.

Iqfan yang khusyuk minum air kelapa laut tersentak...

"Budak pakai mana pulak?" soal balik.

"Yang kat kedai kasut tadi lah" buat tanya pulak . Aiii mamat ni tarik balik air tu baru tahu.

"Entah" blur. Ifqan tak nak buka rahsia nanti sepupu yang tersayang gelak sampai esok tak habis

"Tak semestinya perempuan yang pakai niqab ni lawa. Ada yang baget alim"  Zamir nak cari pasal.

Jauh Iqfan termenung. Air kelapa laut disedut sampai habis.

"Tak panas ke dia orang pakaiii...."

"Niqab"

"Ha niqab." smbung Iqfan.

"Mana aku tahu, kalau kau nak tahu panas ke tak kau pakai sendiri" tergelak besar Zamir dengan soalan Iqfan.

♦♦♦♦♦

Jam 9 30 Friya sampai ke airport pangkalan chepa..

Banyak beg Friya bawa balik. Tak ada satu pun tak tinggal. Sebab tak nak ulang balik. Nanti menyusahkan orang lain.

"Friya jaga diri baik-baik tau. Kirim salam ke mama Friya." peluk kak Naufal. Erat sangat.

Pelukan dileraikan..

"Friya kalau nak datang belajar kat sini datang je . PLT sentiasa terbuka untuk Friya." sebak Friya. Kak Sarah lebih muda tapi sebab dia berilmu Friya panggil kakak.

"Friya ingat. Flight Friya dah nak berlepas. Take care ye kak" Friya melambai buat kali terakhir.

Ya Allah. Thank you...

Ehh!!awak perlu ke??Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang