ehhh BAB 11

114 8 0
                                    

"Alamak!! macam mana beg aku boleh tertukar pula"

Haziq Qaidier memejam mata dan buka balik mana tahu mata ni silap tengok. Ternyata betul beg tertukar.

Haziq meghempaskan badan ke atas katil empuk saiz king. Dan fikirkan cara untuk tukarkan balik beg ni.

♦♦♦♦♦

Uwais berlari dari bilik Uwais ke bilik Friya.

"Kak Yani, Uwais rasa beg Uwais tertukar dengan someone lah" panik.

Paper bag di tangan Uwais dicheck semula.  Memang betul tertukar.

"Ha a lah tertukar. Dengan pakcik mana kita boleh tertukar?" sebab sebelum ni tak pernah pulak nak bertukar-tukar beg.

"Tengok esok macam mana. Akak malas nak bawa kereta malam".

♦♦♦♦♦

014-XXX XX XX Didail....

Tut...tut...tut ..

Usai solat Dhuha..

Handphone Friya berdering menjerit suruh angkat. Siapa pula unknow number ni?. Jawap je lah.

"Assalamualaikum" suara lunak lelaki memberi salam.

"Waalaikumussalam, cari siapa ye?" menjawap salam. Jawap salamkan wajib.

"Saya cari owner beg Polo" terus bagi jawapan. Perempuan rupanya. Masalah juga kalau nak jumpa perempuan ni. Tapi beg lelaki. Haziq berkira.

"Beg Polo" Friya blur.

Ni kes banyak makan semut tu cepat lupa.

"Awak ada beli beg tak kemarin?" tanya Haziq dicorong fone.

"Ada. Tapi betul ke Encik ni? Cuba Encik bagi tahu ciri² beg tu." untuk mendapatkan kepastian.

Banyak sogeh juga perempuan ni. Macam adik aku. Sempat mengumpat. Beg dicapai.

"Ciri² beg tu berwarna dark chocolate tapi nak ke hitam sikit. Jenis beg sling bag. Jenama Polo. Number siri pun ada nak saya nyatakan nombor siri" perli.

"Okay fine. Post terus lah beg tu"

"Tak boleh awk saya ada hal, rasanya tak sempat"

"Habis tu" sedikit kuat.

"Kita jumpa, awak hantar teks dekat mana. Saya pergi. Kita tukar terus beg tu" still berlembut dan bagi cadangan.

"Okay" talian dimatikan.

Dia ingat dia saje ada hal aku pun ada. Paking barang tak siap lagi. Aku betul² tak ada mood hari ni.

Teksss...

Mutiara Fresh Cafe Floor 2.
Jam 2 15. Suku tau ! ! !
Jangan lupa pesan Friya tripleC (coolcoklatecafe).

Inbox teks...

Dibaca. Pelik betul perempuan ni.

Di MFC ....

"Saya nak pesan Friya triple C" pelayan di depan Haziq terkejut dengan pesanan tadi.

"Pesanan encik akan siap dalam 5 minit."

******

"Hai Friya" sapa Daiyan.

"Tak pergi sekolah ke? Panggil kakak okay."

"Kan dah pukul 2 lebih. Cantik kak Friya hari ini. Saya su....." pujian Daiyan dipotong

"Sori kak Yani" Uwais menutup mulut Daiyan.

"Jaga kawan kamu tu elok²" pesan Friya sebelum naik ke atas Cafe.

Sempat lagi dia kenyit mata.  Hishh budak ni.

"Kak Nor ada tak orang lelaki pesan minuman Friya." Tanya.

Kak Nor partner Aunty Friya belah papa Aunty Fitrah.

"Patut pun dia order, boyfriend Friya ke?" usik Kak Nor.

Friya mendiamkan diri. Senyum. Membiarkan Kak Nor tertanya². Dia sendiri pun tak tahu orangnya macam mana.

"Cofee dia dah siap?"

"Dah, Nah! Meja 008"

Friya membawa dulang yang dipesan oleh lelaki yang menghubunginya tadi.

"Encik coffee" muda lagi rupanya.

"Thank you" tanpa memandang muka Friya. Sombong.

"Encik?" Friya duduk dihadapan lelaki yang membaca surat khabar tadi.

"Ehemmm... Encik yang call saya pagi tadi untuk pertukaran beg kan?" nada santai.

Lelaki tadi meletak surat khabar diatas meja.

"So awak yang angkat call tadi" beg disisi diletakkan atas meja.

Beg tadi diambil Friya untuk kepastian. Memang betul Beg Uwais.

Perempuan ni macam pernah jumpa tapi kat mana? Bisik hati Haziq.

"Okaylah, ni beg Encik. Dan terima kasih sebab bagi kerjasama. Enjoy your great coffee" Friya berlalu pergi selepas beg adiknya berjaya diambil.

Enjoy your great Coffee...

Coffee tadi dihirup. Sedap!

Lelaki tadi macam pernah nampak tapi kat mana? Rasanya dekat..... Ahhh kacau betul. Buat apa nak fikir. Persoalan dari Friya.

******

"Uwais akak dapat dah beg " sorok Friya.

"Bila akak dapat"

"Pagi tadi dia call suruh datang ambil dekat Cafe Aunty Fitrah.

"TQ" peluk macam lama tak jumpa.

10 minit kemudian...

"Akak ada surat" Datang Uwais mengejut nasib baik pakai baju singlet.

"Surat?" surat berwarna purple muda bertukar tangan.

Surat...

SORRY. Maybe my mistake tertukar beg tu. Hope bende ni tak akan barulang lagi. Awak garang sangat jadi saya takut nak terus terang. Kalau ada jodoh kita berjumpa lagi. Bye. Ikhlas.... Haziq Qaidier..

Jiwang karat betul mamat ni.

"Dia tulis apa kak" muka buat² teruja.

"Rasa dia tersalah letak" surat berwarna purple tadi di simpan dalam laci.

"Salah letak konon dah tu kenapa letak dalam laci" sindir Uwais.

"Keluar" marah Friya.. Menyibuk!

Uwais menjelir lidah. Ambik kau ajar sangat jelir² lidah kan dah kena.

Ehh!!awak perlu ke??Where stories live. Discover now