Habis SPM, mama yang tercinta hantar Friya ke Pondok atas alasan ikut jejak abang dan kakak.
Dah 2 bulan lebih tinggal pondok lubok tapah, kelantan...
Banyak cabaran yang Friya tempuhi antaranya start berdikari sebab sebelum ni duduk bawah ketiak mama . Baju basuh sendiri cuma kat Lubok Tapah ada mesin basuh lepas kerja si mesin just jemur.
Bab study kat PLT pun okay. Ustaz dan ustazah semua baik-baik. Friya belajar perlahan-lahan sebab belajar nak betulkan solat dan banyak perkara. Dari tak tahu ke tahu. Semua kena start dari bawah. Betulkan niat...
♦♦♦♦♦
"Friya nok gi dop Pangkalan Kubor " Tanya Kak Naufal
"ehh! mestilah nak. Dah siap dah ni" saut Friya.
"Siap konon, baju pakai pun tak rapi lagi, tudung pun tak pakai lagi" Bebal kak Sarah.
"kejap give me 5 minutes" tangan menyarung jubah. Rambut yang ikal mayang disimpul masuk kedalam skaf.
Lepas 5 minit Friya siap rapi....
"Mana niqabnya? kenapa tak pakai niqab?" Soal Kak Naufal.
"Malaslah kakak nak pakai. Saya bukan nya pakai pun time belajar sini je saya pakai" beralasan.
"Banyak cantik pergi pakai . Now!!!!"
Aku bukan nak pakai pun sebab mama dah beli, terpaksa pakai sepanjang tinggal di pondok Lubuk Tapah. Omel Friya sebelum masuk bilik. Selepas pakai Niqab, Friya tambah sedikit celak kat mata.
"Lamanya Friya pakai niqab ke? atau jahit niqab" Bebel kak Roslina.
"ha panjang umor, tadi dia diri oyak nok cepat" bidas Kak Sarah.
Kak Balqis salah seorang dari kami tak pakai niqab sebab kak Balqis memang tak pakai dari awal lagi. Biasanya Balqis bising sekarang senyap. Dah kenapa???
Kami berempat bertolak ke Pangkalan Kubor. Perjalanan tak sampai setengah jam. Sebab dah separuh jalan.
"Friya nak beli apa sebelum balik??" tanya kak Naufal selepas turun dari kereta. Parking mudah sebab bukan cuti umum.
"Banyak,. Kacang , asam, buah mangga orang sini panggil pauh kan , pastu selimut yang soft tu, banyak lagi tengoklah penuh tak boot belakang dengan barang saya" tunjuk muka excited.
"Akak, Friya minta maaf. Tadi Friya lambat. Kesian kak Naufal kena tunggu Friya bersiap, sebagai cagaran Friya nak belanja akak"
"Betul ke.. Okay, sebagai denda akak nak Friya belanja akak buah pauh 6 kilogram" muka buat macam nak minta benda yang paling mahal.
"Hahahah, Friya ingat apa tadi. Tapi Friya bagi duit lah. Friya tak reti kalau bab beli buah pauh" muka simpati.
"Mana boleh , tu tak kira belanja"
"Owh ye ke" Blur.
Jujur kak Naufal banyak menolong Friya. Semua hal termasuk sihat sakit Friya. Kiranya budi kak Naufal tak boleh nak hitung.
Mereka berempat berpecah . Friya dengan kak Naufal. Manakala, Kak Sarah dengan Kak Balqis. Friya berjalan seiringan dengan kak Naufal. Tanpa di ketahuai takdir Allah ....
Degukkkkk....
Seorang lelaki melanggar Friya. Nasib baik tak tersandung dengan tudung labuh ni. Kalau terapa-apa, jatuh saham Mati !...
"Sorry kakak saya tak sengaja" Tanpa berpaling.
Tak kan besar panjang aku pun tak nampak. Bukan ramai orang pun kalau nak kalut pergi mana-mana. Lepas tu panggil aku kakak pula aku punya lah muda.
Ehh! Macam mana aku boleh lupa aku pakai niqab...
"Friya okay" ambil berat.
"Saya okay kak Naufal, cuma sakit sikit. Nanti baiklah kot" memegang bahu yang kena langgar tadi.
"Kalau sakit lama, beritahu akak jangan diam." Risau.
"Pauh ni berapo ya " kak Naufal tak kekok bercakap dialek kelantan walaupun tinggal di KL lama.
"3 kilo 10 ya .Adik ambik hok ni manis" promote makcik penjual buah.
"Pauh lemok kea, saya nok 3 kilo"
"Makcik saya nak 6 kg" Larat ke nak bawa balik esok? Friya. Huhuhu.
Dua plastic lutsinar di letakkan dihadapan Friya dan Kak Naufal..
Sekeping note 50 ringgit dikeluarkan dari beg sandang Friya. Baki pulak diletkkan ke dalam pers Gucci yang mama beli kat Paris.
"Terima kasih, sebab belanja"
"Friya" laung kak Balqis. Baru bernyawa tadi senyap.
"Nik Friya " diulang sekali lagi. Punya lah kuat. Dia ingat Friya dekat tingkat 7 nak laung macam tu.
"Friya!!!" suara hati..
Mata memerhati sekeliling mencari gerangan yang bernama Friya. Dia yakin tu Friya yang berjaya mengusik hatinya.
Hanya susuk tubuh yang sederhana tinggi diperhatikan. Tapiiii... Susuk tubuh tadi tertutup dengan serba hitam. Semua tertutup kecuali mata dan tangan. Hati ni yakin sangat tu Friya.
"Friya teman kak Balqis cari baju" ajak kak Balqis.
"Why me?"
"Friya kan pandai dalam bab-bab ni, kak Qis tak pandai" tunjuk muka simpati.
"Jom" Friya pulak yang bersunguh.
Semasa memilih baju .Friya ternampak Iqfan. Friya menjadi kaku sebab terkejut.
"Iqfan buat apa kat sini" tanya Friya dalam hati.
Iqfan perasan ada yang melihatnya. Dilihat sekilas. Perempuan tadi. Jantung berdegup kencang. Kenapa??.
Tak kan Perempuan yang berjaya mengusik hatinya dan menyebabkan dia dilema rindu yang mendalam. Tapi kalau betul Friya. Mana sikap yang selamba atau lebih tepat sikap mesra alam dia selama ni.
Tambah pula dulu kalau jumpa aku dia yang paling bising. Mungkin sebab dia pakai macam tu dia tak berani tegur aku. Aku yakin tu Friya.
YOU ARE READING
Ehh!!awak perlu ke??
RomancePerjalanan yang panjang seakan pendek. Friya sentiasa mengimbas masa yang telah lama berlalu tanpa diduga dan tanpa pencipta yang paling Agung Friya takkan dapat meneruskan kehidupan yang keindahan dan alpa. Permainan Friya telah mengubah kehidupan...