Ketibaan disambut baik oleh nenek Haziq yang dimaksudkan.
Haziq dipeluk dicium seperti lama tak jumpa. Mata Nenek Haziq nampak nenek seorang yang penyayang. Friya hanya meyalami.
Haziq memperkenalkan nenek. Nenek suruh Friya membiasakana diri dengan panggilan tok Umi. Friya rasa dihargai.
"Nama siapa"dialek kelantan thailand.
"Nik Friya Hardyyani, panggil Yani"
"Sedap nama kamu, mari masuk" maksu dan ayahsu dah masuk dulu dari umi tok sebab nak pergi solat. Haziq tak apa sebab jamak.
"maaf tok umi Yani nak guna tandas tapi dekat mana?" izin Friya lembut.
"Tandas dekat belakang sana pergilah seharian mesti melekat kan?" cantik budak ni lembut. Mesti anak orang berada.
Rumah tok umi semua kayu plus dekat kawasan hutan. Haziq kata dulu separuh rumah tok umi pernah kena amuk gajah. Tapi kisah dulu sekarang dah tak ada dan dah diubah suai.
"Yani lepas siap, makan umi tok masak istimewa malam ni kita makan ramai-r" tegur maksu. Friya ditempatkan dibilik tengah. Rumah tok ummi dua tingkat setengah . Ada 7 bilik semuanya walaupun rumah kampung biasanya dia orang akan buat 2 3 bilik tapi rumah tok umi tak.
Malam tu hanya ada family maksu 2 orang anak lelaki dan seorang perempuan ada lagi 2 anak maksu tapi di universiti, tok umi di rumah makan sekali. Meriah sangat sebab ayahsu jenis suka buat lawak. Semua orang gelak terutamanya Haziq.
"Tok umi masak pedas sangat Haziq tak boleh terima" banyak kali Haziq minumair.
"Yani boleh makan tak?" tanya Tok umi Haziq diabaikan.
"Boleh, Yani memang suka makan pedas"
"Tengok Yani boleh makan Ziq manja sangat bukan pedas sangat" balas tok umi.
Semua gelak anak maksu yang umur 5 tahun boleh makan selamba macam tak makan lada.
"Kerabu maggi ni sedap tok umi lebih sedap dari bibik buat" tambah Friya. Banyak Friya makan. Mana taknya semua sedap. Orang Thailand memang kepakaran dia orang pandai masak.
"Makan banyak-banyak ada banyak lagi" pelawa tok umi.
Haziq nampak mesra dengan sepupunya. Lain pula rasa sebab Haziq ni jenis yanag jarang bergaul. Malam tu kami tidur lewat. Banyak bercerita. Friya pulak dapat membiasakan diri dengan cepat semua orang peramah dan baik.
♦♦♦♦♦
Di sini subuh awal masa dengan Sabah....
"Yani, jom makan" pelawa tok umi.
"kejap umi tok Yani tengah jaling rambut, lepas siap Yani turun"
Tok umi mendekati Friya dan membantu Friya jaling rambut...
"Maaf, menyusahkan tok umi" bersalah.
"Tak ada menyusahkan pun, panjang rambut Yani wangi, patut pun tandas tok umi masuk selepas subuh tadi bau wangi semerbak" tangan tangkas menjaling rambut.
"Yani tak boleh solat sebab tu Yani jaling rambut. Tak ada lah rimas sangat"
"Yani kenal Haziq dari mana? " persoalan tok umi membuat Friya terkejut.Mungkin sebab Friya perempuan.
"Kenal di Universiti. Kami satu universiti."
"Haziq ramai kawan tak?"
"Tak, Haziq kawan dengan saya dan seorang lagi nama MeiLin" terang Friya.
Tiba-tiba...
"tok umi cepatlah Haziq dah lapar ni" Haziq datang secara mengejut.
Muka Friya betul-betul menghadap Haziq. Dengan tak pakai tudung.Malunya!

ANDA SEDANG MEMBACA
Ehh!!awak perlu ke??
RomansaPerjalanan yang panjang seakan pendek. Friya sentiasa mengimbas masa yang telah lama berlalu tanpa diduga dan tanpa pencipta yang paling Agung Friya takkan dapat meneruskan kehidupan yang keindahan dan alpa. Permainan Friya telah mengubah kehidupan...