Selama seminggu mama bertungkus lumus persiapkan majlis pertunangan Abang. 70 peratus dah siap tanpa pengatahuan Friya. Sebab tu Friya marah.
"Yani abang nak perkenalkan bakal isteri abang" abang memperkenalkan bakal permaisurinya. Tapi orangnya tak ada.
"Abang nak perkenalkan hantu ke?" perli. Bayang pun tak nampak.
"Ada, dia sampai dalam 5 minit lagi" Sengaja nak buat adiknya suspen.
Seorang perempuan cantik keluar dari kereta Honda Civic di perkarngan rumah. Tak kan bakal kakak ipar aku?
"Assalamualaikum" lembut. Baget... Bentak Friya.
"Akak berkenalan dulu baru tahu orangnya macam mana" mama bodek. Tahu anaknya jenis macam mana.
Mereka berdua ke kolam ditepi rumah...
"Yani kan?"
"Yer" lagak sombong.
"Nama akak Alisha Yusra panggil kak Alis" permulaan interview...
"Muka Yani ingatkan students akak yang from 4, yani cantik macam yang Hayyan cakap. Ala² NY girls." puji Kak Alis.
"Akak cikgu ke?" tak termakan pujian soft macam tu.
"Yes. Akak cikgu sains"
"Akak tahu akak banyak kekurangan untuk berdamping dengan abang Yani. Akak cikgu tak macam Hayyan yang bakal CEO" rendah diri.
"Akak tahu saya suka makan manisan" nak menguji bakal kakak ipar.
"Tahu Hayyan inform"
"Bahan semua ada, hari ini saya nak akak buat kek yang berasaskan coklat. Boleh kan?"
"Boleh!"
"Okay kita jom ke dapur" ajak Friya ke dapur yang bakal menentukan masa depan Abang Hayyan a.k.a musuh ketat.
"Bahan semua ada dalam laci dan kabinet so kerja akak buat manisan" arah Friya dah macam cef mastercef.
Kakak Alis hanya menurut.. Sambil di perhatikan Friya..
"Abang cakap apa lagi pasal Yani?" selidik.
"Banyak sangat tapi semua yang baik²" tangan lincah membuat cupcake coklat versi velvet.
"Yani pelik. Ramai² adik² abang paling kuat buat musuh dengan Yani. Macam mana abang boleh cerita hal Yani kat kakak, cerita baik² pulak tuh" mula lembut.
"Akak pun tak tahu. Dulu akak nak tahu macam mana Yani ni. Kalau akak datang mesti Yani tak ada kat rumah"
"Now akak tahu siapa yani kan plus suruh buat kek" kak Alis gelak.
"Akak tak kisah pun memang akak suka buat kek" jujur.
"Umur akak berapa?" mula bertanya.
" 28 tahun tua setahun dengan Hayyan tapi beza kami sebulan"
"Owh..." jujur kak Alis tak nampak umur 28 pun.
Dari permerhatian Kak Alis is tinggi same level dengan abang kalau berkasut tumit tinggi , sedikit berisi, putih sama dengan abang. Ada sifat kesabaran dengan kerenah Friya. Yang paling penting sifat keibuan tu ada. Perfect.
"Sedapnya bau" datang dah...
"Sibuk lah abang ni" bahu Friya tepis abang.
"Semua ni Friya punya" tamak!
"Cuba rasa, how?"
"Ok" sesudu kecik berisi kek red velvet coklat masuk ke mulut Friya.
"Sedap tak?" abang Hayyan excited.
"Ermmmm!!! Sedap!!!!" first time rasa red velvet yang ada kelainan.
"Akak, tahniah sebab buka hati Yani nanti boleh jadi geng buli abang"
"Dah tambah sorang" abang menepuk dahi.
Kak Alis gelak...
♦♦♦♦♦
Majlis pertunangan abang di design oleh mama sepenuhnya punya semangat nak menyambut bakal menantu yang pertama. Kebanyakkan yang hadir hanya keluarga dan kenalan yang rapat.
Majlis yang sederhana hanya untuk sesi berkenalan dengan keluarga bakal pengantin.
Tapi kawan Friya hanya MeiLin yang datang ke majlis pertunangan Abang Hayyan dan Kak Alis. Haziq tak dapat datang katanya demam.
"You !!! Haziq dan you lari tak cakap sama saya hadiah pun tak dapat" MieLin merajuk.
"Cantik you pakai baju kurung moden it's match" Friya memuji.
Jelingan maut... Mak aii marahnya...
"Aku ada beli hadiah untuk kau dress dan vantage shoes. Ada kat rumah esok on time aku bagi"
"Yer ke.. Thank you" kalau dengar bab hadiah yang darah tinggi jadi down cepat.
"Aku kan sayang kau" Friya berpelukkan kecil dengan MeiLin.
"Cuti ni kau nak buat apa?"
Baru nak jamah puding, Meilin banyak tanya pulak. Banyak ke? Hihihi
"Aku kena buat persiapan untuk majlis bakal merpati sejoli ni lah" mula makan puding selepas jawap sepintas lalu.
"Owh, aku kena balik Taiwan, nenek aku suruh belajar cara kaligrafi yang moyang aku punya" nada sedih. Baru nak enjoy. Clubbing dengan classmate dulu.
"Ok ape? mengekalkan tradisi turun temurun moyang kau"
"Ye lah, kau nak ikut. Flight aku tanggung, kat sana aku mesti tak ada kawan. Kawan aku mesti lembu datuk aku. Ahhhhh" ahahah budak bandar masuk kampung.
"Tak nak. Mesti lama kau kat sana majlis abang aku dalam dua bulan lagi, sori eh"
"Aku mesti rindu kau" nada sedih.
"Kau kena beli hadiah untuk aku dengan Haziq. Aku nak yang mahal²"
"Okay" 'gum' dia mesti ingat, hope korang bersatu aku nak sangat korang bersatu for each other. MeiLin berharap.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ehh!!awak perlu ke??
RomancePerjalanan yang panjang seakan pendek. Friya sentiasa mengimbas masa yang telah lama berlalu tanpa diduga dan tanpa pencipta yang paling Agung Friya takkan dapat meneruskan kehidupan yang keindahan dan alpa. Permainan Friya telah mengubah kehidupan...