Tokkkk...tokkkk...
Friya menilik jam pada smartnya. Baru pukul 3 pagi.
Siapa pulak yang berani ketuk pintu pagi-pagi. Rasa takut ditempis. Friya masih bertelekung. Jadi tak perlu untuk sarung tudung. Pintu dibuka sedikit secara perlahan.
Haziq rupanya ingatkan siapa tadi...
"Teman aku pergi KB pagi ni jugak kita kena pergi" Friya baru perasan bagasi ditepi Haziq.
"Kenapa aku? Awal lagi kan takkan tak nak maklum kat Abang Khai" masih terkejut.
"Aku dah maklum tadi. Cepatlah bersiap" gesa Haziq.
Tanpa berfikir panjang Friya mengambil beg di tepi almari yang sedia kemas untuk ditinggalkan untuk pendakian.
Friya hanya mengikut. Haziq nampak tenang. Tapi Haziq nak buat apa kat Kelantan dengan bawa aku sekali. Baru ingat Haziq mana ada kawan lain selain Friya dan MeiLin.
Selama sejam perjalanan dari Hotel ke Airport. Haziq dah book tadi jadi kena tunggu flight pagi sampai. Dalam setengah jam Friya dan Haziq menunggu tiba masanya untuk flight to KL.
Dalam perjalanan 2 jam setengah perjalanan Haziq ada beri tahu hal kenapa dia nak ke Kelantan. Semua dah di Book oleh Haziq KK to KL , KL to KB. Semua dah sedia. Taksi dan sebagainya.
Mereka tiba di KB jam 10 pagi. Taksi Airport bawa mereka ke Hotel Pacific di Kota Bharu.
"Aku minta maaf sebab bawa kau sekali kalau bukan sebab daddy aku kat Italy mesti benda ni tak jadi. Kau pulak excited nak daki puncak Gunung Kinabalu" Haziq bersalah.
"It's okay . Dekat rumah aku ada gunung bila-bila masa aku boleh daki" Friya melawak.
Walaupun Haziq muda tapi dah pikul tanggungjwab Company Daddy dia. Wow hebat. Tapi memang patut dia kan anak sulong plus ada 2 beradik. Kalau abang dengar aku cakap benda ni depan dia mesti melenting. hihihi.
Sementara Haziq meeting Friya tunggu di Lobby. Ada air terjun bawah tangga Friya main-main dengan ikan. Budak tak main macam tu. Teruk!
One Call masuk....
"Friya kau dengan Haziq kat mana? Aku cari kau dekat bilik tak ada. Barang kau pun tak ada. Ke kau lari dengan Haziq?" panjang macam petir tak sempat nak potong.
"Sorry Mei aku kat kelantan ni ada hal, kami dah maklum"
"kami maksud kau dengan Haziq" tak percaya.
" yes, nanti aku balik jumpa kau. okay, busy ni" tak sempat Mei nak cakap Friya dah off handfone.
Teks...
Balik ni aku cerita kenapa. Selamat mendaki babe.... Love you... Muahhhh.
Inboxxssss...
: P
Laparnya.. Dah tengah hari perut dah isi tadi tapi minta isi untuk tengah hari..
"waiter, saya nak jus oren satu" buat pesanan.
Air pun habis satu gelas mamat ni tak siap lagi ke?
Ha panjang umur baru cakap tadi. Bisik Friya.
"jom" Haziq melangkah ke depan ajak Friya keluar Hotel.Friya hanya mengikut. Macam Haziq tarik bagasi.
Haziq membuat panggilan untuk book flight ke KL. Tapi takkan nak balik KL, awal lagi aku still rindu kelantan. Jangan lah, tinggal sini 2 3 hari. Setakat hotel ni aku sanggup bayar. Hati berharap.
"Yani i'm so sorry Flight untuk kita balik KL dah habis untuk hari ni. So kena tunggu esok untuk kita balik".
Friya bersorak happy memang dia tak nak balik lagi. Bagi harapan kepada mama daki gunung tapi melencong ke kota Bharu.
"Yani kau bawa passport tak?" tanya Haziq tiba-tiba.
Hai mamat ni nak bawa aku ke siam ke? Jangan aku nak enjoy lagi aku tak nak kahwin lagi. Nanti nak jawab apa dengan mama. Aku tahu kau kaya. Aku pun kaya. Tapi aku tak nak.
"Ada, tapi nak ke mana dengan passport bagai?" tanya Friya
"Ke Thailand, kahwin dengan kau " Haziq senyum nakal.
"Tak nak aku lebih baik aku balik dengan bas dari kahwin dengan kau" Bentak Friya. Maras ni marass.
"kau ni aku main-main je kot, dulu aku kan pernah cerita yang nenek aku tinggal sana. So, dari bazir duit tinggal hotel baik tinggal rumah nenek aku kat sana"
Haziq buat panggilan...
Friya tak berapa dengar. Nanti tahu juga Haziq call siapa. Sebelum orang yang Haziq call tiba. Friya dan Haziq makan di restoran hotel.
Usai makan kereta hilux masuk ke perkarangan hotel. Betul-betul depan pintu hotel. Siapa suami isteri yang dalam kereta Hilux tadi.
"Yani jom, pakcik aku dah datang" ajak Friya. Pakcik Haziq rupanya.
"kereta Hilux tu ke?" sempat lagi bertanya.
"eyer" Bagasi diletakkan dibelakang.
Haziq dan Friya duduk dibelakang. Kami duduk berjarak. Tahu patas. Kalau dulu Si Haziq ni main redah sentuh orang. Lepas kena tengur dengan ustazah Friya baru dia stop.
"Ziq macam mana urusan tadi berjalan lancar tak?" Mula dah cakap pasal bisnes.
"Alhamdulillah berjalan lancar Ayah su" jawab Haziq tenang.
"Yang si manis sebelah kamu tu siapa" makcik Haziq bersuara.
"Saya Yani kawan baik Haziq"
Perjalanan KB ke rantau panjang mengambil masa dalam sejam lebih. Jalan yang tenang. Hanya suara radio yang bising dari tadi.
Sebelum sampai, mereka berhenti solat di masjid Beijing. Masjid yang berkonsepkan rumah cina dari Beijing. Sempurna.
Seleps proses imigresen mereka terus masuk Thailand. Suasana yang tak pernah rasai. Kalau Friya dan keluarga hanya book flight tapi masuk bangkok ajelah. Yang sempadan tak pernah masuk.
"Kenapa dengan kau ada masalah ke?" Haziq melihat Friya sedikit tak selasa.
"aku okay" Friya rasa bulan pernama. Jangan sampai bocor sudah lah. Kalau mengikut tarikh betul dah.
Dari sempadan Rantau Panjang masuk ke Golok. Dari Golok ke Naratiwat terus meluncur ke Pattani megambil masa 4 jam untuk ke bandar Pattani. Sepanjang perjalanan banyak roadblock tentera Thai dengan senapang , pondok, dawai yang dipasang. Pada awalnya takut tapi sebab Haziq kata tak ada apa. Friya kembali tenang.
Maksu Aisyah iaitu maksu Haziq masuk ke kedai makanan untuk beli sedikit makanan di pekan Pattani. Perjalanan diteruskan ke Kampung pucuk bunga dalam bahasa thai tak ingat dia panggil apa selama 2 jam.
Mereka sampai pada malam hari di Thailand muda satu jam dengan Malaysia. Merka sampai dalam pukul 7 lebih nak dekat isya'.
"cucu tok umi dah sampai"........

YOU ARE READING
Ehh!!awak perlu ke??
RomansaPerjalanan yang panjang seakan pendek. Friya sentiasa mengimbas masa yang telah lama berlalu tanpa diduga dan tanpa pencipta yang paling Agung Friya takkan dapat meneruskan kehidupan yang keindahan dan alpa. Permainan Friya telah mengubah kehidupan...