CHAPTER 2

446 32 6
                                    

1944

Peperangan berterusan menghantui masyarakat. Semuanya tidak berani untuk keluar dari rumah tatkala penjajah berkeliaran di keliling perkampungan mereka. Penjajah yang datang pun bukannya bersehelai sepinggang. Mereka turut membawa senapang dan bila-bila masa sahaja akan menarik picu ke arah mangsa.

Namun begitu, masih terdapat beberapa perkampungan yang bebas dari penjajah. Oleh itu, penduduk kampung itu dapat berkeliaran bebas termasuk kanak-kanak tetapi mereka tetap berwaspada dengan ancaman penjajah.

Di kawasan pasar, suasana sangat riuh dengan pelbagai aneka rakam manusia. Semua pengunjung datang ke situ untuk membeli bahan mentah.

"Hah, kamu! Tolong angkat bakul ni ke sana!" arah seorang penjual ikan kepada salah seorang pekerjanya. Lelaki muda itu mengangguk lalu dengan segala kudrat yang ada, dia mengangkat bakul yang berisi ikan-ikan di dalamnya. Hampir-hampir sahaja dia terjatuh ketika mengangkat bakul yang berat itu.

Dia mengangkat bakul tersebut tanpa menghiraukan orang-orang di sekeliling. Disebabkan kekalutannya memunggah bakul itu, bahunya terlanggar bahu seseorang membuatkan bakul yang diangkatnya terjatuh mencium tanah. Nasib baiklah dia tidak mengangkat bakul tersebut tinggi-tinggi. Kalau tidak, terhempas la alamatnya.

"Oh, maafkan saya!" Gadis yang tidak sengaja melanggar bahu lelaki itu meminta maaf. Lelaki itu memandang gadis itu. Terbuntang mata gadis itu melihat wajah lelaki tersebut.

"Taehyung! Gwaenchanha?" soal Seungwan kerisauan. Taehyung tersengih-sengih melemparkan senyuman petaknya.

"Saya ok je." Taehyung kembali mengangkat bakul berisi ikan itu sehingga ke tempat yang ingin dituju. Seungwan yang rasa bersalah terhadap lelaki tinggi itu turut membantunya mengangkat bakul tersebut.

Setelah meletakkan bakul itu di tempat yang sepatutnya, Taehyung dan Seungwan berjalan beriringan.

"Buat apa kat sini?" soal Taehyung kepada Seungwan sebagai permulaan kepada perbualan mereka. Seungwan menjawab, "Beli bahan-bahan nak masak malam ni. Hari ni tugas saya untuk memasak."

Taehyung mengangguk mengerti.

Seungwan merupakan salah seorang penghuni di sebuah rumah anak yatim di kawasan kampung itu. Penghuni di rumah itu tidaklah terlalu ramai dan anak-anak yatim yang tinggal di rumah itu merupakan kanak-kanak. Rata-ratanya kehilangan ibu bapa disebabkan peperangan yang tercetus dan mengorbankan ribuan nyawa. Kanak-kanak kebanyakannya antara pelarian yang terselamat dari peperangan.

"Kalau ada lebih, bolehlah saya simpankan untuk awak," sambung Seungwan.

"Wah, baiknya awak!"

"Kawan kenalah kongsi sama-sama kan?"

Taehyung mengangguk mengiakan kata-kata Seungwan.

Kim Tae Hyung dan Choi Seung Wan merupakan kawan baik sejak kecil lagi dan mereka selalu bermain bersama-sama. Kini, mereka selalu saling menolong antara satu sama lain sekiranya salah seorang dari mereka berdua mengalami kesusahan.

"Oklah, saya kena sambung kerja dulu," ucap Taehyung menghentikan lamunan Seungwan. Seungwan memberhentikan langkahnya lalu memandang Taehyung sambil mengukirkan senyumannya.

"Saya akan datang bawa makanan ke rumah awak malam ni," ujar Seungwan.

"Saya tunggu," bisik Taehyung di telinga Seungwan. Seungwan tergelak kecil lalu meminta diri pulang ke rumah anak yatim. Taehyung memerhati gadis itu sehinggalah gadis itu hilang dari pandangannya. Taehyung pun kembali melakukan kerjanya yang terbengkalai seketika.

Masa pantas berlalu dan siang melabuhkan tiranya. Masyarakat Korea yang tadinya sibuk bekerja pada siang hari pulang ke rumah masing-masing. Begitu juga dengan Taehyung yang sudah hampir seharian bekerja di gerai ikan. Badannya pun sudah melekit dengan peluh dan juga bau-bau ikan yang terlekat pada pakaiannya.

Setibanya di rumah, dia terus berlalu ke kamarnya dan membuka majunya. Dicapainya tuala yang tergantung di satu sudut dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

Setelah membersihkan diri dan menyarungkan pakaian yang bersesuaian untuk tidur, dia keluar dari rumah dan duduk di atas bangku yang terletak di hadapan rumah. Kepalanya didongak ke langit.

Langit yang gelap dihiasi dengan bintang-bintang yang menyinari di ruang angkasa. Namun, bulan menyembunyikan diri dan tidak menemani bintang-bintang pada malam ini.

Taehyung mengelamun. Dia teringat akan ayahnya yang sedang melunaskan tanggungjawab sebagai seorang tentera di luar negeri. Setiap hari Taehyung berdoa agar ayahnya, Encik Kim pulang ke rumah dengan selamat dan pada waktu yang sama, dapat berbakti kepada negara serta membawa negara ke arah kemerdekaan agar bebas dari cengkaman penjajah.

Sedang Taehyung mengelamun, seorang wanita tua mengambil tempat di sebelahnya. Taehyung menoleh ke sisi, memandang Puan Kim yang turut merenung langit.

Puan Kim tersenyum sendiri. "Appa kamu pernah cakap, kalau rindu dia, tengoklah bintang-bintang kat langit ni."

Taehyung tergelak kecil. Dia masih lagi ingat pesanan ayahnya beberapa bulan yang lepas sebelum ayahnya bertolak ke medan perang. Pada mulanya, Taehyung berasa sebak dan merayu-rayu untuk mengikut ayahnya. Nasib baiklah Puan Kim pandai memujuk dan akhirnya, Taehyung mengambil keputusan untuk menjaga ibunya di rumah.

"Macam manalah dengan appa sekarang ni? Tengah makan ke?" soal Taehyung kepada Puan Kim. Taehyung tahu yang ibunya tak mampu menjawab soalan itu kerana ibunya pun tidak tahu apa yang dilakukan suaminya ketika ini.

"Mungkin appa sedang tidur..." jawab Puan Kim mengikut firasatnya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah dan merenung ke arah tangan Taehyung. Tangan kirinya mencapai tangan kanan Taehyung dan digenggamnya erat.

Taehyung membiarkan sahaja ibunya berbuat demikian.

"Taehyung janji dengan omma yang Taehyung tak tinggalkan omma?" soal Puan Kim dan mengharapkan Taehyung menjawab soalannya.

Taehyung merenung wajah Puan Kim seraya mengukir senyuman segaris. "Taehyung tak akan sesekali memungkiri janji."

Puan Kim tersenyum gembira lalu memeluk Taehyung erat. Taehyung turut membalasnya. Perlahan-lahan air matanya membasahi pipinya.

Taehyung janji yang janji tak akan tinggalkan omma, desis hati Taehyung.

AFFLICTIONWhere stories live. Discover now