Taehyung membuka matanya. Dia mengesot tubuhnya ke bawah pohon dan menyandarkan tubuhnya. Dia menarik nafas dalam-dalam dan dihembusnya kasar. Dia membuka baju sejuknya dan melihat lengannya yang berdarah. Darah tidak berhenti mengalir dari lengannya. Dengan berhati-hati, dia mengeluarkan sebutir peluru di lengannya dan setelah dia berjaya mengeluarkannya, Taehyung menjerit kelegaan.
Dengan sebelah tangan yang masih berfungsi, Taehyung mengoyakkan baju hujungnya sehingga menjadi satu jalur panjang. Taehyung melilitkan kain itu di lengannya untuk menghentikan pendarahan. Setelah menyelitkan kain lilitan itu, dia menyarungkan kembali baju sejuknya.
Taehyung memeluk lututnya. Badannya menggigil kesejukan. Dia mendongak kepala dan mendapati matahari sudah naik. Taehyung menarik nafas dan dihembuskan keluar dari mulutnya.
Walau apa-apa sekalipun, dia perlu meneruskan perjalanannya. Dia tidak sanggup menahan kesakitan ini.
Taehyung bangun dan berjalan meredah salji. Walaupun matahari terbit, ia tetap tidak dapat menghangatkan tubuhnya yang kedinginan. Hampir-hampir sahaja Taehyung pengsan kerana tidak dapat menahan suhu yang sangat rendah.
Setelah hampir tiga jam berjalan, Taehyung merehatkan diri di bawah pokok. Dia memegang perutnya yang tiba-tiba berkeroncong. Dia lapar. Betul-betul lapar.
Taehyung baring di atas tanah dan memejamkan matanya. Mungkin dengan cara itu, dia dapat melupakan hasratnya untuk makan. Setelah lama baring, akhirnya dia terlelap jua.
**********
Tiga hari sudah berlalu tetapi Taehyung masih tidak mencari tempat untuk berteduh. Salji yang turun dengan lebat terpaksa diredahnya. Kadang-kadang, hampir sahaja dia pengsan kerana tidak dapat menahan suhu.
Wajahnya pucat. Bibirnya pun pucat tidak berdarah, menggigil-gigil. Matanya sembam. Hidungnya pula tidak henti-henti berair. Badannya yang kurus pun semakin kurus.
Taehyung berehat di bawah pohon dan termenung memikirkan nasib yang bakal ditimpanya.
Banyak dugaan telah ditempuhnya. Seorang demi seorang telah pergi meninggalkannya. Kini, dia seorang menempuh cabaran yang dia sendiri tidak mampu melakukannya. Dia terlalu lemah untuk menghadapinya. Umurnya pun baru sahaja 17 tetapi dia telah menghadapi pelbagai ujian yang sangat berat.
"Omma... appa... Taehyung lapar..." bisik Taehyung. Air matanya pun tidak dapat mengalir bagaikan sudah kering. Tekaknya yang kering juga menyukarkannya untuk bersuara.
Dia terlalu penat.
Dia terlalu lemah.
Taehyung bangun dan sambung meneruskan perjalanannya yang dirasakan amat jauh. Dia masih lagi tiada hala tuju. Sudah terlalu lama dia cuba melarikan diri dari penderitaan ini.
Kalaulah permintaannya dapat termakbul...
Dia berharap sangat dia dapat tidur lama dan tidak bangun-bangun sehinggalah berakhirnya segala penderitaan yang dialaminya.
Taehyung menjadi lemah. Lututnya pun semakin berat untuk menampung badannya.
"Saya... perlu... tidur..."
Dah Taehyung pun rebah jatuh ke tanah. Pandangannya pun semakin kabur. Pada masa itu, dia dapat merasakan seseorang menghampirinya dan memanggilnya tetapi Taehyung terlalu lemah untuk membalasnya.
Matanya akhirnya terpejam. Sejak dari itu, dia tidak lagi bangun...
Buat jangka masa yang lama...
**********
Rama-rama berterbangan di langit setinggi yang mungkin.
Orang yang melihat rama-rama pasti akan tertarik melihat kecantikan serangga itu. Warnanya yang kelihatan menonjol menarik perhatian sesiapa yang melihatnya.
Mungkin orang merasakan rama-rama kelihatan gembira kerana dapat terbang sejauh-jauhnya.
Tetapi, tiada sesiapa yang tahu betapa dugaannya haiwan kecil itu yang terpaksa menghadapi dugaan sebelum bertukar menjadi seekor rama-rama.
Begitulah lumrah manusia.
Kita sepatutnya jadi seperti rama-rama.
Mungkin kita merasakan kita tidak mampu menanggung ujian yang menimpa kita tetapi kita tidak tahu setiap ujian yang terpaksa ditempuh akan menemui kebahagiaan di penghujungnya.
Tidak semua penderitaan akan berakhir dengan kesakitan.
Segala penderitaan pasti akan menemui kegembiraan di penghujungnya.
Seperti terbentuknya pelangi selepas hujan.
Hiduplah seperti biasa.
Masih ada pelangi yang sedang menanti kita ~
YOU ARE READING
AFFLICTION
FanfictionPENDERITAAN ~ aku hilang segala-galanya ~ CAST: V BTS sebagai Kim Tae Hyung Wendy Red Velvet sebagai Choi Seung Wan BTS Cover ff by @fairytael-