CHAPTER 13

200 14 4
                                    

Sepanjang seharian, Taehyung duduk di tepi sungai sambil termenung. Sehingga kini, dia masih tidak dapat menerima hakikat akan pemergian dua orang yang tersayang.

Taehyung kini keseorangan. Dia tiada sesiapa lagi yang ingin menjaganya. Lagipun, dia tidak berani menghadapi cabaran dunia ini seorang diri. Dahulu, dia ada Encik Kim dan Puan Kim yang sentiasa menemaninya tatkala susah dan senang.

Taehyung mengeluh panjang.

"Dari semalam lagi saya nampak awak duduk sorang-sorang kat sini."

Teguran Seungwan dari belakang mengejutkan Taehyung. Terkebil-kebil Taehyung memandang gadis itu.

Tanpa dipinta, Seungwan mengambil tempat di sebelah Taehyung. Dia turut memandang sungai yang mengalir tanpa henti. Mereka berdua mendiamkan diri sambil merenung sungai yang mengalir deras.

"Saya faham perasaan awak apabila ditinggalkan orang yang tersayang."

Taehyung yang dari tadi merenung sungai mengalihkan kepala memandang Seungwan. Senyuman tidak lekang-lekang di bibir Seungwan. Seungwan mengambil seketul batu kecil lalu dicampakkan ke dasar sungai.

"Malam tu, saya sedang tidur. Omma dan appa saya setia berada di sisi saya. Kitorang nyenyak tidur tanpa ada gangguan sehinggalah satu hari..."

Seungwan terhenti kata-katanya. Pada mulanya, dia ingin menangis mengenangi kisah lalu tetapi dia cuba menahan sebaknya. Dia menoleh ke sisi dan kebetulan, mata Taehyung dan Seungwan bertaut. Seungwan tidak henti-henti mengukir senyuman.

"Tiba-tiba, ada orang serbu rumah kami. Diorang ambik omma dan appa saya dan bunuh mereka dengan kejam. Saya nampak dengan mata saya dan saya benar-benar tak sanggup melihatnya. Sakit hati saya tengok diorang berbuat kejam kat omma dan appa saya. Saya sempat melarikan diri."

Kisah yang diceritakan Seungwan betul-betul menyayat hati Taehyung. Taehyung menundukkan kepalanya ke bawah apabila mengenangkan pengalaman manisnya yang pernah dia lalui bersama Encik Kim dan Puan Kim.

Seungwan kembali memandang sungai yang berterusan mengalir.

"Hati saya terluka sangat. Saya begitu terseksa. Saya derita. Saya cuba melupakan penderitaan yang pernah berlaku terhadap saya. Saya cuba pelbagai cara untuk tidak mengalami penyeksaan ini. Tapi... sampai bila saya nak lari dari penderitaan ni?"

Seungwan mengesat air matanya yang mula mengalir membasahi pipinya.

Tiba-tiba, tangan kirinya terasa hangat. Seungwan memandang ke bawah dan terpandangkan tangan kanan Taehyung menggenggam kuat tangannya. Seungwan memandang Taehyung.

Taehyung ingin menuturkan kata-katanya tetapi dia menjadi tergagap. Hatinya terasa sebak sehingga dia tidak dapat meneruskan ucapannya.

"A... awak tabah, Seungwan. Awak tak pernah tunjukkan betapa deritanya batin awak." Akhirnya, Taehyung bersuara walaupun agak tergagap-gagap. Bibirnya pula menggigil, mungkin kerana kesejukan.

Seungwan merenung ke arah perutnya. Sejak kebelakangan ini, dia dapat merasakan sesuatu. Seungwan mengusap lembut perutnya.

"Andainya betul saya akan mengandungkan anak, awak sudi tak menjaga saya?"

Soalan Seungwan mengejutkan Taehyung. Taehyung mendongak kepala memandang Seungwan yang masih lagi mengukirkan senyuman. Seungwan mengusap lagi perutnya.

"Saya... saya dapat merasakan kehadiran 'dia' dalam perut saya walaupun agak mustahil untuk mengetahuinya," tutur Seungwan.

Taehyung tidak pula menjawab soalan Seungwan. Dia mengelamun.

Mereka berdua tidak lagi bersuara selepas itu. Kedua-duanya termenung memandang sungai.

Taehyung mengeluh lagi. Cukup terseksa hatinya apabila terpaksa melalui semua ini. Kadang-kadang, dia pernah terfikir untuk mati sahaja dan ingin mengikut ibu bapanya. Dia tidak sanggup melalui semua ini. Dia tidak mahu menghadapi cabaran ini dan dia hampir-hampir saja berputus asa untuk hidup di atas muka bumi.

Namun, dengan hadirnya gadis di sebelahnya, dia berubah pendirian. Dia tetap akan meneruskan hidup dan melalui dugaan yang berliku-liku walaupun seorang diri. Dia cuba untuk menabahkan dirinya.

Taehyung bersuara, "Walaupun saya dapat merasakan yang kita tak mungkin bersama selama-lamanya, tapi saya janji akan menjaga anak awak."

Seungwan memandang Taehyung. Pandangannya sayu.

"Awak tak rasa saya susahkan diri awak?"

Taehyung menggeleng. Seungwan meletakkan tangannya di atas genggaman tangan Taehyung. Taehyung membiarkan sahaja perbuatan Seungwan ke atasnya.

"Awak janji dengan saya yang awak takkan sedih kalau seandainya saya pergi meninggalkan awak..."

Taehyung tergamam.

Seungwan mengangkat tangan Taehyung dan menarik jari kelingking Taehyung. Kemudian, Seungwan mengangkat jari kelingkingnya dan menyatukan jari kelingking milik Taehyung.

Jari kelingking mereka bertaut. Seungwan tersengih lebar.

"Janji ya?"

Perlahan-lahan Taehyung mengangguk. Akhirnya, Taehyung tersenyum. Hatinya berasa tenang setelah dipujuk Seungwan.

Taehyung berasa selamat tatkala berada di sisi Seungwan. Dia dapat merasakan kewujudan Seungwan dalam hidupnya sebagai pembakar semangatnya. Ketika dia dalam kesedihan. Seungwan sebagai penawar dukanya. Ketika Taehyung gembira, Seungwan juga turut gembira.

Seungwan amat bermakna baginya. Dan Seungwan satu-satunya yang dia ada di dunia ini.

Saya janji saya akan menjaga awak, Seungwan.

Tak semua permulaan yang gembira akan berakhir dengan kebahagiaan. ~

AFFLICTIONWhere stories live. Discover now