Cahaya matahari menerobos masuk ke celahan tingkap dan cahayanya yang sangat terang berjaya mengejutkan seseorang yang sudah lama tidur.
Perlahan-lahan matanya terbuka luas. Matanya dicelikkan dan dikelipkan beberapa ketika. Dia merenung lama siling berwarna putih dan juga kipas angin yang berpusing-pusing di dalam bilik tersebut.
"Saya kat mana?" itulah soalan pertama yang terpacul keluar dari bibir Kim Tae Hyung setelah lama dia tidur. Dia melilau ke sekeliling dan mendapati dia berada di sebuah bilik yang agak luas malah, lebih luas dari biliknya.
Dia melihat dirinya yang sedang duduk di atas katil. Terkebil-kebil dia melihat sekeliling yang dirasakan begitu janggal. Baginya, inilah kali pertama dia melihatkan bilik yang serba moden.
Taehyung membelek t-shirt berwarna kuning yang tersarung pada tubuhnya dan juga seluar jeans di kakinya. Taehyung menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bukannya apa. Itu merupakan kali pertama dia melihat baju seperti ini. Taehyung mengalihkan punggungnya ke birai katil. Matanya digosok berkali-kali dan mulutnya pula menguap besar. Sempat dia menutup mulutnya dengan tapak tangannya.
Kepalanya dipusing-pusingkan dan pinggangnya diregangkan sedikit kerana terlalu lama baring di atas tilam yang boleh tahan empuknya. Taehyung tertancap ke arah jam dinding yang tersangkut pada dinding bilik itu. Kemudian, matanya jatuh pada sebuah kalendar yang terletak di atas meja.
Mata Taehyung yang kecil terbuntang luas. Dia mengangkat punggungnya dan menghampiri kalendar tersebut. Dia menggosok matanya berkali-kali namun, jawapannya tetap sama.
Dia bukan bermimpi!
Taehyung hampir terlompat apabila terdengar bunyi kuat yang datang dari arah dapur. Taehyung berjalan keluar dari bilik menghampiri dapur dan terpandangkan sebuah cerek yang bergerak-gerak dan berbunyi kuat. Taehyung menghampiri cerek tersebut dan menutup suis dapur. Serta-merta bunyi tersebut tiada.
Taehyung masih buntu. Dia sendiri pun tidak tahu di mana dia berada.
Dia menuju ke arah bilik dan terpandangkan sehelai jaket yang tergantung elok di tepi pintu. Dia mencapai jaket berwarna hijau gelap itu dan disarungkannya. Tanpa berfikir panjang, dia mencapai kasut berwarna coklat dan disarungkannya di kaki sebelum beredar meninggalkan rumah.
Taehyung tergamam saat melihat pemandangan di luar rumah. Kemudian, dia melihat pula rumah satu tingkat yang didudukinya tadi. Rumah itu diperbuat daripada batu dan ia sangat jarang ditemui di kawasan perkampungan Taehyung.
Taehyung berjalan melalui rumput-rumput yang menghijau. Panoramanya yang sangat indah menarik perhatian sesiapa saja yang berkunjung di kawasan itu.
Taehyung berhenti berjalan apabila terpandangkan tikar berwarna merah yang terbentang di tengah-tengah padang. Pada masa itulah, Taehyung mula teringatkan seseorang. Sudah terlalu lama dia tidak menemui si dia dan dia amat merinduinya.
Dia berjalan menghampiri tikar tersebut dan duduk di atasnya. Taehyung merenung langit yang membiru dan juga matahari yang semakin meninggi di atas kepala. Taehyung baring di atas katil sambil melihat awan-awan yang terbentuk cantik. Taehyung memejamkan matanya erat sambil merasai kedinginan angin.
Sungguh, dia akan menggunakan hari ini sebaik-baiknya. Musim panas yang paling-dinanti-nantikan setelah lama menghadapi musim sejuk. Walaupun dia terlepas musim bunga, tak bermakna dia tidak dapat merasainya pada masa akan datang.
Fikirannya yang dahulu bercelaru kini terasa tenang. Dia seperti dapat melupakan seketika penderitaan yang dialaminya.
"Hey, dah bangun?"
Taehyung membuka matanya dan terpandangkan seorang lelaki di hadapannya. Lelaki itu menarik lengan Taehyung dan mereka duduk menghadap antara satu sama lain di atas tikar. Lelaki itu sedari tadi mengukir senyuman ke arah Taehyung.
"Tak sangka lama betul awak tidur."
Taehyung cuba mengukirkan senyuman tetapi bukanlah senyuman yang ikhlas. Lelaki itu tersengih-sengih menayangkan matanya yang turut berbentuk senyuman.
"Lebih 70 tahun..."
Taehyung mengeluh. "Ya, saya tahu..."
"Atuk saya jumpa awak pengsan. Dia bawa awak balik rumah tapi awak langsung tak bangun-bangun. Dah macam-macam cara dia buat untuk bangunkan awak. Mula-mula, nenek saya ingat awak dah mati tetapi awak masih lagi bernafas. Jadi, atuk saya biarkan je la awak tidur," jelas lelaki itu yang dianggarkan umur hampir sama dengan Taehyung.
Taehyung senyum lagi. Dia bertanya, "Kenapa awak macam tak terkejut bila nampak saya bangun tiba-tiba?"
"Atuk saya cakap awak akan bangun bila-bila masa. Jadi, saya sentiasa bersedia. Mungkin sebab terlalu bersedialah saya jadi tidak terlalu teruja bila dapat tahu awak dah bangun," jawab lelaki itu dengan panjang lebar.
Taehyung mengangguk mengerti.
"Atuk saya dah pergi sebelum awak bangun lagi."
"Pergi ke alam sana?"
Lelaki itu mengangguk. Taehyung terdiam sejenak. Dia membuat isyarat mata kepada lelaki itu. Pada mulanya, lelaki itu kurang mengerti namun, dia sudah dapat mengagak pandangn mata Taehyung. Lelaki itu sekali lagi tersengih-sengih menampakkan giginya.
"Nama aku Park Ji Min. Panggil je aku Jimin." Lelaki itu memperkenalkan dirinya.
Taehyung tersenyum. "Taehyung. Kim Tae Hyung."
Jimin mengangguk. "Jomlah, kitorang tunggu awak kat sana." Jimin menepuk baha Taehyung lalu berlari menuju ke sesuatu tempat. Terkebil-kebil Taehyung mendengarnya. Kitorang?
Tanpa membantah, Taehyung mengikut Jimin dari belakang. Jimin menuruni bukit menuju ke tengah-tengah padang. Taehyung memerhati Jimin dari atas bukit.
Bukan Jimin seorang sahaja, ada enam orang lelaki termasuknya sedang berkumpul.
"Hyung, jangan ambik semua makanan!"
"Alah, kan ada banyak lagi tu?"
"Hei, bisinglah! Nak tidur pun tak boleh."
"Hish, budak SWAG ni! Kot ya pun tolonglah aku hidangkan makanan ni!"
Taehyung tergelak kecil melihat telatah enam orang remaja yang sedang bergaduh dan juga bergelak ketawa. Mendengarkan saja perbualan mereka, Taehyung dapat mengenal semua nama mereka.
Kim Seok Jin, Kim Nam Joon, Park Ji Min, Min Yoon Gi, Jung Ho Seok dan Jeon Jung Kook. Semua lelaki itu hampir seusia dengannya.
Baru sahaja Taehyung ingin mendekati mereka tetapi langkah terhenti saat melihat rama-rama yang terbang mengelilingi dan kemudian, hinggap di salah satu bunga.
Taehyung melutut di hadapan bunga itu dan memerhati rama-rama itu sedang menghisap madu pada bunga itu.
Taehyung merenung lama rama-rama yang berwarna putih itu. Perlahan-lahan dia mengukir senyuman. Taehyung meletakkan tangannya di hadapan bunga itu. Rama-rama itu seakan-akan mengerti maksud Taehyung lalu terbang dan hinggap di atas jari telunjuk Taehyung.
Taehyung mengusap lembut sayap rama-rama itu.
"Taehyung-ah!"
Taehyung menoleh ke belakang apabila dia dipanggil oleh enam lelaki yang baru dikenalinya itu.
Rama-rama itu terbang tinggi. Taehyung merenung lama rama-rama itu yang seperti faham akan perasaannya. Kini, dia dapat mengukir senyuman selebarnya.
Kini, tiada lagi penderitaan.
Hanya kebahagiaan yang menanti ~
- TAMAT -
YOU ARE READING
AFFLICTION
FanfictionPENDERITAAN ~ aku hilang segala-galanya ~ CAST: V BTS sebagai Kim Tae Hyung Wendy Red Velvet sebagai Choi Seung Wan BTS Cover ff by @fairytael-