CHAPTER 8

178 18 3
                                    

Puan Kim berterusan terbatuk-batuk. Dia merenung pintu rumahnya, menanti kepulangan Taehyung. Dia mula risau akan anak tunggalnya yang masih belum memunculkan diri sejak keluar dari rumah petang tadi.

Dia duduk bersila dan merenung lama makanan yang terhidang di atas meja. Dia kembali memandang pintu rumah yang masih belum terbuka.

"Taehyung pergi mana?" soalnya kepada diri sendiri.

Tangan kanannya mencapai penyepit manakala tangan kirinya pula mencapai mangkuk yang berisi nasi. Dia duduk termenung seketika sehinggalah dia terdengar pintu rumahnya terbuka. Puan Kim memandang pintu rumah yang terbuka lalu senyumannya terukir di bibir.

Kelihatan Taehyung dengan wajah yang muram melangkah masuk ke dalam rumah lalu menutup daun pintu. Dia memusingkan tubuhnya dan terlihat Puan Kim yang sedari tadi memerhatinya. Serta-merta air muka Taehyung berubah. Dia pun cuba tersengih-sengih dengan senyuman petaknya. Dia tidak mahu ibunya risau akan keadaannya.

Puan Kim membalas senyuman tersebut tanpa mengesyaki apa-apa yang tersirat di sebalik senyuman Taehyung.

"Jom makan?" pelawa Puan Kim. Taehyung mengangguk laju lalu mengambil tempat di hadapan ibunya. Dia mencedokkan nasi ke dalam mangkuk dan mencapai penyepit.

Puan Kim mengambil satu lauk kegemaran Taehyung lalu diletakkan di atas nasi Taehyung. Taehyung membiarkan sahaja. Dia mengambil nasi dan lauk itu menggunakan penyepit lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Omma masak memang sedap," puji Taehyung. Dia menikmati makanan tersebut dengan berselera sekali. Puan Kim menggeleng-geleng melihat telatah Taehyung yang gelojoh makan.

Tiba-tiba senyuman Puan Kim pudar saat melihat kimchi buatannya. Pada masa itulah, dia membayangkan wajah suaminya yang tidak pulang ke rumah sejak beberapa bulan dia meninggalkan rumah atas urusan kerja.

Taehyung yang menyedari perubahan wajah Puan Kim bertanya, "Omma, gwaenchanha?"

Puan Kim mengangguk perlahan. Dia sedaya upaya meleretkan senyumannya dan kembali makan. Mereka pun makan bersama-sama pada malam itu.

Setelah makan, Taehyung membawa pinggan mangkuk yang sudah licin dilahapnya ke singki. Dia membersihkan pinggan mangkuk tersebut dan melarang Puan Kim yang ingin membasuh pinggan mangkuk itu.

"Omma rehatlah kat ruang tamu. Biar Taehyung yang buat semua ni," ujar Taehyung sambil tersengih-sengih. Puan Kim menggeleng-geleng kepala.

"Ada-ada sajalah kamu ni," ucap Puan Kim. Dia mengusap lembut rambut Taehyung sebelum meninggalkan ruang dapur menuju ke biliknya. Taehyung pun dengan senang hati membersihkan pinggan mangkuk dan diletakkan di rak pinggan dengan berhati-hati.

Puan Kim membuka almarinya untuk mengeluarkan tilam namun, perbuatannya terhenti apabila dia tiba-tiba sahaja terbatuk. Malahan, batuknya sangat kuat daripada sebelumnya. Puan Kim duduk di atas lantai sambil mengurut dadanya yang kian senak. Terasa peritnya dada saat dia terbatuk-batuk.

Puan Kim kembali bangun lalu mengeluarkan tilam dan dibentangkan di atas lantai. Dia meletakkan bantal di atas tilam dan menepuknya perlahan.

"Omma nak tidur dah ke?" soal Taehyung yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan pintu bilik Puan Kim. Puan Kim mengangguk perlahan.

"Ok, omma. Tidur nyenyak-nyenyak." Taehyung menuju ke biliknya yang terletak di sebelah bilik Puan Kim.

"Kamu pun sama, Taehyungie..." bisik Puan Kim. Dia baring di atas katil dan merenung siling dengan lama. Sepanjang malam itu, dia mengingati suaminya Encik Kim. Perlahan-lahan air matanya mengalir di pipi.

**********

Seperti rutin-rutin biasa, Taehyung menghabiskan masa sepetang menjual ikan. Disebabkan bos gerai pergi menghantar barang, Taehyung diberi amanah untuk menjaga gerai. Pelanggan yang datang pun tidak ramai jadi, jualan pada hari itu agak kurang.

Taehyung menyusun ikan-ikan sambil bersiul-siul untuk menghilangkan rasa bosan. Sedang dia ralit membuat kerja, telinganya menangkap perbualan dua orang mak cik yang sedang membeli sayur-sayuran di gerai sebelah.

"Saya ada dengar yang banyak askar yang terkorban semasa peperangan hari tu," ujar seorang mak cik yang agak gempal kepada rakannya yang sedang memilih sayur. Rakannya mengangguk.

"Tak silap saya suami kepada Puan Yoon mati terkorban. Kasihan saya kat dia."

"Itulah. Memang tak ada yang selamat semasa peperangan tu."

Bibir Taehyung diketap erat. Taehyung semakin ingin mendengar perbualan dua orang mak cik itu. Kemudian, dia mengelamun seketika.

"Taehyung-ah, awak termenung apa tu?" soal bos gerai itu yang baru sahaja pulang. Taehyung menoleh kepala memandang bosnya.

"Saya nak pulang dulu." Taehyung membasuh tangannya dan berlari keluar dari pasar. Bosnya terkejut dan ingin menghalang Taehyung namun, Taehyung sudah jauh meninggalkan pasar.

Taehyung berlari selaju yang mungkin melalui denai menuju ke rumahnya. Setibanya di kawasan rumahnya, dia berdiri memandang Puan Kim yang sedang menyapu dedaun kering di halaman rumah. Taehyung mendekati ibunya.

"Omma," panggil Taehyung. Puan Kim mendongak kepala memandang anak tunggalnya. Taehyung kelihatan tercungap-cungap namun, dia berusaha untuk bertanyakan ibunya.

"Omma tahu apa yang jadi kat appa?" soal Taehyung, mengejutkan Puan Kim.

"A...apa maksud kamu? Omma tak faham," jawab Puan Kim tergagap-gagap.

Taehyung menarik nafasnya. Matanya terpejam erat dan tanpa disedari, air matanya mengalir di pipi. Terkebil-kebil Puan Kim melihat anaknya.

"Taehyung dah dengar semuanya. Peperangan tu, tak ada sesiapa yang selamat. Mana appa?"

Puan Kim terdiam.

"Appa... appa dah mati terkorban semasa peperangan besar hari tu..." Kerana kesedihan yang tidak dapat diselindung, Puan Kim menangis tersedu-sedu. Penyapu yang dipegangnya terlepas dari genggaman.

Taehyung memandang wajah ibunya.

Puan Kim kembali bersuara, "Omma tak nak bagitahu kamu sebab omma tak mahu tengok kamu bersedih. Tapi, omma tak dapat nak pendam perasaan ni. Tiap-tiap malam sebelum tidur omma akan menangis mengingati appa kamu. Omma... omma..." Puan Kim tidak dapat meneruskan kata-katanya dan dia menangis semahu-mahunya.

Taehyung turut menangis lalu memeluk tubuh ibunya erat. Dan sepanjang sepetang itulah, mereka menangis meratapi pemergian Encik Kim buat selama-lamanya.


AFFLICTIONWhere stories live. Discover now