Seungwan membawa sebakul ubi kentang ke dalam rumah. Matanya tertancap ke arah seorang budak perempuan yang sedang termenung di tepi tingkap. Seungwan melangkah masuk ke dapur dan meletakkan bakul tersebut di atas meja. Kemudian, dia menghampiri budak perempuan itu.
"Haemin, kenapa duduk kat sini? Kenapa tak masuk bilik?" soal Seungwan tatkala dia mengambil tempat di sebelah budak kecil yang bernama Haemin. Sedari tadi, Haemin asyik mengelamun memandang ke luar tingkap.
Haemin mengeluh panjang. Dia pun menjawab, "Haemin nak keluar. Haemin tak sanggup terperap dalam rumah setiap hari."
Seungwan mengusap kepada Haemin. "Kat luar bahaya."
"Bukannya jauh mana pun Haemin nak main. Dekat-dekat kawasan rumah je." Haemin meluahkan perasaannya. Seungwan menepuk bahu si kecil.
"Kalau macam tu, Haemin kena sentiasa berdoa berharap agar penderitaan ini tak akan berkekalan."
Haemin memandang Seungwan. "Haemin sentiasa berdoa. Haemin juga berharap agar Haemin dapat berjumpa appa dan omma Haemin. Haemin rindukan diorang dan Haemin nak peluk diorang seerat-eratnya."
Hampir menitis air mata Seungwan mendengar luahan budak kecil itu. Memang tidak dinafikan, bukan hanya Haemin tetapi dirinya sendiri juga amat merindui kedua-dua ibu bapanya. Dia juga turut berharap agar dapat berjumpa dengan mereka namun, apakan daya. Mereka sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
"Dahlah, pergi mandi," arah Seungwan. Haemin mengangguk laju lalu beredar menuju ke kamarnya.
Seungwan menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Seungwan meletakkan ubi-ubi kentang di dalam periuk dan mengisi air di dalamnya. Kemudian, dia membiarkan ubi-ubi tersebut direbus di atas dapur sehingga empuk.
Seungwan duduk bersimpuh di meja makan. Disebabkan nasi sedang ditanak, dia tiada kerja yang ingin dibuat pada masa itu. Lauk-lauk pun sudah dimasak.
Sedang termenung, Seungwan teringatkan sesuatu. Dia mengeluarkan sesuatu dari objeknya iaitu seutas rantai. Ditenungnya rantai yang diperbuat daripada perak.
Perlahan-lahan senyuman Seungwan terukir di bibirnya. Rantai itu pemberian ibunya ketika dia masih kecil, hampir seusia Haemin. Dan pemberian rantai tersebut merupakan pemberian terakhir ibunya sebelum segalanya berubah di mana ibu bapanya mati terkorban dalam sebuah peperangan.
Mata Seungwan jatuhpada perutnya. Tangan kanannya mengusap kembut perutnya yang dirasakan semakin membesar.
Persoalan mula membenak di fikirannya. Kalau benarlah dia akan melahirkan seorang anak, siapa yang akan menjaganya?
Seungwan mengeluh panjang.
"Jauh termenung."
Terhinjut bahu Seungwan apabila ditegur oleh rakannya yang baru tiba ke dapur. Rakannya sedang melihat ubi-ubi kentang yang sedang direbus.
"Banyak betul kentang."
Seungwan tersengih-sengih. "Alah, ni jiran sebelah yang bagi. Lagipun, budak-budak sukakannya. Tu yang saya masak banyak," jawab Seungwan. Rakannya mengangguk mengerti. Dia mengambil mangkuk-mangkuk dari rak lalu diletakkan di atas meja.
"Kentang-kentang tu dah nak rebus. Nasi pun dah masak tu. Biar saya yang hidangkan semua. Awak pergi panggil budak-budak makan," arah rakannya lalu diakur oleh Seungwan. Seungwan pun berlalu meninggalkan dapur menuju ke bilik-bilik penghuni rumah anak yatim termasuk Puan Cha.
Setibanya di hadapan bilik Puan Cha, Seungwan mengetuk pintu. Kedengaran suara Puan Cha mengarahnya masuk ke dalam bilik. Seungwan memulas tombol pintu dan kepalanya terjengul masuk ke dalam bilik. Kelihatan Puan Cha sedang menulis sesuatu pada buku catatannya.
"Puan Cha, makanan dah siap."
Puan Cha mengangguk. Dia menutup buku catatannya lalu membuka cermin matanya. Dia memandang Seungwan.
"Nanti saya pergi."
Seungwan mengangguk mengerti. Belum sempat dia menutup pintu, tiba-tiba Puan Cha memanggilnya. Seungwan menoleh kepalanya memandang Puan Cha yang bangun dari tempat duduknya.
"Saya nampak awak macam tak sihat sejak kebelakangan ni. Awak ok?" soal Puan Cha dengan nada prihatin. Seungwan sedaya upaya mengukir senyuman seraya mengangguk.
"Oklah. Awak boleh pergi."
Seungwan mengeluh panjang lalu langkahnya pantas meluru ke dapur. Suasana agak riuh dengan suara budak-budak yang sedang gembira kerana tidak sabar menikmati makan malam. Setibanya di dapur, Seungwan sempat menjeling ke arah Haemin yang tidak banyak bersuara dan bercakap dengan teman-temannya.
"Semua diam!" kedengaran jeritan kecil rakan Seungwan. Wajahnya berkerut-kerut saat melihat pergaduhan kecil yang dicetuskan oleh budak-budak lelaki yang tidak puas hati akan sesuatu. Tangannya pula diletakkan di pinggang.
Seungwan tergelak kecil melihat wajah cuak budak-budak lelaki yang dimarahi oleh ahli tertua dalam kalangan anak yatim. Setelah suasana sudah reda, barulah rakannya mencedokkan nasi di dalam mangkuk. Mulalah semua anak yatim gembira dan tidak sabar untuk menikmati makan malam mereka.
Beberapa minit kemudian, barulah Puan Cha muncul. Puan Cha duduk di sebelah Seungwan dan memandang lauk-lauk yang terhidang di atas meja.
"Baiklah, boleh makan." Mendengarkan sahaja suara pengurus anak yatim, semua yang berada di meja mula mengambil lauk-lauk dan makan sebanyak yang mampu.
Seungwan menggeleng-geleng melihat telatah budak kecil yang sedang berebutkan makanan. Terpaksalah rakan Seungwan cuba menenangkan keadaan. Puan Cha pula kelihatan tenang sahaja walaupun suasana meja makan sangat riuh. Mungkin kerana terbiasa dengan kerenah budak-budak kecil itu.
Seungwan ingin menjamah makanan namun, seleranya tiba-tiba sahaja hilang. Kepalanya terasa pening dan berasa agak mual. Seungwan memicit dahinya yang berdenyut-denyut.
"Err... saya rasa tak sihatlah. Saya masuk bilik dulu," ucap Seungwan lalu beredar menuju ke biliknya. Puan Cha memerhati Seungwan yang masuk ke dalam kamarnya dan menutup pintu bilik.
Seungwan baring di atas katil lalu memejam matanya. Setelah lama memejamkan matanya dan mendiamkan diri, akhirnya dia terlelap.
YOU ARE READING
AFFLICTION
FanfictionPENDERITAAN ~ aku hilang segala-galanya ~ CAST: V BTS sebagai Kim Tae Hyung Wendy Red Velvet sebagai Choi Seung Wan BTS Cover ff by @fairytael-