CHAPTER 4

247 21 0
                                    

~ Yang hidup pasti akan mati

**********

Puan Kim yang baru sahaja menerima berita daripada jirannya menekup mulutnya. Air matanya mengalir deras membasahi pipi. Jirannya, Puan Lee cuba menenangkan wanita tua itu.

Puan Kim hampir-hampir sahaja ingin pengsan namun, dia cuba menggagahi dirinya. Puan Lee menepuk belakang Puan Kim lalu berkata, "Sudahlah Puan Kim. Benda nak jadi..."

Walaupun sudah dipujuk, Puan Kim tetap menangis. Sememangnya dia tidak boleh menerima beita yang disampaikan Puan Lee sebentar tadi. Puan Kim mengesat air matanya kasar dan perlahan-lahan nafasnya ditarik. Dia cuba untuk bertenang dan tidak menunjukkan kesedihannya di hadapan anak tunggalnya. Dia tidak mahu anaknya risau dan rasa bersalah atas apa yang terjadi.

"Gomawo sebab sampaikan berita ini kepada saya," ucap Puan Kim kepada Puan Lee.

"Sama-sama. Saya pergi dulu." Puan Lee pun beredar meninggalkan rumah kayu itu. Puan Kim mengeluh panjang. Jika diikutkan perasaannya, ingin sahaja dia menangis tetapi cuba juga bertahan untuk memendam perasaannya. Dia tidak mahu menyampaikan berita yang baru diterima kepada Taehyung kerana dia tidak mahu menghancurkan perasaan anaknya. Oleh itu, terpaksalah Puan Kim menyimpan rahsia ini sehinggalah dia benar-benar yakin bahawa masa yang sesuai tiba.

Puan Kim merenung ke langit. Keluhannya semakin panjang dilepaskan saat melihat langit yang tadinya cerah bertukar mendung seakan-akan mengetahui perasaan Puan Kim pada ketika itu. Hujan pun rintik-rintik dan langit pun tidak lagi kelihatan.

"Taehyung, baliklah..." bisiknya.

**********

Taehyung merenung awan-awan yang mendung. Hujan pun semakin lama semakin renyai dan bila-bila masa sahaja akan turun dengan lebatnya.

"Taehyung, kamu bolehlah pulang. Nanti basah pulak," ujar bosnya. Taehyung mengangguk mengerti lalu mengemas apa-apa yang patut sebelum beredar pulang ke rumah.

Dia berjalan keseorangan menuju ke rumahnya dan kebetulan, dia melalui di hadapan rumah anak yatim. Matanya tertancap ke arah seorang gadis yang sedang mengangkat jemuran kain. Kemudian, barulah gadis itu menyedari kewujudan Taehyung yang berdiri terpacak di hadapan rumah anak yatim.

Seungwan melambai-lambaikan tangan ke arah Taehyung dan Taehyung membalasnya. Seungwan mengangkat bakul yang berisi pakaian dan segera masuk ke dalam rumahnya.

Taehyung mengeluh panjang.

Dari dahulu lagi dia merasai benda ini.

Dari dahulu lagi dia ingin meluahkannya.

Namun, mahukah gadis itu menerima dia seadanya?

Hujan yang tadinya rintik-rintik menjadi lebat. Taehyung mendongak kepala merenung langit. Dia pun berlari pulang ke rumahnya dalam keadaan basah kuyup.

Dia berteduh di bawah bumbung rumah. Dia membuka pintu rumah dan memanggil ibunya. Walau bagaimanapun, ibunya langsung tidak menyahut panggilannya. Itu membuatkan Taehyung mula risau.

Taehyung menghampiri kamar ibunya dan mencari kelibat ibunya. Namun, tiada orang di dalam bilik tersebut. Taehyung menggaru-garu kepalanya lalu langkahnya terus ke dapur.

Alangkah terkejutnya dia saat melihat Puan Kim terbaring kaku di atas lantai kayu. Taehyung mendapatkan ibunya lantas menggoncangkan bahunya.

"Omma! Bangunlah!"

Taehyung mengangkat Puan Kim bangun dan memapahnya masuk ke dalam bilik Puan Kim. Dia membaringkan tubuh Puan Kim di atas tilam nipis lalu duduk bersila di sebelah ibunya. Taehyung melekapkan telapak tangannya di atas dahi Puan Kim. Berkerut-kerut dahi Taehyung.

Taehyung bangun lalu beredar meninggalkan bilik Puan Kim menuju ke dapur. Dia mencapai kain tuala dan juga besen yang diisikan dengan air suam. Dia membawa kedua-dua barang itu ke dalam bilik Puan Kim dan diletakkan di sisi. Taehyung dengan cermatnya mencelupkan kain tuala itu ke dalam besen dan meletakkan kain yang telah dilipat kepada dua ke atas dahi Puan Kim.

Puan Kim masih lagi lena dibuai mimpi. Taehyung merenung lama wajah Puan Kim yang pucat. Tanggapannya, mungkin ibunya tertekan.

Taehyung beredar menuju ke biliknya untuk membersihkan diri. Setelah mandi dan menyarungkan pakaian yang sesuai untuk tidur, dia kembali ke bilik Puan Kim dan mendapati ibunya masih lagi terlentang di atas tilam. Taehyung duduk bersila di sebelah ibunya lalu diletakkan tapak tangannya di leher Puan Kim.

"Panas betul ni," bisik Taehyung. Dia menarik selimut menutupi seluruh tubuh Puan Kim agar dapat meredakan suhu badannya. Taehyung merenung wajah ibunya.

"Apa yang omma fikirkan sekarang ni..." monolog Taehyung. Dia baring di sebelah ibunya tanpa berlapikkan apa-apa dan berbantalkan lengannya. Dia baring mengiring memandang ibunya yang nyenyak tidur. Semakin lama, Taehyung semakin mengantuk dan akhirnya tertidur di sebelah ibunya.

**********

Taehyung membuka matanya apabila satu cahaya menerobos masuk ke celahan kayu dan menyilaukan matanya. Taehyung bangun lalu dikesatnya mata. Badannya menggeliat dan mulutnya menguap besar. Rambutnya yang tersedia kusut dikusutkan lagi.

Taehyung menoleh ke sisi dan mendapati ibunya tiada. Taehyung melihat dirinya yang ditutupi sebahagian tubuhnya dengan selimut.

Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya.

Patah akan tumbuh dan hilang akan berganti ~



AFFLICTIONWhere stories live. Discover now