CHAPTER 11

150 19 7
                                    

Cuaca petang yang mendung menandakan bahawa hujan akan turun bila-bila masa sahaja. Namun, disebabkan musim sekarang ini ialah musim sejuk, salji mungkin akan turun pada hari itu. Jadi, semua penduduk kampung telah bersiap sedia menghadapi musim sejuk yang panjang.

Taehyung yang tiada kerja pada petang itu bercadang untuk ke hutan. Setibanya di kawasan hutan, dia memerhati beberapa orang penduduk kampung sedang mengutip kayu api. Taehyung mengambil tempat di bawah pokok lalu mencapai sebatang ranting. Dia pun bermain entah apa-apa dan terbiasa baginya membuat perkara yang pelik.

"Taehyung, nak ikut tak?" panggil salah seorang pemuda yang lebih tua berbandingnya. Taehyung mendongak kepala memandang pemuda tersebut. Sebenarnya, dia sendiri pun tidak tahu mengapa dia dipanggil lalu dia bangun dan menyapu debu-debu tanah yang melekat pada punggungnya.

"Boleh jugak," jawab Taehyung dan berlari menghampiri sekumpulan pemuda. Mereka berempat berjalan mencari kayu api di tengah-tengah hutan. Taehyung pun membantu mereka mencari kayu api.

Pemuda-pemuda tersebut sedang rancak berbual tentang isu semasa namun, Taehyung tidak berminat hendak menengarnya. Setelah dia mengumpul banyak kayu, dia duduk di bawah pohon dan sambung membuat kerja peliknya. Kemudian, dia kembali mencari kayu api.

Sedang Taehyung mengikut langkah pemuda-pemuda itu, tiba-tiba Taehyung berhenti. Dia tercegat berdiri sambil memikirkan sesuatu.

Perlahan-lahan Taehyung meletakkan tangan di dadanya lalu diurutnya. Dia dapat merasakan jantungnya berdegup dengan laju pada masa itu. Hatinya mula rasa kurang enak akan sesuatu tetapi tidak tahu apa yang dirisaukan.

Salah seorang pemuda itu menyedari perbuatan Taehyung lalu menghampirinya.

"Taehyung, awak tak apa-apa?" soalnya. Taehyung tidak menjawab malah, dia hanya mendiamkan diri. Tangannya pula tidak lepas dari dadanya.

Tiba-tiba sahaja dada Taehyung berombak dan terasa perit. Pada masa itulah, fikirannya terbayangkan wajah seseorang. Seseorang yang amat disayanginya.

"Omma..."

Taehyung mendongak kepala memandang ketiga-tiga pemuda di hadapannya.

"Taehyung kena balik..." Taehyung berpatah balik dan berlari sepantas mungkin meninggalkan hutan belantara itu. Dia meluru ke arah rumahnya dan menyedari pintu rumahnya terbuka. Dia mula risau akan keselamatan ibunya, Puan Kim.

Setibanya di hadapan pintu rumah, dia menjerit memanggil ibunya. Walau bagaimanapun, tiada sahutan kedengaran. Taehyung tercari-cari ibunya di seluruh ruang rumah; di ruang tamu, di dapur dan di kamar Puan Kim. Namun, usahanya hampa. Taehyung hampir-hampir sahaja berputus asa mencari ibunya.

Taehyung keluar dari rumah mengikut pintu belakang. Pada waktu itulah, mata Taehyung terbuntang. Jantungnya semakin berdegup pantas dan terasa ingin luluh.

Sekujur tubuh terbaring kaku di atas tanah dan langsung tidak bergerak. Taehyung amat mengenali susuk tubuh wanita tua itu. Tanpa berlengah lagi, Taehyung menghampiri tubuh itu dan hampir terkejut apabila melihat mulut Puan Kim yang dipenuhi dengan darah.

"Omma!" Taehyung mendakap tubuh Puan Kim. Dia meletakkan kepala Puan Kim di atas ribanya dan menepuk pipi Puan Kim lembut. Puan Kim yang kelihatan sangat lemah tak berdaya sedaya upaya membuka kelopak matanya yang memberat. Taehyung menitiskan air matanya saat melihat keadaan ibunya.

Puan Kim melekapkan tangannya di wajah Taehyung. Perlahan-lahan dia mengusap pipi Taehyung.

"Taehyung dah tunaikan janji Taehyung..."

Taehyung menangis teresak-esak. Air matanya tidak henti-henti bercucuran.

"Taehyung janji yang Taehyung akan jaga omma. Tapi, omma akan pergi tak lama lagi..." sambung Puan Kim.

"Omma jangan cakap macam tu!" raung Taehyung. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Puan Kim mengusap lembut kepala Taehyung.

"Dah dah, jangan menangis," pujuk Puan Kim seraya mengukir senyuman segaris.

"Omma janji jangan tinggalkan Taehyung," ujar Taehyung sambil tersedu-sedu. Puan Kim menggeleng-geleng kepalanya lemah. Puan Kim mengusap kembali pipi anak tunggalnya.

"Omma tak janji. Omma tak larat untuk berjanji..."

Taehyung memeluk erat tubuh Puan Kim dan langsung tidak melepaskannya. Puan Kim sayu melihat anaknya yang berat untuk melepaskannya. Kerana tidak mampu menahan batinnya, Puan Kim akhirnya menangis jua. Bukan kerana dia akan meninggalkan dunia ini, tetapi kerana tidak mahu membiarkan anaknya seorang diri menghadapi semua cabaran hidup. Jelas sekali dia tidak mahu membiarkan anaknya menderita disebabkan kehilangan orang yang tersayang.

Inilah hukum karma.

Puan Kim melepaskan pelukan anaknya. Dia memandang wajah Taehyung, lama.

"Bawa omma masuk dalam rumah, ya?"

Taehyung mengangguk lalu memapah ibunya masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah, Taehyung membaringkan Puan Kim di atas tilam di dalam kamar Puan Kim. Taehyung turut baring di sebelah Puan Kim lalu memeluknya erat. Dia benar-benar tidak mahu melepaskan Puan Kim.

Akhirnya, Taehyung terlelap di sebelah ibunya. Puan Kim menepuk lembut bahu Taehyung.

"Omma dah tak tahan, Taehyung. Omma dah tak larat nak tanggung kesakitan ni. Omma minta maaf sebab terpaksa tinggalkan Taehyung seorang diri. Taehyung jagalah diri baik-baik," ucap Puan Kim.

Dan itulah ucapan terakhirnya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya...

**********

Taehyung membuka matanya. Dia merenung siling kamar Puan Kim dengan pandangan yang kosong. Kemudian, dia memandang wajah Puan Kim yang kelihatan sangat pucat.

Perlahan-lahan air mata Taehyung mengalir. Dia bangun dan duduk bersila di hadapan Puan Kim. Taehyung merenung lama Puan Kim dan akhirnya dia menangis teresak-esak. Sesungguhnya dia tidak dapat menerima hakikat ini.

"Omma... dah tinggalkan Taehyung... sorang-sorang...." ucap Taehyung tersedu-sedan.

Taehyung merenung ke luar tingkap. Pada masa itulah, salji mula turun. Taehyung tidak dapat menahan sebaknya. Dia langsung tidak percaya bahawa ibunya akan pergi mengikut ayahnya buat selama-lamanya.

"Omma tak dapat tengok salji turun..." bisik Taehyung. Dia mendekati wajahnya di hadapan wajah Puan Kim lalu mencium dahi ibunya.

"Omma!" Taehyung memeluk Puan Kim seerat-eratnya dan sepanjang malam dia menangis meratapi pemergian ibunya.


AFFLICTIONWhere stories live. Discover now