CHAPTER 5

219 20 0
                                    

"Seungwan-ssi! Jangan main jauh-jauh!" Pesan rakannya kepada Seungwan yang berjalan masuk ke kawasan hutan.

"Saya cuma nak pergi ambik kayu api je. Awak jagalah budak-budak tu baik-baik!" Seungwan menjerit ke arah rakannya dan terus masuk ke kawasan hutan. Rakannya menggeleng-geleng melihat Seungwan.

Seungwan berjalan keseorangan ke dalam hutan untuk mengutip kayu-kayu api. Musim sejuk akan menjelma tidak lama lagi dan kayu-kayu api amat diperlukan untuk dibakar ke unggun api agar dapat menghangatkan suasana di dalam rumah.

Sedang Seungwan mengumpu kayu api, Taehyung turut berada di hutan terkejut melihat kehadiran gadis itu. Segera dia menghampiri Seungwan.

"Buat apa sorang-sorang kat hutan ni?"

"Ah!" Seungwan hampir terlompat apabila ditegur oleh seseorang dari belakang. Kayu-kayu api yang dikumpulnya habis bertaburan semula di atas tanah. Seungwan memusingkan badannya memandang Taehyung. Seungwan menggosok-gosok dadanya dan menarik nafas lega.

"Mujurlah ianya awak. Kalau orang lain?"

"Itulah, nasib baik saya yang datang. Awak ni kan, bahaya tau perempuan pergi sorang-sorang ke hutan ni," bebel Taehyung. Seungwan menayangkan barisan giginya dan kembali meneruskan pencariannya. Dikutipnya semula kayu api yang berselerakan di atas tanah sambil dibantu Taehyung.

"Biar saya tolong awak," ujar Taehyung dan turut mencari kayu api yang berdekatan.

Seungwan memerhati Taehyung yang jauh ke hadapan.

"Buat susah-susah je tolong saya..." bisik Seungwan perlahan. Dia mengejar Taehyung dan berjalan beriringan dengan lelaki itu.

"Kami kat rumah ada buat jamuan makan sikit dan jemput ketua kampung. Kalau tak keberatan, awak datanglah malam ni ya? Bawa mak awak sekali." Seungwan memulakan bicara.

Taehyung berhenti berjalan lalu memandang Seungwan.

"Awak yang masak?" soal Taehyung.

Seungwan mengangguk laju. "Sup ayam dan daging lembu panggang."

Terliur Taehyung mendengarnya.

"Uish, banyak betul duit."

Seungwan tersengih-sengih. "Tak adalah. Jadi tak datang?"

Taehyung mengetuk dagunya menggunakan jari telunjuknya.

"Kalau ada orang jemput, takkan nak tolak kan?"

Seungwan melompat kegembiraan. "Saya tunggu awak. Datang tau? Dan..."

Seungwan mengambil kayu api dari tangan Taehyung. "Gomawo untuk ini!" Seungwan pun berlari meninggalkan Taehyung. Taehyung menggeleng-geleng.

"Comel je," bisik Taehyung dan tersenyum sendiri. Kemudian, dia beredar pulang ke rumahnya.

**********

Malam menjelma. Ketua kampung bersama beberapa orang penduduk tiba ke rumah anak yatim untuk menikmati jamuan yang dibuat oleh pengurus rumah anak yatim.

Seungwan yang sudah bersiap-siap dan berpakaian cantik berdiri di hadapan pintu rumah. "Mana dia ni?" soalnya.

Matanya meliar di sekitar rumah untuk mencari kelibat seseorang yang masih belum kunjung tiba.

"Seungwan, buat apa lagi kat sini? Jamuan dah nak mula," tegur pengurus rumah anak yatim, Puan Cha dari belakang. Seungwan mengetap bibirnya.

"Saya ada jemput tetamu lain datang ke jamuan ni. Saya tengah tunggu dia," jawab Seungwan. Puan Cha mengangguk mengerti.

"Tidak apa-apa. Saya akan tunggu. Saya pergi dulu, nak melayan tetamu istimewa kita." Puan Cha pun berlalu menuju ke ruang tamu dan bersembang-sembang bersama penduduk kampung yang hadir ke jamuan makan malam itu.

Seungwan memerhati Puan Cha dari jauh. Kemudian, dia melihat ke luar rumah. Senyumannya tiba-tiba terukir di bibir apabila terpandangkan dua orang makhluk yang baru tiba. Seungwan menghampiri dua manusia tersebut.

"Anyeong, Puan Kim." Seungwan menunduk hormat ke arah Puan Kim.

"Puan boleh masuk dulu," ujar Seungwan. Puan Kim mengangguk dan masuk ke dalam rumah. Seungwan memandang Taehyung.

Taehyung melihat Seungwan dari atas sampai bawah. Perlahan-lahan Taehyung meleretkan senyumannya hingga ke telinga. "Awak nampak cantik dengan gaun bunga-bunga ni," puji Taehyung.

"Gomawo! Jomlah masuk."

Taehyung mengangguk. Mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam rumah menuju ke ruang tamu.

Pada malam itu, mereka menikmati makan malam dengan enaknya.

**********

"Terima kasih sebab datang makan malam," ucap Seungwan kepada Taehyung yang ingin beredar pulang ke rumah.

"Hihihi... oh, lupa nak puji masakan awak. Lauk yang awak masak tadi memang sedap," puji Taehyung.

"Ada-ada sajalah awak ni."

"Oklah, saya balik dulu. Anyeong!" Taehyung pun pulang bersama ibunya sambil diperhati Seungwan dari rumahnya. Seungwan tersenyum sendiri sehingga tidak menyedari kehadiran kawannya di sebelah.

"Awak suka dia eh?" soalan rakannya memeranjatkan Seungwan.

Seungwan menundukkan kepalanya sambil bermain dengan jari-jemarinya. Serta-merta pipinya yang putih berona merah.

"Jadi, betullah ni..." usik rakannya sambil mengangkat kening sebelahnya. Kerana tidak dapat menahan malu, Seungwan berlari masuk ke dalam biliknya. Rakannya tergelak kecil. Dia pun mengunci pintu rumah.

Pada waktu yang sama,

Taehyung dan Puan Kim berjalan melalui denai-denai kecil iaitu jalan pintas ke rumahnya.

Taehyung menjeling ke arah ibunya yang dari tadi asyik terbatuk-batuk.

"Omma, gwaenchanha?" soal Taehyung kerisauan.

Puan Kim sedaya upaya mengukir senyuman seraya mengangguk. Taehyung merenung lama wajah Puan Kim yang kelihatan pucat.

Dari pagi tadi wajah Puan Kim pucat tidak berdarah. Bukan disebabkan demamnya kerana demamnya telah pun surut sejak semalam. Taehyung mula mengesyaki sesuatu.

"Omma sakit ke?"

Puan Kim tidak menjawab. Dia terbatuk-batuk berterusan dan membiarkan soalan Taehyung tergantung. Kerisauan Taehyung terhadap ibunya semakin bertambah. Mereka pun meneruskan perjalanan.

Setibanya di rumah, Taehyung membawa Puan Kim ke biliknya.

"Omma tukar pakaian dan lepas tu terus tidur ok?" Taehyung memberikan arahan kepada ibunya sebelum meninggalkan kamar ibunya. Puan Kim mengeluh. Dia kembali terbatuk-batuk.


AFFLICTIONWhere stories live. Discover now