CHAPTER 14

172 15 8
                                    

Malam yang dingin menyenyakkan Taehyung yang sedang tertidur di dalam kamarnya. Pada malam itulah, Taehyung dapat melupakan segala kedukaannya. Pada malam itu jugalah, Taehyung dapat menghilangkan rasa penderitaannya.

Malam yang tenang tanpa gangguan.

Malam yang tenang tanpa penyeksaan.

Namun,

Tidak semuanya berkekalan.

**********

"Tolong!"

Bang!

"Ahhh!!!!"

Bang! Bang!

Boom!


Taehyung terjaga dari lenanya apabila tidurnya terganggu. Dia melihat ke luar tingkap dan mendapati terdapat cahaya yang terang di luar rumah. Taehyung mencapai baju sejuknya dan keluar dari rumah.

Dia mendengar jeritan para manusia namun, dia tidak tahu dari mana arah datangnya suara yang bingit itu. Taehyung meredah hutan belantara dan tercari-cari suara yang membingitkan. Dalam beberapa langkah menghampiri bunyi tersebut, Taehyung berhenti.

Badannya tiba-tiba sahaja kaku dan kakinya terasa lemah untuk meninggalkan tempat itu. Taehyung terkejut saat melihat perkampungan itu diserang oleh pihak penjajah yang mula melancarkan senjata mereka.

Bermulalah peperangan yang besar di kawasan kampung itu. Perkampungan yang pada awalnya aman damai kini telah dicerobohi oleh pihak penjajah yang sudah melancarkan perluasan kuasa.

Semua penduduk kelihatan ketakutan dan keresahan. Semuanya berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri. Namun begitu, tiada sesiapa pun yang dapat terlepas dari cengkaman penjajah.

Bom meletus di merata-rata tempat. Bunyi tembakan di sana dan sini. Ramai yang terkorban disebabkan kekecohan yang berlaku.

Taehyung tidak tahu di mana lagi arah tujunya. Tanpa berfikir panjang, dia turut melarikan diri seperti semua penduduk lain. Dia berpatah balik untuk pulang ke rumahnya tetapi niatnya terbantut apabila melihat rumahnya terbakar. Taehyung tergamam.

Bukan rumahnya sahaja bahkan kebanyakan rumah di perkampungan itu dibakar oleh penjajah sehingga hangus. Kini, penduduk sudah tiada lagi tempat tinggal.

Taehyung sudah tiada lagi arah tuju. Lariannya membawa dia ke merata tempat namun, tiada satu tempat yang dapat membebaskannya dari peperangan yang tercetus.

Hari yang gelap menyukarkan Taehyung mencari jalan dan malangnya, dia terjatuh menghempap tanah.

Taehyung menyeringai kesakitan. Dia cuba membangunkan dirinya.

"Taehyung!"

Taehyung mendongak kepala memandang Seungwan yang berdiri tidak jauh dari tempatnya. Taehyung melihat Seungwan yang kelihatan sangat ketakutan.

Taehyung menoleh ke belakang dan terperanjat apabila seorang askar mengacukan senapang ke arah Seungwan.

"Tidak!" Taehyung cuba menghalang perbuatan askar tersebut namun tidak sempat. Askar itu sudah melepaskan lebih satu das tembakan. Apa yang mampu dilakukan oleh Taehyung ialah berserah. Bila-bila masa saja nyawanya akan melayang.

Taehyung memejamkan matanya erat.

Beberapa saat selepas itu, barulah Taehyung berani membuka matanya. Dia melihat dirinya tetapi tiada pun sebarang kecederaan yang menimpanya. Walau bagaimanapun, tembakan tersebut telah mengenai seseorang yang berdiri betul-betul di belakangnya.

Taehyung menoleh belakang dan hampir pitam saat melihat Seungwan rebah ke tanah. Satu das tembakan terkena pada perutnya manakala satu lagi peluru menusuk betul-betul pada jantungnya. Darah tidak henti-henti mengalir pada tempat yang tercedera dan juga mulutnya yang tiba-tiba sahaja termuntahkan cecair pekat berwarna merah.

Taehyung melutut di sebelah Seungwan dan meletakkan kepala Seungwan di atas ribanya. Taehyung menggoncangkan tubuh Seungwan.

"Seungwan, bangun!" Taehyung menepuk pipi Seungwan.

Seungwan mengangkat tangannya lalu mengelus lembut pipi Taehyung. Perlahan-lahan air mata Seungwan menitis kerana tidak dapat menahan kesakitan yang ditanggungnya. Tubuhnya terasa lemah longlai dan kaku. Anggota badannya pun tidak dapat bergerak pada masa itu kerana kekejangan.

"Taehyungie... maafkan saya..." Akhirnya, Seungwan menghembuskan nafasnya yang terakhir dan matanya terbuka.

Taehyung meraung sekuat-kuat hatinya. Kini, Seungwan pula pergi meninggalkannya. Taehyung menangis teresak-esak.

"Seungwan!"

Taehyung mendekatkan wajahnya di hadapan Seungwan lalu mencium dahi gadis itu, lama. Sungguh dia benar-benar tidak mahu melepaskan gadis itu sedangkan si dia terpaksa mengandungkan kandungan di dalam perutnya. Walau bagaimanapun, janinnya langung tidak dapat diselamatkan.

Tiba-tiba, seorang askar muncul di belakang Taehyung dan cuba meleraikan pelukan Taehyung. Namun begitu, Taehyung berkeras dan langsung tidak melepaskan pelukannya.

Taehyung mencium pipi Seungwan sambil menangis.

Hatinya terasa sakit. Hatinya terasa perit. Penderitaan ini betul-betul menyakitkannya.

Tiba-tiba, kepala Taehyung dipukul dengan satu objek panjang menyebabkan Taehyung rebah di atas tanah, di sisi Seungwan.

Taehyung menghalakan tangannya di pipi Seungwan lalu diusapnya lembut. Dia merenung wajah gadis itu lama sehinggalah pandangannya menjadi kelam dan akhirnya, Taehyung tidak menyedarkan diri.


Seungwan, saya mungkir janji.

Saya tak boleh tak bersedih bila awak tinggalkan saya ~


AFFLICTIONWhere stories live. Discover now