Taehyung berhenti meletakkan bubur di dalam mangkuk. Dia melekapkan telapak tangan di dadanya.
"Kenapa hati ni rasa macam debar semacam..." bisiknya kehairanan. Hatinya mula berdegup kencang dan rasa kurang enak. Dia melihat sekeliling.
"Seungwan..." Tiba-tiba sahaja nama gadis itu terpacul keluar dari bibirnya. Dia meletakkan sudu di dalam mangkuk dan berlari keluar dari rumah. Puan Kim yang sedang menyarungkan pakaiannya tercengang melihat anak lelakinya.
Taehyung berlari pantas menuju ke rumah anak yatim. Setibanya di sana, dia mengetuk pintu sambil memanggil nama Seungwan. Beberapa saat selepas itu, pintu rumah terkuak. Wajah pengurus rumah anak yatim terpacul di celahan pintu.
"Taehyung rupanya. Lega saya." Puan Cha membuka pintunya namun, kerutan wajahnya tetap menjelaskan betapa risaunya dia.
"Puan, boleh tak saya jumpa Seungwan?" soal Taehyung.
"Itu yang saya risau ni. Sejak semalam lagi dia hilang. Kali terakhir orang nampak dia kutip sawi di belakang rumah." Jawapan yang terkeluar dari bibir Puan Cha cukup membuatkan hati Taehyung kuat berdebar. Taehyung mengucapkan terima kasih dan menunduk hormat sebelum meluru ke belakang rumah. Tanpa berfikir panjang, Taehyung berlari masuk ke kawasan hutan dan terjerit-jerit memanggil Seungwan.
Namun begitu, laungannya tidak memberikan sebarang respon. Taehyung menjadi risau. Dia tetap tidak berputus asa mencari Seungwan di seluruh kawasan hutan belantara.
"Seungwan, mana awak..." Taehyung mengusutkan rambutnya. Kakinya melangkah tanpa hala tuju.
Selama hampir dua jam dia berada di kawasan hutan untuk mencari gadis itu. Akhirnya, Taehyung hampir berputus asa dan duduk di bawah pokok. Taehyung meraup wajahnya.
Taehyung menarik nafas dalam-dalam.
Dia bangun dan teruskan misi pencariannya. Dia berjalan dan berjalan sehinggalah kakinya berhenti untuk berjalan. Matanya tertancap ke arah sebuah rumah usang yang terletak betul-betul di tengah hutan belantara. Taehyung berlari menghampiri rumah tersebut.
Taehyung mengetuk pintu itu bertalu-talu.
"Taehyung..."
Taehyung berhenti mengetuk pintu tatkala telinganya menangkap suara yang jelas kedengaran walaupun sayup-sayup. Taehyung tercari-cari dari mana datangnya suara itu. Dia berjalan ke belakang rumah dan ternyata suara itu datang dari belakang rumah.
Hampir luluh jantung Taehyung melihat sekujur tubuh yang terbaring kaku di belakang rumah. Pakaian gadis itu pula koyak-rabak. Taehyung menghampiri gadis itu.
"Seungwan-ah!" Taehyung meletakkan kepala Seungwan di atas ribanya. Seungwan membuka matanya dan memandang wajah lelaki itu. Hatinya berasa lega saat melihat wajah lelaki itu. Tanpa berkata apa-apa, Seungwan terus memeluk Taehyung dan meraung.
Taehyung mengusap kepala Seungwan yang tidak henti-henti menangis. Seungwan ingin menjelaskan perkara sebenar tetapi dia tersedu-sedan menyebabkan apa yang ingin dikatakannya kurang jelas.
"Dah, saya dah ada kat sini. Awak jangan risau," bisik Taehyung. Seungwan cuba menenangkan dirinya.
Setelah Seungwan berhenti menangis, Taehyung menolak lembut Seungwan dan merenung wajah gadis itu. Mata gadis itu bengkak kerana puas menangis.
"Awak tarik nafas dan lepas," arah Taehyung. Seungwan pun membuat apa yang disuruh. Setelah lima minit menenangkan dirinya, Seungwan melentokkan kepalanya di atas bahu Taehyung. Mujurlah Taehyung tidak melarang perbuatan gadis itu.
Mereka berdua mendiamkan diri. Masing-masing tidak mahu bersuara.
Taehyung merenung langit yang membiru. Serta-merta hati yang gundah-gulana sudah kembali kepada normal.
Seungwan bersuara, "Saya pergi rumah ketua kampung semalam."
Taehyung hanya mendengar cerita yang ingin diceritakan Seungwan.
"Masa saya balik, saya terserempak dengan pihak penjajah. Mereka kejar saya. Saya pula terjatuh dari bukit dan saya pengsan. Sedar sedar je, saya ada kat dalam rumah ni. Bukak je mata, ada empat orang lelaki kat sekeliling saya. Mereka... mereka...."
Seungwan tidak dapat meneruskan kata-katanya dan kembali menangis. Taehyung mengusap bahu gadis itu.
"Dah dah, lupakan je. Saya tak mahu tertekan..."
"Diorang rogol saya! Bergilir-gilir!" pintas Seungwan dan kata-katanya cukup memeranjatkan Taehyung. Taehyung memandang Seungwan yang sudah menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya.
Seungwan menangis teresak-esak.
"Maruah saya dah tercalar. Lepas ni, saya akan dicemuh oleh orang kampung. Saya akan dibenci," luah Seungwan. Taehyung hanya mampu mendiamkan dirinya. Dia melentokkan kepala Seungwan di atas bahunya dan membiarkan sahaja Seungwan menangis.
Taehyung hampir-hampir sahaja mahu menangis namun, dia cuba untuk bertahan. Dia sedih melihat keadaan Seungwan.
Selama hampir sejam mereka duduk di rumah itu dan mendiamkan diri.
**********
Taehyung dan Seungwan berjalan beriringan melalui denai dan ingin pulang ke rumah memandangkan hari hendak gelap. Matahari pun semakin tidak kelihatan dan bintang-bintang di langit mula memunculkan dirinya.
"Saya tidur rumah awak boleh tak?"
Taehyung tidak menjawab. Dia memandang Seungwan yang sedari tadi menundukkan kepalanya.
"Malam ni je?" soal Seungwan lagi. Seungwan cuba untuk mengangkat kepalanya tetapi dia tidak berani memandang wajah lelaki itu. Sepanjang hari itu, dia telah banyak menyusahkan Taehyung dan permintaannya untuk tidur di rumah Taehyung pun menyusahkan Taehyung.
Taehyung sedaya upaya mengukir senyuman.
"Saya tak kisah tapi awak kena balik. Puan Cha risaukan awak sebab seharian awak tak ada kat rumah," ujar Taehyung. Bukannya dia tidak mahu membawa Seungwan pulang ke rumahnya tetapi Puan Cha sekarang sedang risau akan Seungwan yang masih belum pulang.
Seungwan mengeluh. "Awak tak suka saya ke?"
Taehyung menggigit bibirnya. Saya tak pernah nak benci awak. Saya suka sangat kat awak tapi saya takut, bisik hati Taehyung.
Mereka berhenti berjalan setelah tiba di hadapan rumah anak yatim. Taehyung memandang Seungwan dan Seungwan memandang Taehyung. Mata mereka bertaut.
"Lepas ni jangan keluar seorang diri," pesan Taehyung. Seungwan mengangguk lemah.
Tiba-tiba, pintu rumah terkuak. Mereka berdua terpandangkan seorang wanita tua yang keluar dari rumah menghamiri mereka. Wanita itu berdiri di hadapan Seungwan lalu terus memeluk tubuh Seungwan.
"Seungwan, awak buat saya risau..." ujar Puan Cha dan masih lagi memeluk tubuh gadis itu. Seungwan tidak membalas pelukan itu.
Puan Cha meleraikan pelukan dan melihat Seungwan dari atas ke bawah. Kemudian, Puan Cha merenung wajah Seungwan yang kelihatan pucat. Dia mengusap lembut wajah Seungwan.
"Mari masuk ya?"
Seungwan cuba mengukirkan senyumannya seraya mengangguk.
Puan Cha memandang Taehyung yang setia berdiri di sebelah Seungwan. "Terima kasih sebab tolong carikan Seungwan."
"Sama-sama puan." Taehyung menundukkan kepalanya tanda hormat sebelum pergi meninggalkan perkarangan rumah anak yatim itu. Seungwan memerhati Taehyung dari jauh sehinggalah kelibat Taehyung tidak kelihatan.
Puan Cha menarik lengan Seungwan masuk ke dalam rumah.
"Lepas mandi, makan tau?"
Seungwan mengangguk lagi. Sebelum kakinya menjejakkan ke dalam rumah, dia sempat menoleh ke belakang.
"Taehyung-ah, mianhaeyo..."
YOU ARE READING
AFFLICTION
FanfictionPENDERITAAN ~ aku hilang segala-galanya ~ CAST: V BTS sebagai Kim Tae Hyung Wendy Red Velvet sebagai Choi Seung Wan BTS Cover ff by @fairytael-