1230
~ SPECIAL CHAPTER
SPECIAL YEAR
IN A SPECIAL DAY
**********
Kini, musim sejuk kembali lagi. Masa pantas berlalu tanpa disedari sudah masuk bulan Disember.
Taehyung tinggal seorang diri. Kawan-kawan barunya yang baru dia kenal beberapa bulan yang lepas masih belum pulang kerana masih bersekolah. Taehyung menghabiskan masa menggunakan telefon bimbit yang jarang ditemuinya pada zamannya.
Dahulu, semasa Jimin memperkenalkan telefon kepada Taehyung, Taehyung tercengang. Dia seperti rusa masuk kampung yang tidak tahu cara menggunakannya sehinggalah Jimin mengajar lelaki itu.
Semakin lama Taehyung menggunakannya, Taehyung semakin mahir. Dia pun tahu cara untuk membalas mesej, bermain chat sosial dan juga berselfie. Pada mulanya, dia menyangka telefon bimbit barunya itu adalah untuk menghubungi seseorang. Tidak sangka dunia berteknologi moden kini telah menjadikan telefon bimbit sebagai pelbagai fungsi. Semuanya ada di hujung jari. Tidak lagi Taehyung ingin menyusahkan diri menghantar pesanan kepada seseorang berbanding pada zamannya di mana dia perlu meredah ke sana dan ke sini semata-mata untuk menghantar pesanan.
Disebabkan Taehyung tidak tahu membuat apa pada petang itu, dia bercadang untuk menyiram pokok bunga di halaman rumah. Kesemua pokok bunga di halaman rumah ditanam oleh arwah nenek Jimin. Alang-alang pokoknya masih segar, Taehyung menyiram bunga itu setiap pagi untuk mengekalkan kesegaran pokok itu.
Taehyung membelek pokok bunga mawar yang menjadi tarikannya. Tersengih-sengih Taehyung melihat bunga yang berwarna merah terang itu. Dihidungnya bunga itu.
Pon! Pon!
Taehyung menoleh ke belakang.Terkejut dia melihat sebuah kereta muncul di halaman rumah. Pemandu kereta keluar dari perut kereta sambil tersengih-sengih dan kemudian, keluar seorang lelaki dari tempat duduk penumpang di sebelah tempat pemandu.
"Seokjin! Namjoon!" Taehyung menghampiri rakan-rakannya. Seokjin tersenyum-senyum dan begitu juga dengan Namjoon. Taehyung tercari-cari sesuatu.
"Mana yang lain?" soal Taehyung kehairanan.
"Ada dalam kereta. Tidur," jawab Namjoon. Taehyung menangguk mengerti. Dia pun menyuruh Seokjin dan Namjoon masuk ke dalam rumah untuk berehat seketika dan kemudian mengorak langkah menghampiri kereta. Apabila dibukanya pintu kereta, satu tangan terjulur keluar dari kereta.
Tergeleng-geleng Taehyung melihat empat orang jejaka yang tidur terbongkang di atas kerusi. Dah macam tidur di atas katil sendiri lagaknya.
"Korang, bangunlah!" panggil Taehyung.
Mujurlah seseorang tersedar dari lenanya iaitu Yoongi. Terpisat-pisat dia bangun lalu memandang wajah Taehyung dengan sepasang mata sepetnya.
"Dah sampai ke?" soal Yoongi sambil mulut menguap. Taehyung mengangguk.
"Baguslah. Aku nak tidur kat dalam." Yoongi keluar dari perut kereta lalu berjalan lemah longlai masuk ke dalam rumah. Terhuyung-hayang dia berjalan dan hampir-hampir sahaja melanggar dinding rumah. Taehyung menggeleng-geleng.
"Wargh! Mengantuknya!"
Taehyung memandang semula ke tempat penumpang dan melihat Jimin, Hoseok dan Jungkook menggeliat bangun.
"Aigoo! Dah sampailah! Tak ada sesiapa pun nak kejutkan kita," keluh Jimin. Dia menggosok-gosok matanya dan sekali lagi menggeliat. Hoseok pula menggaru-garu pipinya manakala Jungkook masih lagi dengan mata terpejam walaupun dia sudah terbangun.
YOU ARE READING
AFFLICTION
FanfictionPENDERITAAN ~ aku hilang segala-galanya ~ CAST: V BTS sebagai Kim Tae Hyung Wendy Red Velvet sebagai Choi Seung Wan BTS Cover ff by @fairytael-