CHAPTER 6

196 17 8
                                    

Penduduk kampung tergempar dengan berita tentang kedatangan penjajah ke kampung mereka. Semuanya tidak lagi berani keluar dari rumah untuk berkeliaran. Ibu bapa juga turut menghalang kanak-kanak untuk bermain di luar kerana risau akan keselamatan mereka.

Di rumah anak yatim,

Puan Cha mengarahkan kesemua penghuni anak yatim untuk tidak sesekali meninggalkan rumah ini kerana berkemungkinan pihak penjajah bila-bila masa sahaja akan berkeliaran di luar rumah.

Seungwan yang merupakan antara ahli paling tua dalam kalangan anak yatim juga turut tidak dibenarkan keluar dari rumah. Namun begitu, dia telah diamanahkan oleh ketua kampung untuk menghantar barang ke rumahnya. Puas Seungwan memujuk untuk bertemu dengan ketua kampung tetapi Puan Cha melarang keras.

Terpaksalah Seungwan terperap di dalam biliknya yang dikongsi bersama beberapa lagi anak yatim untuk memikirkan cara supaya dia dapat menghantar barang-barang milik ketua kampung dengan segera.

Rakannya menghampiri Seungwan. "Tak payahlah fikir pasal barang ni. Yang penting keselamatan awak. Ketua kampung akan faham kenapa awak hantar barang lewat," pujuknya. Seungwan tetap tak senang duduk.

"Dahlah, saya pergi turun dulu. Saya nak masak. Awak tolong petik sawi kat belakang rumah ya? Tapi hati-hati. Lepas kutip je terus masuk!" sempat lagi rakannya berpesan kepada Seungwan sebelum meninggalkan bilik. Seungwan mengangguk lemah.

Tiba-tiba, muncul satu idea yang terbenak di dalam fikirannya.

**********

Seungwan mengutip sawi-sawi yang ditanam di belakang rumah lalu diletakkan di dalam bakul. Setelah mengutip kesemua sawi, dia membawa bakul tersebut dan diletakkan di atas singki dapur. Kemudian, dia mengambil satu kotak yang terletak elok di tepi pintu lalu dibawanya meninggalkan rumah anak yatim itu.

Derapan kakinya dipantaskan menuju ke rumah ketua kampung yang agak jauh dari sini. Sepanjang dia berjalan melalui denai, hatinya mul rasa kurang enak namun, dia cuba untuk membuang perasaan itu.

Setibanya di rumah ketua kampung, tangan kanannya mengetuk daun pintu yang diperbuat daripada kayu. Dia meliar ke sekeliling, takut-takutlah sekiranya ada musuh yang sedang memerhatinya.

"Tinggal kat sini je la," bisik Seungwan. Dia meletakkan kotak tersebut di hadapan pintu dan segera beredar dari kawasan rumah ketua kampung. Dia berlari sepantas yang boleh menuju ke rumahnya.

Sedang dia berlari, secara tidak sengaja dia terpijak hujung skirt labuhnya menyebabkan dia terjatuh menghempap tanah. Seungwan menyeringai kesakitan lalu duduk bersila. Dia meraba-raba lutut kirinya yang tercedera.

Seungwan cuba bangun dan berjalan pantas melalui denai yang dikelilingi dengan pokok-pokok yang sudah gugur daunnya kerana musim sejuk bakal menjelma tidak lama lagi.

Buat kali kedua, Seungwan terjatuh lagi kerana tersadung batu. Namun begitu, tiada kecederaan yang dialaminya.

Belum sempat dia merungut, matanya tertangkap ke arah dua kelibat yang bersenjata sedang mencari sesuatu. Seungwan buntu. Seungwan bangun dan berlari dengan segala kudrat yang ada. Disebabkan Seungwan terpijak ranting kayu, kewujudannya disedari oleh dua makhluk yang berkeliaran di kawasan hutan itu.

"Catch her!" arah seorang lelaki kepada rakannya. Mereka berdua berlari mengejar Seungwan. Seungwan menjadi gelisah kerana dua lelaki yang membawa senapang itu semakin mendekatinya. Seungwan berlari semampu yang boleh.

Di dalam fikirannya, dia hanya ingin menyelamatkan dirinya.

"Ah!" Tanpa disedari, Seungwan kurang stabil menyebabkan dia terjatuh. Kebetulan, dia berada di puncak bukit menyebabkan dia jatuh bergolek menuruni bukit yang sangat curam.

Dia bergolek dan bergolek sehingga kainnya terkoyak akibat dicarik oleh ranting kayu. Sesampainya di bawah, Seungwan tidak menyedarkan diri.

**********

"Wow! She's so... wonderful."

Seungwan membuka matanya perlahan-lahan. Matanya meliar ke sekeliling dan mendapati dia berada di dalam sebuah bilik. Terkebil-kebil dia melihat empat orang lelaki yang berpakaian askar sedang merenungnya tajam seakan-akan ingin memakannya.

Seungwan ingin bangun dari tempat perbaringannya namun, dia tidak berdaya. Badannya sangat lemah.

Seorang lelaki yang bermisai lentik mendekatkan wajahnya di hadapan wajah Seungwan. Seungwan memejamkan matanya. Saat itu, dia dapat merasai hembusan nafas lelaki itu.

Mata lelaki itu jatuh ke bawah. Seungwan menyedari perbuatan lelaki itu. Dia perasan tangan lelaki itu diletakkan di atas perutnya dan semakin lama semakin ke atas sehingga berhenti ke dadanya. Seungwan tergamam.

"Apa yang awak buat ni?" soal Seungwan dan jelas sekali soalan itu langsung tidak difahami oleh lelaki berempat itu. Mereka saling berpandangan. Seakan-akan idea jahat mula tercetus di setiap empat manusia itu.

Lelaki itu meletakkan jarinya di wajah Seungwan dan mengelusnya lembut. Seungwan menjadi ketakutan.

"Your aset is precious, dear..."

Seungwan meneguk air liurnya. "Saya tak faham apa yang awak cuba katakan tapi tolong lepaskan saya..." ujarnya.

Lelaki itu ketawa besar. Seakan-akan dirasuk dengan kuasa jahat. Dia menjilat bibirnya sambil mengenyit mata ke arah Seungwan. Seungwan tidak mampu berbuat apa-apa. Dia seperti tahu nasib yang bakal menimpanya.

"Jangan apa-apa saya..." Seungwan merayu-rayu. Walau bagaimanapun, lelaki itu langsung tidak mengendahkan rayuan Seungwan. Dia bangun lalu menanggalkan setiap butang bajunya. Bukan dia seorang sahaja, ketiga-tiga lelaki yang berada di sekeliling Seungwan turut melakukan perkara yang sama.

Setelah menanggalkan butang-butang baju itu, lelaki bermisai lentik itu menanggalkan tali pinggang lalu dicampakkan jauh. Kemudian, tangan lelaki itu diletakkan pada bahu Seungwan. Ditariknya lengan baju Seungwan sehingga menampakkan bahunya.

Terbuntang mata lelaki itu apabila merasai kelembutan kulit gadis itu. Nafsu jantannya semakin membuak-buak.

Tiba-tiba, dia menarik pakaian Seungwan dengan kasar. Seungwan terkejut dan cuba melepaskan tangan lelaki itu tetapi tidak berjaya. Lelaki itu dengan kasar menarik pakaian Seungwan sehingga hampir terkoyak.

Seungwan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menjerit meminta pertolongan.

"TOLONG!"

"Hey girl! There's no one in here. Just shut up and stay calm. We'll not hurt you..." bisik lelaki itu ditelinga kanan Seungwan. Berpeluh dahi Seungwan mendengarnya. Seungwan kembali menjerit meminta tolong.

"Tolong!" Seungwan berteriak. Air matanya mengalir deras di pipi. Lelaki itu sudah dirasuk dengan hawa nafsunya dan ditenggelami di alamnya.

Seungwan menangis semahu-mahunya. Pada masa itu, hanya ada satu sahaja nama yang terfikir.

"Kim Tae Hyung..."


AFFLICTIONWhere stories live. Discover now