Aku tabur perlahan-lahan beras merah di sepanjang jalan yang pernah dilalui oleh kita, ditabur satu-satu dengan harapan semuanya berlalu.
Dulu, dalam diam saat kita bersama, aku tinggalkan sisa beras berwarna putih, lambang suci abadi. Tapi hari ini tak lagi, aku diam menahan segalanya dalam hati. Iya, hari ini aku sendiri, hari ini cerita lama telah mati.
Hari ini memori semua ibarat beras kolam selepas Diwali – disapu diusir pergi kerna tak berguna lagi. Hari ini pedih aku telah lali – membawa jiwa si dia yang tenggelam dalam sesal sendiri.xyzurah