i) Kalau mata mak warnanya hitam
Sering menikmati malam yang suram
Hati bapak lagi hitam
Asyik lupa mengenang dosa silam
Kalau tangisan mak bisa dilihat warnanya
Pasti kelihatan merah
Mengenang dosa bapak
Yang tak sudah sudah
Inai di jari dulu warnanya jingga
Moga tidak lekat di kulit selamanya
Hitam nampak tercalit di minda
Moga hanya lekat di sana buat seketika
ii) Dosa apa aku lakukan untuk diri disimbah merah terang?
Mungkin putih suci tak kelihatan kerana pahala yang kurang
Manusia mana yang aku sakitkan dengan contengan hitam arang?
Mungkin ini balasan orang yang mati tak akan dikenang
Warna apa lagi pekat daripada hitam?
Bilang sama aku jika tahu
Warna apa lagi suci daripada putih?
Beritahu agar aku bisa maafkan kamu
Beritahu mak untuk tenang di alam sana
Beritahu bapak supaya diam di atas dunia
Agar warna yang pudar dapat dilihat semula
Untuk anak yang inginkan bahagia
Farhira