Hitam Putih

81 0 0
                                    

Bila Radzi tahu bahawa Wadi sebenarnya seorang yang buta warna, cepat cepat dia peluk Wadi. Pelukan yang diberikan hangat, ketat dan ikhlas dari hati. Selepas beberapa ketika, dia melepaskan pelukan lalu pandang tepat ke mata Wadi dengan penuh sayu. Wadi masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku tapi dia cuba berlakon cool, pelukan tadi berbau empati dan dia tak mahu jadi perosak suasana.

"Semuanya akan okay," kata Radzi kepada Wadi.

Radzi rasa, warna ialah entiti yang menyebabkan penglihatan itu dikelaskan sebagai nikmat. Seperti bunyian kugiran post rock untuk pendengaran, bahasa-bahasa romantik untuk percakapan dan permaidani bulu kambing biri-biri gurun Mongol untuk sentuhan, warna itu perlu untuk kita lebih menghargai penglihatan. Sure, buta warna lebih baik daripada buta penglihatan sepenuhnya tapi apakah rasanya mempunyai penglihatan yang diletakkan filter black and white di balik retina, lalu apa yang disajikan ialah pemandangan dunia straight outta cereka-cereka di televisyen pada tahun 50-an. Wadi hanya mampu melihat dalam hitam dan putih. Mungkin Wadi akan mengalami kesukaran untuk mentafsir warna lampu isyarat ketika di jalan raya, dan fakta-fakta trivial seperti itu sudah cukup untuk membuatkan Radzi bersedih.

"Thanks," Wadi membalas.

Radzi keluar dari bilik dan meninggalkan Wadi keseorangan. Wadi hanya terbaring di atas katil sambil memandang jendela yang terbuka luas. Dari dalam bilik, apa yang boleh dilihat cuma sebatang tiang elektrik dan langit siang yang macam biasa, ditemani mentari. Wadi fikir-fikir balik, dia tak layak menerima rasa simpati dari Radzi. Ya, memanglah dunia hitam putih ini agak gloomy tapi di sebalik setiap kulumus atau nimbus yang mendung itu, pasti ada bilah-bilah cahaya yang kelihatan. Contohnya bagaimana Wadi dah melihat matahari selama hampir 10 minit tanpa perlu mengelip mata pun.

Lagipun, Wadi yang minta untuk jadi buta warna. Sort of.

Masa itu terlalu mahal untuk dihabiskan dengan melihat langit. Wadi bersiap apa yang patut dan 10 minit kemudiannya, dia sedang memandu kereta keluar dari rumah.

Wadi sudah tiba di suatu persimpangan empat laluan. Dia amati betul betul kontras warna yang ada di lampu isyarat. Warna lampu yang paling atas lebih pekat hitamnya berbanding dua yang di bawah yang mana lebih cair hitamnya, jadi tahulah Wadi yang sekarang ini lampu merah tengah menyala garang. Tangan kiri tarik brek tangan, tangan kanan dan mulut bekerjasama menyalakan sebatang rokok. Setelah tangan kanan didepakan pada cermin tingkap kereta, hal-hal lain diserahkan pada Wadi untuk menikmati momen momen sebegini. Dari cara pemakaian dan hela nafas Wadi menarik nikotin dan tar, mungkin Wadi mahu berjumpa dengan seseorang yang istimewa. Teman wanita mungkin?

Sekurang-kurangnya itulah yang Nyawa boleh teka dari pemerhatiannya. Siapa Nyawa ni? Nyawa ialah seekor pari-pari yang secara kebetulan tengah melepak di atas lampu isyarat tadi. Satu lagi perkara yang perlu diberitahu, Nyawalah yang mem-buta warna-kan Wadi.

Pada suatu malam di bulan Oktober tahun 2001, Wadi sedang duduk berteluku memeluk lutut di bawah meja tulisnya dalam sebuah bilik. Dahinya beranai peluh, tubuhnya gigil-gigil, fikirannya berkecamuk. Wadi masih terlalu muda untuk semua itu. Tapi sifat masalah itu sendiri ialah binatang yang tiada hati budi, lalu datang ia mengacau Wadi.

Mujurlah setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Pada malam itu, penyelesaian datang dalam bentuk seekor pari-pari yang mengetuk tingkap bilik Wadi sejak beberapa minit lalu.

"Siapa kau?" Tanya Wadi.

"Aku pari-pari, Nyawa nama diberi."

"Hmm..." Wadi menghela resah dan kembali berteluku bawah meja setelah membuka tingkap untuk Nyawa tadi.

"Okay... Okay... Aku terbau masalah yang agak besar sedang membelenggu dirimu. Apa yang aku boleh bantu?" Tanya Nyawa kepada Wadi.

Wadi pandang tepat pada Nyawa. Mulutnya membisu, tapi sungguh renung matanya meraung-raung meminta tolong.

WarnaWhere stories live. Discover now