Lima Puluh Nuansa

50 2 1
                                    

KUALA LUMPUR: Mayat seorang eksekutif jualan berusia lingkungan 30-an ditemui di dalam kondominiumnya di Bandar Utama dengan kesan leher dijerut. Mangsa yang tinggal bersendirian dipercayai sudah mati beberapa hari lalu berdasarkan kepada keadaan fizikal mayat yang sudah berulat. Pihak polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan berhenti menyebarkan khabar angin di Whatsapp kononnya terdapat pembunuh bersiri.

Berkerut-kerut dahi Anastasia Mahaleel membaca berita itu. Jadi, inilah berita panas yang heboh dibincangkan semalam di media sosial sampaikan maknya di Kuala Kangsar pun jadi paranoid dan menghantar Whatsapp jam 1 pagi untuk memastikan 'semuanya okay dan Ana dah kunci pintu tingkap semua sebelum tidur'.


Anastasia: Mak... Ana duduk kondo lah. Sekuriti 24 jam. Tingkap tak payah kunci pun, Ana duduk tingkat 20.Mak: Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Kalau Ana dah kahwin takder lah mak nak mesej malam-malam. Mak risau Ana duduk sorang.Anastasia: I'll be fine, mak.


Sejurus menghantar mesej terakhir itu, dia kembali menghempaskan badannya di atas katil bercadar ungu lavender dan dikelilingi enam bantal bersarung nuansa yang sama. Anastasia sendiri pun tak pasti maksud "I'll be fine" yang dihantar kepada maknya tadi, walaupun kadangkala sedikit rimas masih dianggap kanak-kanak yang tak pandai menjaga diri. Dia bukannya budak-budak lagi. Usianya hampir mencecah 25 tahun, pemegang ijazah pengurusan perniagaan, dan pernah dinobatkan sebagai Miss Hijabista Intelektualista 2014 oleh majalah Nona kerana akaun Instagramnya yang sering menjadi rujukan pencinta fesyen muslimah dan chicabista - chic hijabista - berjaya mencecah 100,000 followers dalam masa setahun.


Hidup Anastasia yang sentiasa sibuk dengan bisnes onlinenya menyebabkan dia sering menjadi bahan sindiran BFF kerana masih single. Sheila dah kahwin dengan anak Tan Sri Maslan Ahmad, orang kuat politik. Loretta dah disunting Tengku Justin, kerabat Negeri Sembilan. Korina menetap di Jakarta selepas berkahwin dengan bintang sinetron Nikolas Ananda. Anastasia masih single - dan steady. Sebenarnya dia fobia dengan lelaki. Tak, dia bukan lesbian. Cuma fobia. Macam orang fobia dengan lipas dan bunga teratai yang berlubang-lubang, Anastasia fobia dengan lelaki sejak cintanya dipermainkan kasanova UUM.


Anastasia memadamkan lampu di atas meja sisi katilnya. Dah lewat malam. Dia harus tidur. Esok dia ada temuramah dengan majalah DU-IT untuk edisi pilot mereka.


**********


Anastasia sedang memperkemaskan tudung oren tangerinenya di hadapan cermin di ruang tamu penthousenya ketika telefon berdering. Sambil melihat wajah bujur sirihnya yang polos dengan teknik 'no makeup' makeup , dia berjalan ke ruang tamu dan menjawab panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.


"Anastasia Mahaleel bercakap."

"Assalamualaikum Cik Anastasia. Saya Kris dari majalah DU-IT."

"Kris? Mana Katijah? Don't tell me the interview is called off. I cancelled three appointments this morning for this interview."

"Eh tak Cik Anastasia. The interview is still on. Saya ganti Katijah. Dia tak boleh datang."

"Oh okay. Awak kat mana tu? Are you arriving soon?"

"Saya dah sampai di pondok guard tapi mereka tak bagi saya masuk sebab nama saya tak ada."

"Let me talk to them."


**********  

WarnaWhere stories live. Discover now