Dunia,
Apa pantas aku bisa di sini,
Melihat kegelapan yang hitam,
Bikin jasad sampai pitam,
Gagahkah aku harunginya,
Tenangkah aku alaminya,
Pentas dunia yang begitu banyak ragam serta ratusnya.Dunia,
Apa pantas aku bisa di sini,
Melihat seloka serta lakonan manusia,
Ibarat warna pelangi yang pelbagai belaka,
Ada indah,
Ada gundah,
Itulah pentas dunia,
Kau gagah kau menang,
Kau rebah kau kalah,
Itu realiti atas dunia.Dunia,
Mendongak ke atas engkau nampak biru,
Tunduk ke bawah engkau nampak coklat,
Itulah engkau pada paksinya,
Engkau pilih mana satu arahmu,
Mahu ukiran manis ?
Mahu ukiran pahit ?
Engkau yang corakkan itu sendiri,
Ikut kata hati,
Jangan ikut suara peti,
Pasti hidup kau berwarna warni,
Jika bijak bertindak di atas dunia ini.
Azim Arsad
![](https://img.wattpad.com/cover/58056002-288-k629452.jpg)