PENGKELASAN WARNA (DAN MANUSIA)

76 4 0
                                    

Mereka bicara umpama kelabu itu tidak wujud; mereka kata, aku sengaja mempermainkan warna hitam dan putih yang udah jelas lagi nyata bezanya.

Yang cukup aku hairankan, adakah mereka tidak sedar yang hitam dan putih pun ada variasinya? Warna, datangnya dalam bentuk suatu spektrum. Tiada pengkelasan yang tetap. Tiada kepastian yang hanya wujudnya satu jenis hitam dan satu jenis putih.

Begitu juga manusia. Tiada yang jahat sepenuhnya -- hidup dalam kegelapan tanpa sedikit pun 'nur' darinya. Tiada juga manusia yang teramat suci tanpa setitik pun hitam padanya.

Dan hakikatnya kita tidak statik -- kita dinamik. Tiada kebarangkalian yang seseorang mampu kekal sama dari lahir hingga tua. Pengalaman mengajar kita; ia mengubah kita; ia membentuk kita.

Aku? Aku kelabu. Aku tidak pasti berapa peratus aku hitam dan berapa peratus aku putih. Aku bukan tong cat yang dicampur warnanya mengikut sukatan. Aku ditambah dan dikurangkan kuantitinya; aku kadangkala lebih cerah, kadangkala pula gelap.

Jadi usahlah kau bayangkan pengkelasan manusia semudah itu. Sedangkan warna pun bikin resah mahu ditetapkan. Magenta dan merah jambu pun masih kau debatkan. Usahlah. Biarkan sahaja.

Nota: Berinspirasikan karya Nadia Khan (Kelabu)


  Nadhirah Rahman  




WarnaWhere stories live. Discover now