Bibir metalik dan lidah putih. Sama seperti haiwan pemangsa yang lainnya. Setiap perincian zarahnya membodohkan jiwa yang dilewakan. Kamu tahukan, jiwa yang seperti debu dandelion, cuma berayun-ayun ikut angin kerana percayanya. Dari pesanan ringkas, pesanan berhasta-hasta, puisi pendek, tahun tahun berbolak balik, pergi kepada caci-maki pun tarik kita hulurkan tangan ke dalam mesin mimpi yang berpusar-pusar. Adakah terlalu banyak kita meminta untuk sedikit kemanusiaan?
Bibirnya masih sebeku metal. Dan lidah putih pura-pura buat aku rasa mau pakukan 3 kali ke dagunya dengan dawai kokot sebagai hadiah lelucon peribadi yang bisa di ulang-ulang tayang. Biru langit kian memberat. Walau halwa panas Mac tidak berdamai dengan hormone ho hum ku. Horizon di langit kelihatan jelek, serba canggung satahnya dan meloyakan.
Manusia sentiasa menghilang seperti yang lainnya dan bawa pergi semua sepertinya kita yang binatang. Kita marah kerana jadi sekenyal ini. Tapi tak ada harga yang boleh bayar hitam yang ditelanjangkan oleh waktu. Metafora di atas metafora dan carang-carang sarkastik menjalar di sini sana. Namun sesungguhnya hidup ini disewakan Tuhan.
Muzik latar bertambah bagus mutakhir ini. Mahunya klasikal, kontemporari ataupun jazz. Matahari akhir tahun jelirkan kuning lidahnya muntahkan keringatku. Kau cabut jarimu dari anus dan tidak tahu mahu diletakkan di mana. Apa-apa pun, hidup ini disewakan Tuhan dan kita sering tak cukup uwang menampung sewanya.
Azym