Home Destroy

78 11 0
                                    

Seminggu berlalu

"Muka handsome, tapi perangai macam siot. Bangun lambat. Haish! Apsal aku pikir pasal dia ni?" Ujar Ye Seul seorang diri di dalam bilik. Kemudian dia keluar dari bilik dan dipandang pintu bilik Joshua. Bibirnya mencebik.

"Eomma! Appa!" Ujar Ye Seul mula melangkah menuju ke tangga. Tiada sambutan. Selalunya ade sambutan. Kali ini tiada.

"Eomma? Appa?" Soal Ye Seul. Kepalanya terjegul di sebalik dinding tangga. Senyap sunyi. Dapur juga senyap. Selalunya ade dengar bunyi orang memasak. Namun kali ini tiada.

Tiba tiba mata Ye Seul tertumpu pada sehelai kertas di atas meja. Dahinya berkerut namun lakinya tetap melangkah ke arah kertas itu. Ye Seul membuka lipatan kertas itu.

___________________________________

Ye Seul,

Maafkan eomma appa ,sayang. Sebab tinggalkan kamu lagi. Tapi kali ini memang emergency. Aunty Lee jatuh sakit. Jadi kami hendak melawatnya. Maybe minggu depan baru balik.

Pasal Joshua, dia takkan bangun selagi tak kejut. Kamu kejutkanlah dia.

Kalau lapar, masak sendiri. Belajar berdikari untuk beberapa hari. Dan kalau kami balik, rumah dah roboh, siap kamu berdua...

___________________________________

Ye Seul mengeluh. Untuk kali yang entah ke berapa, Ye Seul ditinggalkan. Ye Seul melipatkan semula kertas tersebut dan diletakkan di atas meja.

"Ade ke lawat orang sakit sampai seminggu. Mana aci.. " rungut Ye Seul. Tiba tiba kepalanya teringay pada Joshua. Ye Seul mengeluh.

"Takkan bangun selagi tak kejut. Teruk gila. Anak mak betul. Kesian roommate dia dulu tiap tiap hari kena kejutkan dia...." ujar Ye Seul. Dia mula melangkah ke anak tangga. Dia perlu kejutkan Joshua juga.

Tok tok tok

Tiada respon. Ye Seul memulas tombol pintu. Gelap. Kemas, baguslah tak macam sepupu Ye Seul yang lagi seorang. Pengotor gila. Lepas tu dia yang kena bersihkan balik.

Ye Seul melangkah masuk. Dia menolak badan Joshua yang sedang mengiring ke kanan itu.

"Yah..ireona..."ujar Ye Seul malas. Tiada respon. Hanya deruan nafas saja menyambut kata kata Ye Seul. Ye Seul mengetap bibir.

"Yah! Ireona-ra!"ujar Ye Seul lagi. Tetap tiada respon. Ye Seul menahan geram. Dahlah tengah malas, kena kejutkan dia pulak. Stress!

"Yah!! Hong Ji Soo! Palli ireona-ra!" Jerit Ye Seul lebih kuat. Kali ini ade respon.

Joshua menutup telinganya dengan tangan. Bengitlah tu.

"Janganlah kacau aku nak tidur. Awal lagi kan..."balas Joshua mamai. Ye Seul tersenyum sinis.

"Awal? Haah, awal sangat. Dah pukul 8:30 pagi. Awal sangat sangat. Palli ireona!" Ujar Ye Seul lagi. Joshua membuka matanya. Tiba tiba dia mendepakan tangannya. Ye Seul mengerutkan dahinya.

"Ko nak tidur dengan aku ke? Jom, peluk aku sini..."ujar Joshua. Mata Ye Seul membulat.

'Gila ke sakai ke siot ke apa?' Soal hati Ye Seul.

"Gila!" Ujar Ye Seul. Joshua ketawa kecil. Kemudian diam semula. Tidur balik. Ye Seul menahan geram.

"Bangun!" Ujar Ye Seul lagi sambil menghentak kakinya. Joshua diam. Ye Seul rasa hendak menangis. Kali ini, lebih kasar.

When I Meet HimWhere stories live. Discover now