Accident

64 7 0
                                    

Ye Seul menangis semahu mahunya di bahu Joshua. Joshua hanya mampu mengusap bahu Ye Seul saja.

"Eomma...appa..." ujar Ye Seul di dalam tangisannya. Mereka berada di hospital. Ye Seul mendapat panggilan bahawa eomma dan appa nya kemalangan.

"Oppa, kalau eomma appa pergi macam mana..." ujar Ye Seul. Dia masih menangis. Joshua menggeleng.

"Eomma appa tak pape.. Oppa pasti.." balas Joshua. Mereka menggunakan 'oppa' kali ini.

Ye Seul menangis teresak esak di bahu Joshua saat itu. Kemudian Joshua menarik bahu Ye Seul ke dalam pelukannya. Ye Seul hanya menurut.

"Sabar Ye Seul.. Oppa yakin eomma appa takkan tinggalkan Ye Seul sorang sorang.." ujar Joshua di dalam pelukan. Dia mengusap belakang badan Ye Seul. Ye Seul tidak membantah. Dia sangat sedih saat itu.

"Ye Seul!" Jerit Yuri dari jauh. V juga ada. Ye Seul menoleh ke belakang. Yuri dan V berlaru ke arahnya. Ye Seul berdiri lalu Yuri mendakap dirinya seerat yang boleh. V pula berjabat tangan dengan Joshua.

"Ye Seul, jangan nangis okey? Aku ade.." ujar Yuri. Ye Seul masih menangis di dalam dakapan Yuri.

Kemudian Yuri melepaskan pelukan. Dia mengelap air mata Ye Seul menggunakan ibu jarinya. Ye Seul hanya membiarkan saja. Yuri memegang bahu Ye Seul.

"Sabar ,Ye Seul... aku faham perasaan kau.." ujar Yuri. Ye Seul mengesat air matanya yang jatuh lagi. Dia kemudian memeluk Yuri sekali lagi. Yuri mengusap belakang Ye Seul.

"Ko pun kat sini?" Soal V kepada Joshua.

"Haah.. Aku sepupu Ye Seul. Anak saudara eomma dan appa Ye Seul.." balas Joshua. V mengangguk. Kemudian seorang doktor keluar dari bilik rawatan kecemasan. Ye Seul segera melepaskan pelukan lalu berjalan ke arah doktor. Joshua juga. V dan Yuri hanya melihat saja.

"Doktor, macam mana dengan keadaan eomma dan appa saya?" Soal Ye Seul ,cemas. Doktor itu menanggalkan cermin matanya.

"Saya minta maaf. Saya tak dapat selamatkan appa kamu..." balas doktor itu, sedih. Ye Seul tersentak. Darahnya seakan akan berhenti mengalir. Dia terkaku.

"Appa...appa!!!!!!" Jerit Ye Seul. Lututnya lemah dan hendak terjatuh. Joshua segera menangkap Ye Seul. Ye Seul menangis teresak esak. Joshua mengusap bahu kanan Ye Seul yang sedang menjerit itu.

"Aarghhh!!! Appaaa!!!" Jerit Ye Seul. Matanya tidak kering dari air mata. Joshua juga menahan sebak. Ye Seul kemudian berdiri dan memukul doktor itu.

"Awak seorang doktor,kan?! Tugas awak.. tugas awak adalah selamatkan orang.. kenapa...kenapaaaa?!!!" Jerit Ye Seul sambil memukul mukul doktor yang kelihatan dalam lingkungan 40-an itu.

Joshua cuba menarik Ye Seul agar berhenti memukul doktor itu. Yuri juga membantu. Ye Seul kemudian berhenti memukul doktor itu dan Yuri menariknya agar duduk di atas kerusi. Ye Seul menangis di bahu Yuri.

"Bagaimana dengan keadaan wanita yang lagi seorang?" Soal Joshua pula. Dia memaksudkan Puan Eun. Ye Seul segera mengesat air matanya dan berdiri.

"Yang lagi seorang berada dalam keadaan kritikal. Dia kehilangan banyak darah.. Kami sekarang kehabisan stok darah yang diperlukan oleh wanita tersebut.." balas doktor itu. Ye Seul berjalan ke arah doktor itu.

"Saya sanggup dermakan darah saya kepada eomma saya..." ujar Ye Seul. Mereka semua memandang ke arah Ye Seul.

"Awak yakin darah awak sama dengannya?" Soal doktor itu.

When I Meet HimWhere stories live. Discover now