"Weyh! Katanya Seol Hyun adik Suho yang hilang selama ni!" Gosip Jessica. Walaupun jauh, Ye Seul tetap dengar. Dia memaparkan riak wajah serius. Dia memasang telinga juga.
"Ye ke? Mana kau tahu?" Soal Seohyun. Jessica membetulkan kedudukannya.
" Kris yang beritahu aku.." balas Jessica. Kawan yang mendengar di sekeliling Jessica tersenyum. Jessica menahan malu.
"Hish! Dahlah! Lepas tu Kris kata Seol Hyun ade rantai yang Suho cari selama ni. Yang warna putih perak ade bintang tu.."balas Jessica lagi. Semua khusyuk mendengar. Ye Seul pula tersentak mendengarnya.
"Weyh! Serius ahh! Seol Hyun tu kan budak hot weyh. Suka publisiti. Lagi tambah popular ahh dia.." ujar Sooyoung. Tiffany menyokong kata kata Sooyoung.
Tiba tiba hati Ye Seul mengatakan Seol Hyun mengambil rantai lehernya semasa dia di bilik rawatan tempoh hari. Dia menggenggam pen di tangan. V terkedu. Dari tadi dia lihat Ye Seul yang seperti sedang menahan amarah.
"Ye Seul?" Soal V. Ye Seul tidak mengendahkannya. V cuba memegang lengan kanan Ye Seul namun pantas Ye Seul menepis.
Ye Seul meletakkan pennya di atas meja dengan ganas dan berdiri sehingga ramai memandangnya. Ye Seul kemudian keluar dari bilik kuliah walaupun dia tahu kuliah akan bermula 5 minit lagi.
"Ye Seul! Kau nak ke mana?" Soal Taeyeon. Ye Seul menggenggam tangannya dan mengetap gigi.
"Pergi ke neraka...."balas Ye Seul perlahan dan penuh kemarahan. Walaupun perlahan, tapi seisi pelajar di situ dengar. Taeyeon terkejut lalu menggigit jarinya.
"Kenapa dia kata macam tu.. takut aku dengar.." ujar Yoona takut.
"Kan.. dia macam tengah marah je.."ujar Sunny pula. Ye Seul keluar dari dewan kuliah. Perasaan geram dan marah menyelubungi hatinya saat itu.
"Dia kalau marah sebijik perangai macam Sehun, kan?" Ujar Hyoyeon pula. Semua mengangguk.
"Macam ade link pula. Lepas tu aku tengok mata Ye Seul dengan Suho dah nak sama lah,kan?" Duga Jessica. Sooyoung menepuk tangan sekali.
"Betul! Sebijik same!" Ujar Sooyoung bersungguh sungguh.
"Hidung dieorang pun dah nak sama lah!" Ujar Tiffany pula.
"Haahlah.. baru aku perasan.. muka pun sama putih.."ujar Hyoyeon lagi. Kemudian semua diam selepas EXO masuk ke dalam dewan kuliah.
"Mana Ye Seul?" Soal Sehun kepada seisi dewan. Suaranya mendatar.
"Ke neraka.."balas Sooyoung. Sehun menjeling ke arah Sooyoung. Sooyoung mengangkat tangannya sehingga paras kepala.
"Dia sendiri yang jawab time kitorang semua tanya.."ujar Sooyoung takut. Semua SNSD mengangguk. Sehun mendengus kasar kemudian keluar dari dewan kuliah tersebut.
"Joshua tak datang ke?" Soal Xiumin. Chanyeol memandang Xiumin.
"Hyung ni, dah jelas dia takde dalam kelas maknenye dia tak datanglah tu. Kalau dia datang dari pukul 8:00 pagi dah kat sini.."ujar Chanyeol. Xiumin hanya tersenyum.
Suho meletakkan beg nya di atas meja lalu termenung kembali. Dia mengeluh berat lalu menopang dagunya.
'Sepatutnya aku gembira aku dapat jumpa Yu Hee, tapi kenapa aku rasa sedih pulak? Macam dia bukan adik aku. Hati aku tetap mengatakan Ye Seul tu adik aku..'ujar hati Suho. Dia mengeluh lagi. Tiba tiba terasa bahunya ditepuk. Dia menoleh. Kris.
YOU ARE READING
When I Meet Him
FanfictionEun Ye Seul, diri anda adalah seorang anak angkat bagi pasangan Encik Eun Hyuk dan Puan Eun Hyo In. Anak saudara mereka, Joshua ataupun dikenali sebagai Hong Ji Soo (Saudara belah emak) pulang dari Amerika selepas tamat pembelajarannye di sana. Eun...