Jessica kelam kabut berlari ke arah SNSD yang berada di dalam dewan kuliah. Yuri, V dan Ye Seul hanya memandang di dalam dewan kuliah. Jessica termengah mengah.
"Weyh...hah hah hah.."ujar Jessica kerana terlalu penat. Dia memegang lututnya dan mengambil nafas. SNSD semua menanti.
"Ape die?" Soal Taeyeon. Jessica mengangkat muka.
"Betullah..."ujar Jessica. Semua mengerutkan dahinya.
"Betul apa?" Soal Hyoyeon. Jessica menarik nafasnya.
"Betullah Seol Hyun adik Suho..." ujar Jessica. Ye Seul membulatkan matanya. Yuri dan V hanya memandang. SNSD semua ternganga.
"Mwo?! Serius ahhh!" Ujar Sooyoung terkejut. Ye Seul terkaku. Jantungnya berdegup kencang.
"Betul! Kris yang cakap dengan aku! Seol Hyun buat ujian DNA dengan mak Suho, positif!" Jelas Jessica lagi bersungguh sungguh. Bibir Ye Seul menggigil.
"Ye Seul, kau tak pape ke?" Soal Yuri sambil memegang bahu Ye Seul. Tubir mata Ye Seul berair.
"Ye Seul, kau tak pape ke ni?" Soal V pula. Ye Seul diam. Sekali lagi dia berdiri dan berlalu pergi.
"Ye Seul! Kau nak ke mana lagi?" Soal Sooyoung. Mata Ye Seul berair.
"Neona jalhae!" Ujar Ye Seul, agak marah. Saat itu EXO mula masuk ke dalam dewan kuliah. Sehun di depan sekali. Mereka berdua berselisih namun tiba tiba Sehun memegang tangan Ye Seul.
Sehun berdiri di depan Ye Seul. EXO semua dah duduk di tempat mereka.
"Lepas."ujar Ye Seul sambil cuba melepaskan pegangan tangan Sehun. Namun tidak berjaya kerana terlalu kemas.
"We need to talk.."ujar Sehun, nadanya mendatar.
"Kenapa ?" Soal Ye Seul semula.
"Sebab saya tahu awak sedang stress sekarang.. ikut saya.."ujar Sehun dan menarik tangan Ye Seul. Ye Seul hampir terjatuh.
"Wuuu~~" ujar Chanyeol dan Baekhyun. Sehun sempat menjeling kemudian Chanyeol dan Baekhyun terus berhenti.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Awak dah tahu kan?" Soal Sehun selepas duduk di atas kerusi berhadapan dengan Ye Seul. Ye Seul diam. Hanya terdengar bunyi air pancut saja.
"Awak dah tahu kan? Seol Hyun menyamar jadi diri awak?" Soal Sehun lagi. Ye Seul memejamkan matanya.
"Kenapa.." Sehun mengangkat mukanya apabile terdengar Ye Seul berbicara.
"Kenapa semua ni... berlaku pada saya..."ujar Ye Seul. Saat itu air mata jernihnya membasahi wajahnya. Sehun mengeluh berat. Lemah kalau nampak yeoja menangis depan mata dia.
"Janganlah nangis..."ujar Sehun. Pujukan lelaki, sungguh keras. Ye Seul menggeleng.
"Kalau saya tak wujud dari dunia ni, semua ni takkan berlaku.." ujar Ye Seul lagi di dalam tangisannya. Sehun mengetap gigi.
"Jangan cakap macam tu boleh tak?" Marah Sehun. Ye Seul mengangkat muka.
"Semua ni dah takdir, okey? Kita tak boleh lawan takdir."ujar Sehun lagi. Ye Seul diam kali ini. Sehun memegang tangan Ye Seul.
"Ye Seul.."panggil Sehun. Ye Seul memandang wajah kacak Sehun.
"Awak kena tolong saya.. tolonglah saya kali ini... saya sangat memerlukan bantuan awak.."mohon Sehun bersungguh sungguh.
"Tolong ape?" Soal Ye Seul. Tangisannya sudah berhenti, mungkin untuk seketika.
"Sebelum tu, awak janji akan tolong saya?" Soal Sehun.
"Kalau saya boleh, saya akan tolong... "ujar Ye Seul. Sehun tersenyum.
"Baiklah. Macam ni, tolong saya..."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suho memandang kertas di tangannya. Kemudian memandang rumah di hadapannya pula. Benar, inilah rumahnya. Dia menekan loceng.
Ting tong~
Senyap...
Ting tong~
Saat itu pintu dibuka. Joshua tersentak melihat Suho di depan rumahnya. Dia terkaku.
"Boleh saya masuk?" Soal Suho. Joshua terkaku.
"Apa hajat tuan besar ke mari.." ujar Joshua kemudian tersenyum manis. Suho juga tersenyum.
"Mana Ye Seul?" Soal Suho sambil memandang Joshua.
"Dia keluar kejap tadi. Katanya ade kerja.."balas Joshua. Suho menganggukkan kepala nya.
"Ooo... boleh saya cakap sesuatu?" Soal Suho. Joshua mengangkat keningnya.
"Boleh. Ape dia?" Soal Joshua.
"Ermm, sebenarnya saya syak... Ye Seul tu adik sebenar saya.." ujar Suho. Joshua hanya diam. Memberikan ruang untuk Suho berbicara.
"Tapi, ade seorang yeoja ni.. dia juga cakap dia adalah Yu Hee.. aku mula mula tak percaya, tapi lepas buat ujian DNA, positif dengan mak aku.."ujar Suho.
"Siapa yeoja tu?" Soal Joshua. Suho menarik nafas.
"Seol Hyun.." Joshua terkedu. Dahinya berkerut seribu.
"Mwo?! Perempuan tak guna tu?" Ujar Joshua. Suho juga terkejut. Joshua mengetap giginya.
"Kenapa?" Soal Suho semula.
"Perempuan tu.. perempuan tu.. selfish!" Ujar Joshua, marah. Peristiwa cintanya ditolak ketika itu berulang semula.
"Kenapa pulak?" Soal Suho.
"Sebab dia pentingkan diri sendiri! Dia sanggup buat apa saje untuk kepentingan diri dia sendiri!" Marah Joshua lagi. Dia mendengus kasar.
"Aku pun rasa dia menipu.."ujar Suho juga. Joshua kemudian berdiri.
"Ko tunggu sini. Aku nak buat air. Sorry ahh, aku lupa. Kalau aku tengah stress, aku buat air. Pelik enn?" Ujar Joshua kemudian menuju ke arah dapur. Suho hanya tersenyum.
Dia memandang sekeliling. Kemas. Buku yang disusun di rak sebelah tv itu tersusuk rapi, dari besar ke kecil. Sangat kemas.
Dia berdiri dan berjalan di sekitar ruang tamu itu. Dia memandang ke arah gambar satu keluarga itu. Ye Seul, eomma dan appa angkatnya. Dia tersenyum. Comel Ye Seul waktu berumur sekitar 10-15 tahun itu.
"Josh! Aku nak naik atas tau."ujar Suho.
"Ye!" Balas Joshua.
Suho menaiki anak tangga pertama dan seterusnya. Dia kemudiam sampai di depan bilik Ye Seul. Macam mana dia tahu? Sebab ade nama dia pada pintu.
Entah kenapa, Suho memulas tombol pintu bilik Ye Seul. Kemasnya. Dia melangkah masuk.
Dia memandang gambar pada dinding bilik tersebut. Gambar lukisan Ye Seul. Tiba tiba dia terpandang beberapa helaian kertas di atas meja. Matanya membulat. Pantas saje dia mengambil beberapa helaian kertas tersebut.
"Ini.. ini.."ujar Suho. Jantungnya berdegup kencang. Dia meneliti gambar pada kertas tersebut satu per satu.
"Ini gambar..."
YOU ARE READING
When I Meet Him
FanfictionEun Ye Seul, diri anda adalah seorang anak angkat bagi pasangan Encik Eun Hyuk dan Puan Eun Hyo In. Anak saudara mereka, Joshua ataupun dikenali sebagai Hong Ji Soo (Saudara belah emak) pulang dari Amerika selepas tamat pembelajarannye di sana. Eun...