Lost Necklace

53 6 0
                                    

Ye Seul terbangun dari tidurnya. Dia terus duduk, kelihatan Joshua baru melangkah masuk ke dalam. Mereka bertembung mata. Joshua berjalan ke arahnya.

"Dah lame bangun?" Soal Joshua lalu duduk di birai katil di bilik rawatan itu. Ye Seul hanya diam.

"Baru je.. macam mana aku ade kat sini?" Soal Ye Seul hairan. Rasanya tadi dia ade kat padang, sekarang kat bilik rawatan pula.

"Kau pengsan sebab penat sangat... aku yang bawak ke sini.. Suho tunjuk tempat ni.."jelas Joshua. Ye Seul teringat akan Suho. Dia menundukkan kepala. Joshua tersenyum palsu.

"Tadi aku borak dengan Suho kejap.." ujar Joshua. Ye Seul terus mengangkat wajahnya. Matanya membulat.

"Dia kata memang dia ade adik.. tapi hilang 14 tahun lepas.. hilang waktu umur 6 tahun.."ujar Joshua lagi. Jantung Ye Seul berdegup kencang. Dia memejamkan matanya seketika lalu memandang Joshua semula.

"Kena culik.. dekat mall yang kita pergi hari tu..." sambung Joshua. Mata Ye Seul berair. Hatinya sedih saat ini.

"Dia juga kata..." Ye Seul memandang anak mata Joshua. Joshua juga memandang anak matanya.

"Dia kena tumbuk di perut waktu nak selamatkan adik dia.. dia juga kata adik dia ada rantai leher emas putih ade bintang.. dia sedang pemilik orang itu..." sambung Joshua sekali lagi. Ye Seul memejamkan matanya. Air matanya mengalir jua akhirnya. Joshua memandang wajahnya sayu.

"Aku faham perasaan kau... Yu Hee..." ujar Joshua. Ye Seul menangis sepuas hati. Entah kenapa dia menangis, mungkin kerana terlalu rindu akan keluarganya yang sebenar.

Joshua memegang tangan Ye Seul lalu menariknya ke dalam pelukan. Dia menepuk belakang Ye Seul lembut. Hendak menenangkan Ye Seul.

"Nangis... aku faham perasaan kau..." ujar Joshua. Ye Seul hanya mampu menangis di bahu Joshua.

Sehun hanya melihat dari tepi pintu perlakuan mereka berdua. Sayu pandangan matanya.

'Jadi betullah... Ye Seul adalah Yu Hee yang aku dan Suho cari selama ni..' ujar hati Sehun. Dia mengetap bibir secara tidak sedar. Macam tahan nangis je.

'Perlu ke aku beritahu Suho perkara ini? Kalau aku beritahu, aku akan dapat lihat wajah Ye Seul setiap hari.' Ujar hati Sehun lagu. Tapi entah kenapa dia tak nak beritahu Suho hal ini. Kalau boleh nak simpan sampai mati. Tapi mungkin bukan masa yang sesuai.

Sehun menutup pintu dan berlalu pergi dari situ. Kedengaran hujan di luar mula menyembah bumi. Langit menjadi gelap. Nasib baik dah lepas semua acara baru hujan.

Joshua melepaskan pelukan. Ye Seul mengesat air matanya.

"Aku nak beritahu sekarang.." ujar Ye Seul. Joshua diam. Hatinya meruntun sedih.

Kalau Ye Seul beritahu Suho yang dia adalah adiknya, pasti Ye Seul akan berpindah ke rumahnya yang sebenar dan meninggalkan dirinya seorang diri.

"Jigeum?" Soal Joshua semula. Ye Seul mengangguk.

"Aku akan beritahu aku lah adik sebenar yang dia cari selama ini.." ujar Ye Seul lagi. Joshua mengetap bibir.

"Kalau dia tak percaya?" Soal Joshua semula. Ye Seul memandang anak matanya.

"Aku akan tunjuk rantai ni.."ujar Ye Seul lalu memegang lehernye. Aik?

Mata Ye Seul terkebil kebil. Dia meraba raba badannya. Joshua mula kaget. Ye Seul ternganga sedikit. Jantungnya berdegup kencang.

"Kenapa?" Soal Joshua panik. Ye Seul meraba raba lehernya. Kosong! Dia memandang Joshua.

When I Meet HimWhere stories live. Discover now