"Itu..."ujar Suho. Bibir Ye Seul menggigil."Keluar.."arah Ye Seul. Tubir matanya berair. Namun Suho tidak berganjak. Ye Seul berjalan ke arah Suho dan merampas buku notanya kembali. Suho tersentak.
"Keluar.." arah Ye Seul lagi. Suho meneliti anak mata Ye Seul. Benar, itu Yu Hee. Dia mengenali anak mata Yu Hee. Sangat kenal.
"Awak... Yu Hee, kan?" Soal Suho. Ye Seul mengetap bibir. Dia menarik tangan Suho agar keluar namun Suho menepis.
"Awak adik saya,kan?" Soal Suho kuat. Ye Seul diam. Dia tetap memaksa Suho agar keluar. Namun Suho mengeraskan kakinya.
"Jawab dulu!" Ujar Suho lagi. Ye Seul terdiam.
"Saya bukan adik awak! Saya bukan Yu Hee! Dah jelas Seol Hyun tu adalah adik awak!"balas Ye Seul. Dia menahan air matanya. Joshua sampai di tepi pintu tapi dia tak masuk. Dia menyorok di sebalik pintu. Joshua memerhatikan mereka berdua.
"Tipu!" Balas Suho marah. Ye Seul menggeleng.
"Saya bukan adik awak! Dah jelaskan? Seol Hyun dah buat ujian DNA dengan eomma awak, ianya POSITIF! Awak nak apa lagi?" Marah Ye Seul. Air matanya akhirnya gugur. Suho pantas menggelengkan kepalanya.
"Perasaan seorang abang terhadap adiknya takkan pernah salah! Oppa percayakan kasih sayang oppa pada adik oppa ! Oppa yakin kamu adalah Yu Hee!" Ujar Suho. Ye Seul memejamkan matanya. Nafas Suho berombak.
"Tak. Bukan! Saya Ye Seul! Bukan Yu Hee!" Balas Ye Seul sambil memukul dada Suho. Suho hanya membiarkan saja.
"Keluar! Keluar sekarang! Keluar!" Jerit Ye Seul.
"Oppa percayakan Yu Hee.. kasih sayang oppa takkan pernah pudar selamanya. Takkan!" Ujar Suho dan berlalu pergi. Sempat dia berbisik pada Joshua.
"Tolong ambilkan sampel rambut dia untuk aku. Aku tunggu esok. I really need it.."bisik Suho kepada Joshua. Joshua hanya mengangguk. Kemudian Suho berlalu pergi.
Ye Seul terduduk di biliknya. Joshua terus masuk ke dalam dan memeluk Ye Seul. Ye Seul membiarkan saja. Joshua mengusap belakang Ye Seul.
"Kwaenchanna..."ujar Joshua lembut. Ye Seul menangis sepuasnya. Ye Seul memejamkan mata.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Ko nak ape?!" Soal Sehun kasar apabile Seol Hyun memeluk lengannya di khalayak ramai. Sehun menepis tangan Seol Hyun.
"Alaa, oppa ni.. Dengan bakal isteri pun nak marah marah ke.."ujar Seol Hyun gedik. Ramai yang memandang mereka berdua. Apetah lagi berada di kampus. Sehun mendengus kasar.
"Siapa nak jadi suami kau?! Aku tak pernah setuju untuk jadi suami perempuan jahanam macam kau!" Marah Sehun kuat. Semua pelajar di sekeliling mereka berbisik sesama sendiri. Seol Hyun tersenyum sinis lalu memeluk tubuh.
"Ko tak pernah setuju tapi awak dah janji, okey? Kalau benar saya adik Suho, awak akan berkahwin dengan saya. Saya masih ingat, okey.."ujar Seol Hyun sinis. Sehun menggenggam tangannya. Dia mengetap gigi.
"Ko.. DIAM!" ujar Sehun, bergegar kampus tu dibuatnya. Seol Hyun terkedu. Tapi masih tersenyum sinis.
"Attention please!" Ujar Seol Hyun lalu mengangkat tangan. Semua pelajar memandang ke arahnya. Sehun pula terdiam. Ape dia nak cakap?
"Sata hendak beritahu bahawa saya akan berkahwin dengan Kingka Jeguk! Harap semua hadir ke majlis perkahwinan kami tak sampai 2 minggu lagi!" Ujar Seol Hyun kuat, macam announcement je.
YOU ARE READING
When I Meet Him
FanfictionEun Ye Seul, diri anda adalah seorang anak angkat bagi pasangan Encik Eun Hyuk dan Puan Eun Hyo In. Anak saudara mereka, Joshua ataupun dikenali sebagai Hong Ji Soo (Saudara belah emak) pulang dari Amerika selepas tamat pembelajarannye di sana. Eun...